Makan Malam Bersama Pengasas SevenFriday Daniel Niederer

Ruby berbesar hati menerima jemputan Social Media Gathering iaitu makan malam bersama Pengasas SevenFriday Daniel Niederer. Kunjungan beliau ke Malaysia adalah untuk memenuhi 2015 World Tour. Tahun ini Mr Daniel akan mengembara ke semua negara yang menjadi distributor jam SevenFriday beliau. Di Malaysia, Red Army Watches adalah pengedar rasmi jam berjenama SevenFriday.

SevenFriday adalah syarikat berasal di Zurich (Switzerland), diwujudkan sejak Mei 2012 oleh pengasasnya Daniel Niederer, pernah mengendalikan kerjaya dalam perkembangan dan penjenamaan produk setahun setengah sebelum pelancaran jenama itu. Syarikat itu bermula dengan penampilan tiga koleksinya P1, P2, P3 dengan rekaan sama tapi menggunakan material berlainan.

Makan Malam Bersama Pengasas SevenFriday, Mr Daniel Niederer

Mengenai Mr Daniel Niederer

SevenFriday-Daniel-Niederer-11 SevenFriday-Daniel-Niederer-13

Beliau adalah Pengasas SevenFriday (Zürich, Switzerland) bermula dari May 2012 sehingga kini. Memiliki Master dalam jurusan Perundangan pada 1998 dari University Zürich. Menghabiskan masa 10 tahun bekerja dalam sektor jam tangan dan DESCO di Asia sebelum menubuhkan jenama sendiri.

Pada tahun ini, SevenFriday seperti biasa hadir dengan koleksi jam baru dan terkini. Iaitu SevenFriday M2-2 dan edisi khas SevenFriday P3-BB.  Jom kita lihat keunikan kedua-dua jam ini.

SevenFriday M2-2

SevenFriday-Daniel-Niederer-12 SevenFriday-Daniel-Niederer-7

SevenFriday M2-2 adalah jam terkini dari SevenFriday yang bakal menembusi pasaran Malaysia pada penghujung April 2015. Direka dengan sentuhan rose gold dan di inspirasikan dari zaman penggunaan jentera di kilang. Revolusi yang mengingatkan daya kekuatan pekerja kilang yang sentiasa berdepan dengan besi dan tembaga. Plat berongga M2-2 diselenggarakan menggunakan mesin CNC (Computer Numerical Control) dan dikuasakan oleh Miyota 8215.

SevenFriday-Daniel-Niederer-4

SevenFriday M2-2 RM 6499

SevenFriday-Daniel-Niederer-5 SevenFriday-Daniel-Niederer-3

Edisi Khas SevenFriday P3-BB

SevenFriday-Daniel-Niederer-8

P3-BB adalah koleksi jam SevenFriday edisi khas. Hanya 350 unit sahaja akan di jual. Rekaan P3-BB di inspirasikan dari kereta buatan Amerika yang garang, kukuh dan teguh. Matlamat pembuatan kereta Amerika adalah meletak engin blok V8 dibawah bonet dan disokong oleh casis ringan dan rangka kereta yang aerodinamik.

Ketelitian mencipta jam SevenFriday P3-BB diibaratkan seperti proses pembuatan kereta Amerika yang teliti. Jam ini menggunakan Japanese Automatic Miyota 82S7, cermin anti-reflek, keluli tahan karat yang diselaputi dengan PVD hitam dan tali silikon bewarna hitam. Ringan dan lasak!

SevenFriday P3 Big Block

SevenFriday P3-BB RM 5388

SevenFriday-Daniel-Niederer-6 SevenFriday-Daniel-Niederer-2

SevenFriday-Daniel-Niederer-9

 

Semasa makan malam berlangsung, kemi berbual dan berkongsi pengalaman mengembara. Memandangkan Encik Daniel Niederer setiap tahun akan travel ke semua negara yang menjual jam SevenFriday, beliau mengambil peluang bertemu peminat beliau iaitu pengumpul tegar koleksi SevenFriday. Bercerita tentang negara yang dilawati, beliau gembira dapat melihat masyarakat, budaya dan adat tiap negara yang dikunjungi. Di Jepun mempunyai persekitaran semuanya kelihatan laju, manakala di Malaysia penuh dengan kesesakan lalu lintas. Hahaha. Seronok bersembang dengan pengasas SevenFriday, Mr Daniel Niederer. Sangat peramah!

Dapatkan Jam SevenFriday di pengedar sah:

RED ARMY WATCHES
Pavilion KL
Level 4, Unit P4.04.00
03-21450218

RED ARMY WATCHES
One Utama Shopping Center
Ground Floor , Unit G136
03-77221336

RED ARMY WATCHES
Tropicana City Mall
Level 1, Unit L1-07
03-77100218

MAD.IS.ON
Bangsar Village
Ground Floor , Unit GF-27
03-22023238

YEE WAH HING’S WATCH
Bangsar Shopping Center
First Floor, Unit F10
03-20945952

www.sevenfriday.com

www.facebook.com/SevenfridayMalaysia

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Makan Malam Bersama Pengasas SevenFriday Daniel Niederer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.