MoU diantara Brandt International dan Celemi

Baru-baru ini ruby berkesempatan menghadiri majlis menandatangani MoU (Memorandum of Understanding) diantara Brandt International dan Celemi untuk Program Celemi Business Simulation. Kedua-dua syarikat ini adalah syarikat yang membantu untuk menyediakan latihan kepada sesebuah syarikat. Jika anda biasa kerja di pejabat, waktu boss suruh pergi training di luar. Mesti saat yang paling best kan. Lokasi mesti di hotel dan training dalam 2 hingga ke 3 hari. Macam pergi holiday kan?

Tetapi untuk mencari syarikat yang membekalkan ilmu latihan yang bagus dan relevan dengan persekitaran perniagaan sesebuah syarikat memang tidak mudah kan? Ada kalanya proses pembelajaran tidak berjaya dan tiada perubahan terjadi kepada pekerja yang di hantar untuk latihan. Habiskan duit syarikat je kan! Jadi, jika anda seorang majikan atau bekerja di bahagian Human Resource, sila usulkan Program Celemi Business Simulation ini. Anda boleh hubungi Brandt International! Pasti pekerja anda akan lebih terbuka minda untuk membantu menaikkan lagi keuntungan perniagaan anda.

MoU-ediantara-Brandt-International-dan-Celemi-Business-Simulation-Programme-1

Munirah Looi President & CEO, Brandt International Sdn Bhd dan Barbro Andersson CEO, Celemiab International AB

MoU-ediantara-Brandt-International-dan-Celemi-Business-Simulation-Programme-2

Dari kiri Barbro Andersson CEO, Celemiab International AB, Mr. CM Vignaesvaran Chief Executive Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan Munirah Looi President & CEO, Brandt International Sdn Bhd

Brandt International adalah pakar dalam perundingan perniagaan dan pengurusan transformasi perniagaan perkhidmatan telah mengumumkan pelancaran perkongsian bersama Celemi. Brandt, yang baru-baru ini penerima anugerah Top Employee Award 2014 daripada MDEC bekerjasama dengan Celemi untuk memperkenalkan satu program simulasi perniagaan yang unik. Simulasi perniagaan yang dinamik dan unik, di mana mereka boleh belajar untuk menarik, membina dan mengekalkan hak pekerja dan pelanggan. Ini adalah sejajar dengan pendekatan perniagaan Brandt yang berpengalaman selama 10 tahun dalam meningkatkan tahap pengalaman pelanggan yang lebih baik melalui kualiti, prestasi dan kecekapan, dengan memanfaatkan manusia, proses dan teknologi.

Celemi menyediakan latihan dalam bentuk simulasi perniagaan. Yang menggunakan kaedah unik Celemi “The Power of Learning”” untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para peserta.

Acara ini akan memperkenalkan Celemi Tango™, program latihan pengalaman yang dikeluarkan dalam versi baru. Celemi Tango™ membolehkan peserta untuk membangunkan dan melaksanakan strategi mereka dengan maklum balas segera dari segi keuntungan dan titik utama yang relevan sebagai petunjuk. Sasarannya adalah untuk memacu potensi pekerja dalaman dan seterusnya meningkatkan keputusan perniagaan.

Munirah Looi, Brandt International, berkata, “Kami gembira atas perkongsian ini dengan Celemi. Ia lebih berjaya dan berkesan dalam transformasi perniagaan, melalui pekerja dan penglibatan pelanggan. Dengan menjalankan modul yang diperkenalkan oleh Celemi untuk landskap perniagaan tempatan kami pasti akan membangunkan perniagaan yang berkualiti tinggi, prestasi bagus dan seterusnya mengembangkan pertumbuhan kewangan ”

Barbro Andersson, Celemi Antarabangsa, berkata “Objektif kami adalah untuk memaksimumkan potensi pertumbuhan melalui amalan pembelajaran sebagai pengganti pengajaran. Berasaskan program latihan konvensional akan dapat memberikan hasil yang lebih berkesan. Celemi mempunyai pelbagai simulasi perniagaan untuk memastikan kemajuan yang menyeluruh untuk organisasi. ”

Brandt International adalah pakar dalam perundingan transformasi perniagaan dan penyumberan luar syarikat dalam memberi tumpuan yang membolehkan pelanggan secara positif mengubah strategi perniagaan. Memiliki lebih daripada 50 pelanggan di seluruh Asia, Timur Tengah dan United Kingdom.

Celemi membantu syarikat melaksanakan perubahan, menggunakan pembelajaran berasaskan pengalaman dan perniagaan
simulasi. Ia dapat membantu pelanggan mencapai objektif perniagaan mereka. Celemi telah berada di Sweden, Amerika Syarikat, Singapura, China dan lebih daripada tujuh puluh negara di seluruh dunia.

Ruby berkesempatan mencuba program Celemi Apple & Oranges™, iaitu program kewangan perniagaan. Modul ini mengajar bagaimana sesebuah organisasi boleh menjalankan perniagaan dari mula dapat wang secara tunai yang dibayar oleh pelanggan melalui invoice. Kemudian wang itu akan disalurkan kemana mengikut 3 fasa tahunan. Sangat menarik dan program ini memberi peluang kita bekerjasama dalam kumpulan untuk membina keyakinan diri dan dalam masa yang sama keyakinan tercipta diantara rakan satu tempat kerja. Program ini menggunakan angka wang jutaan tau. Hahaha.

MoU-ediantara-Brandt-International-dan-Celemi-Business-Simulation-Programme-9 MoU-ediantara-Brandt-International-dan-Celemi-Business-Simulation-Programme-7 MoU-ediantara-Brandt-International-dan-Celemi-Business-Simulation-Programme-8 MoU-ediantara-Brandt-International-dan-Celemi-Business-Simulation-Programme-6 MoU-ediantara-Brandt-International-dan-Celemi-Business-Simulation-Programme-5 MoU-ediantara-Brandt-International-dan-Celemi-Business-Simulation-Programme-4 MoU-ediantara-Brandt-International-dan-Celemi-Business-Simulation-Programme-3

Ruby berada di dalam kumpulan Alpha dan facilitator adalah Chow Yun Li. Hehehe.

MoU-ediantara-Brandt-International-dan-Celemi-Business-Simulation-Programme-10

Bergambar bersama Barbro Andersson CEO dari Celemiab International AB. Tertarik dengan kata-kata beliau apabila ditanya “adakah modul latihan akan disediakan dalam bentuk aplikasi untuk telefon pintar dan tab?“. Tetapi beliau menyatakan bahawa “proses pembelajaran lebih mudah jika kita dapat melihat sendiri bagaiaman cara latihan dan jika berkumpul membuat latihan berkumpulan juga memberi peluang untuk anda bertanya jika tidak faham apa-apa. Fokus adalah penting ketika latihan -Barbro“.

www.brandtinternational.com

www.celemi.com

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.