Percutian Jimat Saya “Singapore Day Trip”

Sebenarnya dah lama rancang nak bercuti satu keluarga. Tetapi akibat terlalu sibuk dan kekurangan cuti. Jadi, ruby plan nak bawa suami dan anak ke negara jiran sahaja. Terima kasih kepada Tatie kerana sudi kongsi dengan ruby percutian bajet begini. Seronok sangat dapat join Percutian Jimat Saya “Singapore Day Trip”. Macam tidak percaya sudah ke Singapore. Hehe.

Kos ke Singapore yang ruby sudah sediakan adalah RM 770.

RM 135 x 2 (Percutian Jimat Saya)
RM 100 (Makanan dan Minuman di Malaysia untuk sepanjang perjalanan dari KL Sentral ke Singapore)
RM 300 (Untuk tukar kepada $ SGD 111)

Ruby tukar duit Singapore Dollar di China Town sebab tak sempat nak tukar di KL Sentral. Money Changer tutup jam 10 malam. Hahaha. Ingatkan money changer buka 24 jam.

Ketibaan bas persiaran tiba sekitar jam 12.30 pagi pada 28 Feb 2015. Ruby dah bertolak dari rumah jam 8 malam 27 Feb 2015. Pergi menaiki RapidKL Kelana Jaya Line dari stesen Terminal Putra. Tiba di KL Sentral kami pergi makan KFC. Hehe.

image

Kemudian tunggu bas di balai perlepasan berhadapan KLIA Transit/Ekspress.

image

image

Sepanjang perjalanan dari KL Sentral ke Singapore, sebanyak 3 perhentian rehat pihak penganjur berhenti. R&R Seremban, kemudian R&R Yong Peng dan terakhir R&R Gelang Patah. Di R&R Gelang Patah anda akan diberi masa selama 1 jam 30 minit untuk mandi dan sarapan. Sarapan yang disediakan adalah Nasi Lemak. Jam 6.30 pagi mula bertolak ke imegresen Singapore. Yay!

image

Jom jalan-jalan ke Singapore. Merlion Park > Gardens By The Bay > China Town > Viskonsep Chocolate Gallery > Restoran Zam Zam > Pulau Sentosa >  Starbucks > Waterfront Station > Imbiah Station > Beach Station

image

image

image

Di Merlion Park ni lah tempat paling ramai pelancong bergambar. Ini adalah mercu tanda Kota Singa yang anda tidak boleh lepaskan peluang! Wajib bergambar di sini. Hehe.

image

Kemudian kami di bawa ke Gardens By The Bay. Uniknya Singapore kerana mempunyai senibina pelik-pelik. Sebagai blogger, teringin nak buat photography di semua bangunan mereka. Esplanada Theatres, Supreme Court Of Singapore, Marina Bay Sands Resort Singapore dan banyak lagi.

image

Ini lah Supreme Court Of Singapore. Macam U.F.O kan? Jom membeli-belah di Chinatown, Singapore. Ruby nak cari souvenir keychain dan fridge magnet je. Hehehe. Kena pandai cari kedai yang menawarkan harga berpatutan. Sebab percutian jimat saya memang ruby sangat jimaaaaaat berbelanja. Suami jeling je bila keluar duit beli clutch. Hahahahaa. Ala 3 unit $10 je pun. Dia pun cakap, “ye $10, bukan RM SEPULOH! Tapi RM 30. hahahaa.

image

Duit pun suami tukar RM 300 aje, dapat dalam $111. Hahahaha. Kena jimat sebab dekat Pulau Sentosa nak guna duit juga.

image

image

image

image

image

image

Dah membeli-belah selama 30 minit, kami semua di bawa ke Viskonsep Chocolate Gallery. Di sini pengunjung akan dihidangkan air chocolate sejuk. Ruby pun beli juga serbuk chocolate tu. Sekotak $10 jerrrr.

image

image

Adam minum air chocolate sampai comot kena baju! Hahahaa. Ruby beli VisKonsep Cocoa Powder dan Adam dapat hadiah tabung! Terima kasih banyak-banyak.

image

image

Suka Adam dapat tabung tu. Hehehe. Siap cium-cium Singa tu.

image

Kemudian kami ke Restoran Zam Zam / Victory. Dua-dua ni restoran yang sama menawarkan menu makanan nasi beriyani dan murtabak popular. Ruby beli Murtabak Ayam besar dan Beriyani kambing $14.50 ajerrr. Hahaha. Ruby nak makan di Pulau Sentosa.

image

Nasi Beriyani kambing ni sangat best. Sesuai dengan kuah dan acar timun.

image

Murtabak Ayam Victory, ayam yang mereka guna adalah ayam yang dicarik. Macam ayam kita guna untuk mee soto tu. Kenyang makan!

Kadar bayaran masuk Pulau Sentosa $4 untuk seorang dewasa. Jadi, kami bayar $8. Untuk Adam percuma lah. Hehe.

image

Trip kali ini ruby tak masuk Universal Studios Singapore sebab nak jalan-jalan di Pulau Sentosa. Ruby naik Sentosa Express iaitu monorail. Ruby jalan-jalan ke stesen Waterfront, Imbiah dan Beach. Luas kawasan ni. Gambar pun banyak la ruby ambil. Hahaha.

image

Di stesen Imbiah, ada patung singa besar. Kemudian kami ke stesen Beach. Di sini pelbagai aktiviti riadah anda boleh lakukan. Naik kereta kabel untuk lihat permandangan Pulau Sentosa, mandi pantai atau naik tram. Ruby naik tram dari Pantai Siloso ke Pantai Palawan dan ke Pantai Tanjong. Hehehe.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Ruby, Suami dan Adam banyak habiskan masa di Pantai Palawan. Naik jambatan gantung, tengok matahari terbenam dan bila dah letih berjalan barulah kami naik tram.

image

image

image

Uncle Lim, pemandu Tram yang ramah melayan kami. Hahaha. Mesti Uncle Lim dah biasa dengan karenah pelancong yang banyak tanya. Hahahaha.

Tram dari Pantai Palawan ke stesen Beach. Tetapi kami duduk dalam tram dan pusing-pusing dari Siloso > Palawan > Tanjong. Kemudian Tanjong > Palawan dan stesen Beach. Naik monorail untuk ke Waterfront.

image

image

Seronok betul jalan-jalan di sini. Banyak masa terluang bersama. Adam pun happy. Jam 8 malam kami kena berkumpul di tempat bas. Jadi, untuk tunggu masa sampai 8 malam, kami mengopi di Starbucks sambil makan kek dan berWiFi. Hahaha.

image

image

Jam 8 malam tunggu bas untuk pulang. Kemudian semua dah kepenatan, kami tidur je dalam bas. Cuma di Imegresen Singapore dan Malaysia kena bangun untuk cop passport. Masa ni Adam melalak tak ingat dunia. Sebabnya dia terlalu penat dan taknak turun dari bas. Jenuh la memujuk dia, bila dah senyap ajak main pula. Ruby takut sangat kalau menganggu peserta dalam bas tidur. Berdoa Adam senyap dan melayan dia main. Sampai dekat R&R Pagoh ruby ambil bag pakaian dan mandikan Adam. Alhamdulillah segar dan dia mula relax. Kami pun mandi di sini. Dah tidak tahan comot dan ketibas (ketiak basah). Hahaha.

Bajet ruby RM 770 kan? Berikut adalah detail breakdown percutian jimat saya.

1) Kos Perjalanan PJS – RM 135 x 2 = RM 270
2) Pulau Sentosa Entrance – $4 (RM 11) x 2 = RM 22
3) Murtabak & Nasi Beriyani Zam Zam – $14.50 (RM 39)
4) VisKonsep Cocoa Powder – $10 (RM 27)
5) Chinatown Shopping Souvenir – $30 (RM 81)
6) Starbucks – $8 (RM 22)
7) Watsons beli air 5 botol – $5 (RM 14)
8) Minum di R&R Yong Peng RM 2
9) Makan dan Minum di R&R Pagoh RM 20
10) Gambar kenangan di Imbiah – $15 (RM 41)

270 + 22 + 39 + 27 + 81 + 22 + 14 + 2 + 20 + 41 = RM 538

Jadi, RM 770 – RM 538 = RM 232

Ada baki RM 232. Hehehe.

Tamatlah cerita percutian jimat saya untuk kali ini. InsyaAllah destinasi lain pula lepas ni.

www.facebook.com/PERCUTIANJIMATSAYA
www.facebook.com/SingaporeTrip

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

11 thoughts on “Percutian Jimat Saya “Singapore Day Trip”

    Asukavi Travel

    (March 16, 2016 - 12:17 pm)

    Banyak jugak tempat menarik di Singapore ni, best. Thanks untuk info, dah plan nak jalan-jalan ke sana ni.
    Asukavi Travel´s last blog post ..Hotel berdekatan Pasar Siti Khadijah, Kota BharuMy Profile

    miera

    (August 26, 2015 - 1:44 pm)

    asskm ok kak ruby.. miera nak tanya sikit dlm kegawatan ekonomi nie.. agak2 la bape la budget yg terbaru klu nk jln singapura.. sbb mira ingt n buat trip pg sana

    Percutian Bajet

    (July 5, 2015 - 12:10 am)

    Banyaknya gambar. Anyway, kos trip ke Singapore tu membantu untuk pengunjung yang merancang untuk ke sana. Boleh jadikan panduan untuk buat bajet sendiri. Terima kasih atas perkongsian yang menarik.
    Percutian Bajet´s last blog post ..Bercuti ke Pulau Kapas, TerengganuMy Profile

    muliani

    (May 16, 2015 - 1:08 pm)

    perkongsian yg menarikk.,. nanti boleh lah jugak ke singapore dgn jimatt

    aryn

    (March 20, 2015 - 3:25 am)

    Tq ruby.. saya memang plan nak bawa family ke Singapore. Boleh gak budet2 ckit 🙂

    SaniYunus

    (March 15, 2015 - 10:00 am)

    Memang kental la sebab sanggup travel dengan baby. Siapa jimat lagi tu..Terbaik lah Ruby

    Azeni Ahmad

    (March 4, 2015 - 12:48 am)

    Murahnya kak ruby.
    Bnyak pula tempat boleh melawat tue.
    Best tengok.
    Saya ta pernah sampai lagi Singpore nie.
    Boleh juga cuba.
    Azeni Ahmad´s last blog post ..Lempeng Cicah Kari Mengamit KenanganMy Profile

    YANA YASSIN

    (March 3, 2015 - 11:18 pm)

    Menarik , jalan sakan satu singapore . Kalau nak masuk USS kena amik masa sehari . Betul2 jimat boleh round banyak tempat . Cuma kena energy lebih lah . Hihihii.
    YANA YASSIN´s last blog post ..Cerita Cuti Tahun Baru CinaMy Profile

    ilasaleh

    (March 3, 2015 - 4:43 pm)

    insya allah nanti nak pergi juga.. ila dah g singapore..hubby pun..opis hantar tapi anak2 lum..kiki..ciannn
    ilasaleh´s last blog post ..Ziarah Madinah : Jabal UhudMy Profile

    akubiomed

    (March 3, 2015 - 1:18 pm)

    Banyak tempat yang dapat dikunjungi walaupun bajet agak tight.
    akubiomed´s last blog post ..Mengintip burung liarMy Profile

    EjamOthman

    (March 3, 2015 - 9:46 am)

    bestnya dapat pergi kota-singa…
    tengok dari aturcara dan perbelanjaan memang boleh jimat.
    tapi bila fikir kami nak bawa 2 hero yang aktif ini naik baik dengan masa dan jarak yg jauh boleh terganggu orang lain…hehe
    tunggu mereka dah besar sikit lagi baru boleh merancang nak ke kota-singa ni kot.
    EjamOthman´s last blog post ..Mari Cuba YES Zoom FIZ Pahang.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.