Perkara Menarik Tentang Coway Water Purifier Villaem

Perkara menarik tentang Coway Water Purifier Villaem CHP-08AR? Jom ruby kongsikan apa yang membuka mata ruby tentang Coway Water Purifier Vollaem. Masa produk sampai di rumah, ruby tengok box besar betul. Mesti tak muat nak letak kat mana-mana. Sebab rumah ruby kecil aje. Hahaha. Kebanyakan lokasi dah letak kabinet dan dah memenuhi ruang. Tapi staff Coway bagi cadangan letak di dapur berdekatan punca air. Jadi tidak ganggu tempat dapur kering. Hehe.

image

Pemasangan Coway Water Purifier juga amat mudah. Paip yang untuk saluran air panas dan sejuk juga disediakan. Sekitar 1 jam dah siap semua. Cuma untuk air tangki pertama kena keluarkan dulu. Manalah tau kot kot ada kotoran dalam tangki ke kan. Cara mengeluarkan air dalam purata yang banyak juga mudah. Coway sediakan saluran paip getah khas.

image

image

Sepanjang penggunaan Coway Water Purifier selama satu bulan ni, ruby amat berpuas hati. Banyak memudahkan kerja ruby sebagai suri rumah. Bila waktu jadi suri rumah, ruby kena cepat. Dah tiada masa nak tunggu jerang air panas. Sebab baby Adam suka ikut ruby ke dapur. Risau jika air panas kena dia ke. Dengan Coway Water Purifier ni ruby pun tak risau sangat sebab dia button tambahan utk keselamatan, andai kata anak-anak kecil tertolak bahagian air panas tu.

image

Air yang boleh disediakan adakah air panas, air suam, air suhu bilik dan air sejuk. Bab air sejuk ni suami suka sebab tak perlu nak simpan air dalam peti ais dah. Jimat ruang peti ais. Hehe.

image

image

image

image

image

image

image

Pernah tak bila waktu malam anda rasa dahaga dan ingin minum air. Coway Water Purifier mempunyai fungsi lampu save mode yang akan bercahaya bila di dalam suasan gelap. Baguskan? Jadi, pergi dapur tak payah nak on lampu ceiling tu. Suhu setiap air pun berlampu juga, cuma lebih bagus bila lampu tempat tolak air tu ada lampu juga. Kot kot nak tekan air panas untuk kopi tengah malam dan cawan tak nampak muncung saluran air, taklah terkena jari jemari. Melecur pula nanti. Hehehe.

Dengan harga RM 125 sebulan. Kita semua boleh hidup sihat dengan minum air bersih dan kerap minum air juga amat digalakkan kerana bagus untuk kesihatan.

www.coway.com.my/ProductDetails
www.facebook.com/CowayMalaysia

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Perkara Menarik Tentang Coway Water Purifier Villaem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.