Vitamin Rajin

      4 Comments on Vitamin Rajin

Ruby amat-amat memerlukan vitamin rajin. Rajin dikala sakit, dikala penat, dikala sibuk dan setiap masa. Macam mana nak dapatkan vitamin rajin ni? Keadaan badan yang sering sibuk. Sentiasa 25 jam dengan anak dan suami. Kerja banyak dan bila sakit melanda, semua percaturan ku hilang. Hahahahaha.

Rajin ni ada banyak kegunaannya. Bukan untuk sesuatu perkara sahaja. Sebab tu susah nak cari vitamin rajin ni. Tapi tak mustahil dalam malas sesuatu perkara, mesti kita ada terlebih rajin dalam perkara lain kan. Hurmmmm.

Vitamin rajin dan penyakit malas memang tidak boleh dipisahkan. Tiada alasan untuk kedua-duanya walau apa keadaan kita sekali pun. Ruby dah makan macam-macam multivitamin. Tapi macam tidak berfungsi je. Hurmmm.

image

Penyakit Malas adalah penyakit jiwa juga. Vitamin Rajin amat diperlukan. Mungkin kita boleh fikirkan sesuatu perkara yang memberi kekuatan agar kita rajin? Mungkin kata-kata inspirasi atau minda yang positif? “Aku kerja untuk Allah, suami dan anak” “Aku kena buat semua ini dengan segera” “Ini adalah rezeki aku” “Aku perlu jaga periuk nasi ku”

Jom kongsikan apa yang anda makan sebagai makanan tambahan untuk terus rajin meneruskan kehidupan seharian.

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 comments on “Vitamin Rajin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge