Volkswagen Polo Sedan hanya RM999 sebulan

Volkswagen Polo Sedan hanya RM999 sebulan!!! Volkswagen Malaysia kini menawarkan promosi pembiayaan untuk semua model Polo dari 21 Februari melalui kempen ‘Polo Goes Zero’. Polo dan Polo Sedan kini boleh dimiliki tanpa faedah dan tanpa bayaran pendahuluan dari hanya RM999 sebulan selama tujuh tahun.

image

Kemuncak kempen ‘Polo Goes Zero’adalah semasa karnival yang akan diadakan di Bukit Jalil dari 6 hingga 8 Mac 2015 di mana pelanggan di Malaysia berpeluang untuk menguji pandu model Volkswagen pilihan mereka. Pengunjung karnival juga boleh membuat tempahan dan mengambil bahagian di dalam latihan ‘Volkswagen Experience Drive’ dan latihan pengalaman keselamatan.

Menurut Martina Berg, Pengarah Pemasaran, Volkswagen Malaysia Kempen ‘Polo Goes Zero’ ini menekankan aspirasi kami untuk membawa rakyat Malaysia lebih dekat kepada jenama ini dan merasai pengalaman memandu kereta kami. Tawaran ini disasarkan kepada pembeli baru yang merupakan golongan profesional muda di bandar.”

image

Volkswagen Polo 1.6 dan Polo Sedan mempunyai tiga fungsi utama yang sama: empat tingkap automatik dengan fungsi anti-sepit, transmisi auto enam kelajuan, dan Intelligent Crash Response System (ICRS) yang akan mengunci semua pintu secara automatik mematikan kuasa ke pam minyak, dan menyalakan lampu kecemasan apabila beg udara terbuka atau penegang tali pinggang keselamatan diaktifkan. Kedua-dua model Polo ini boleh didapati dalam 5 warna berbeza iaitu Candy White, Flash Red, Pepper Grey, Reflex Silver dan Deep Black.

image

Polo 1.6 dan Polo Sedan masing-masing berharga RM 89,888 dan RM 91,888. Ruby dah cuba memandu kereta ini dan ia sangat sesuai untuk ruby sekeluarga. Ruang yang selesa, baby car seat dibahagian belakang dan bahagian bonet yang luas. InsyaAllah jika ada rezeki, ruby ulas lanjut berkenaan kereta ini dengan lebih jelas. Pasti anda juga ingin memilikinya nanti. Hehehe.

Untuk maklumat lanjut, layariwww.volkswagen.com.my

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Volkswagen Polo Sedan hanya RM999 sebulan

    AZENI AHMAD

    (March 5, 2015 - 4:59 pm)

    Memang polo antara kereta eropah yang tahan lasak.
    Malah design nampak lebih sport kan.
    Sesuai orang muda.

    akubiomed

    (March 3, 2015 - 1:19 pm)

    Teknologi negara Jerman memang terbaik terutama mekanikal.
    akubiomed´s last blog post ..Mengintip burung liarMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.