Wajah Bersih Dengan BelleWave Malaysia

Produk kecantikan seperti penjagaan wajah sememangnya rumit untuk kita cuba. Keserasian diantara sesuatu produk dengan jenis kulit adalah faktor penting yang perlu kita ambil tahu agar tidak berlaku pembaziran kelak. Walaupun produk BelleWave adalah jenih high end, tetapi jika dikira semula, banyak penjimatan akan berlaku jika produk ini sesuai dengan wajah anda. 200ml botol besar set BelleWave mampu memberi penjagaan wajah sehingga 6 bulan. Itu kiraan untuk ruby lah. Hehehehe. Apabila ruby mencuba produk ni, ruby rasa wajah bersih dengan BelleWave Malaysia. Tips untuk memakai produk kecantikan BelleWave adalah dengan meneliti jenis kulit wajah anda. Jenis yang kering ke? Berminyak ke? Kulit muka tidak sekata ke?

BelleWave, mempunyai 7 jenis rangkaian penjagaan kulit.
  1. BelleWave WhiteWave – Untuk kulit berpigmen dengan nada kulit tidak sekata atau perubahan warna
  2. BelleWave GlamorWave – Untuk kulit penuaan, lesu dan kulit matang.
  3. BelleWave Clearwave – Untuk kulit berminyak & berjerawat
  4. BelleWave HydroWave – Untuk kulit kering yang memerlukan kelembapan
  5. BelleWave EyeWave – Untuk memberi khasiat dan anti-penuaan penjagaan mata
  6. BelleWave Sunwave – Untuk spektrum perlindungan matahari
  7. BelleWave BodyWave – Untuk kesempurnaan penjagaan tubuh badan

BelleWave telah berada di Malaysia selama 15 tahun dan mereka adalah produk eksklusif salun. Produk BelleWave berasal dari Switzerland dan bebas daripada minyak mineral, bebas dari diuji keatas haiwan dan yang pasti ia berasaskan botani. Walaupun anda kerap bersolek, asas utama adalah regimen penjagaan kulit. Kerana jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan sempurna dengan cara yang betul, kulit anda tidak dapat menyerap produk mekap yang anda pakai.

BelleWave-Malaysia-1

Bagi Ruby, paling ruby cerewet adalah bila kulit tidak sekata dan sunburn akibat terlupa pakai sun screen lotion. Hurmmm. Jadi, kena mula dari awal penjagaan wajah. Bukan sapu tebal-tebal sun screen lotion lagi. Sebab dengan cara tu akan membuatkan kulit lagi tidak sihat. Mengikut kebimbangan kulit, ruby menggunakan rangkaian dari WhiteWave, ClearWave dan SunWave. Ruby ingin kongsikan dengan anda, bagaimana ruby menggunakan rangkaian produk BelleWave.

1. BelleWave WhiteWave Gentle Cleansing Milk

BelleWave-Malaysia-7

BelleWave WhiteWave Gentle Cleansing Milk 200ml RM 168.00

BelleWave-Malaysia-17

BelleWave-Malaysia-21

Tekstur lembut BelleWave WhiteWave Gentle Cleansing Milk membersihkan kulit wajah tanpa merosakkan epidermis dan mempunyai pH semula jadi. Ia membantu untuk membuang semua kesan solekan, sel-sel kusam dan kekotoran, termasuk yang disebabkan oleh alam sekitar. Ia memberikan rangsangan lembut dengan segera kepada kulit. Produk berkualiti ini mengandungi unsur pemutihan tertentu yang berfungsi mencerahkan wajah. Ia memberikan kelembutan serta-merta dan keserian kepada kulit. Diantara isi kandungan di dalam BelleWave WhiteWave Gentle Cleansing Milk adalah Mulberry Root Extract, Vitamin C (Ascorbic Acid), Vitamin E (Tocopherol), Panthenol (Pro-Vitamin B5) dan Carica (Papaya) Fruit Extract.

Cara Penggunaan : 

Setiap pagi selepas bangun tidur dan selepas pulang ke rumah. Pam di atas tapak tangan BelleWave WhiteWave Gentle Cleansing Milk. Kemudian sapukan ke seluruh muka dan leher.  Urut-urut sehingga sisa kotoran dan mekap bersih sepenuhnya. Buang dengan kapas muka yang telah direndam dengan air suam.

2. BelleWave WhiteWave Gentle Wash

BelleWave-Malaysia-4

BelleWave WhiteWave Gentle Wash 200ml RM 168.00

BelleWave-Malaysia-16 BelleWave-Malaysia-15 BelleWave-Malaysia-13 BelleWave-Malaysia-14

BelleWave WhiteWave Gentle Wash RM 168.00

BelleWave WhiteWave Gentle Wash membersihkan kulit dengan sempurna menggunakan larutan keratin. Ia juga membantu untuk mengimbangi keseimbangan biologi fungsi kulit, sekali gus membantu kulit mempertahankan sendiri terhadap pencerobohan luar seperti pencemaran. Hari demi hari, kulit kelihatan lebih muda dan kulit yang menjadi lebih cerah dan lebih berseri. Mengandungi Mulberry Root Extract, Carica (Papaya) Fruit Extract, Gentle Cleansing Agents, Hydrolyzed Wheat Germ Proteins dan Hydrolyzed Carrot Proteins.

Cara Penggunaan : 

Gunakan setiap pagi dan petang kepada kulit muka dan leher yang dibasahkan. Urut perlahan-lahan untuk membuang kekotoran. Bilas dengan air suam.

3. BelleWave ClearWave De-Bac Astringent Lotion

BelleWave-Malaysia-5

BelleWave ClearWave De-Bac Astringent Lotion 200ml RM 168.00

BelleWave-Malaysia-12 BelleWave-Malaysia-10

Tekstur losyen astringen antibakteria lembut mudah memasuki jauh ke liang kekotoran yang tersumbat dan minyak yang boleh membawa kepada ketidaksempurnaan. Ia mengurangkan pembentukan bintik hitam, cela, mengetatkan liang-liang, melegakan dan melembapkan epidermis. Kulit anda akan segar dan bersih. BelleWave ClearWave De-Bac Astringent Lotion menggalakkan kulit bebas masalah. Diantara isi kandungan adalah Mulberry Root Extract, Fomes Officinalis (Mushroom) Extract, Witch Hazel Water, Rosemary Essential Oil, Peppermint Essential Oil dan Panthenol (Provitamin B5).

Cara Penggunaan : 

Gunakan kapas muka, pam BelleWave ClearWave De-Bac Astringent Lotion dan sapukan ke muka dan leher selepas kulit dibersihkan. Ia ibarat Toner selepas mencuci muka.

4. BelleWave ClearWave Comedone Repair Activist

BelleWave-Malaysia-2

BelleWave ClearWave Comedone Repair Activist 12ml RM 168.00

BelleWave-Malaysia-11

BelleWave ClearWave Comedone Repair Activist adalah rawatan bintik hitam, whiteheads, liang roma tersumbat dan kekotoran. Satu ramuan yang dibangunkan daripada kajian yang luas, ia mengandungi bahan-bahan yang unik dan ekslusif dengan ejen biologi semula jadi bagi mengimbangkan gangguan kulit tipikal iaitu berminyak dan masalah. Mengandungi Salicylic Acid, Calendula Extract, Camomile Extract, Burdock Root Extract, Biological Equilibrating Agent dan Tomato Juice.

Cara Penggunaan :

Gunakan kapas muka dan sapukan kepada kulit yang telah dibersihkan. Lokasi utama adalah di bahagian Zon T dan kawasan berjerawat. Lakukan setiap hari.

5. BelleWave SunWave UV Extra DNA De-Tox UV Block (White) (SPF 45 / PA+++)

BelleWave-Malaysia-3

BelleWave SunWave UV Extra DNA De-Tox UV Block (White) (SPF 45 / PA+++) 35ml  RM 168

BelleWave-Malaysia-9 BelleWave-Malaysia-8

BelleWave SunWave UV Extra DNA De-Tox UV Block (White) (SPF 45 / PA+++) ini tidak berminyak, emulsi ultra-ringan adalah jawapan untuk melengkapkan perlindungan daripada sinaran UV berbahaya matahari dan lain-lain pencemaran alam sekitar. Campuran bahan-bahan teknologi yang menakjubkan memastikan tanin berkesan dielakkan, sambil memberikan sepenuh perlindungan spektrum UVA dan UVB. Diperkukuhkan dengan Vitamin A dan E, kulit juga menikmati tahap yang tiada tandingannya daripada kelembapan dan khasiat sepanjang hari!

Cara Penggunaan :

Setiap hari, 30 minit sebelum keluar rumah, pakai BelleWave SunWave UV Extra DNA De-Tox UV Block (White) (SPF 45 / PA+++). Jika anda memakai mekap, pakai 30 minit sebelum mekap dan teruskan dengan primer, foundation dan mekap! Hehehe.

Sepanjang ruby menggunakan produk BelleWave, terasa kulit bertambah sihat dan bercahaya. Apa yang penting, bila dah tahu masalah dan kebimbangan kulit baru lah seronok menjaga kesihatan wajah. Selamat mencuba!

Bellewave_Promotion copy

Ruby nak bagi tau ada promosi hebat BelleWave. Promosi RM 198 untuk saiz besar produk BelleWave Malaysia. Harga asal RM 504!!! Banyak betul penjimatan!

Selain itu peraduan Share & Tag sedang berlangsung di Facecbook. Tag BelleWave Malaysia dan Ruby.my untuk terpilih sebagai 5 pemenang. Mungkin anda salah seorang pemenang yang akan mendapat produk BelleWave saiz travel bernilai RM138. Hebatkan? Peraduan tamat pada 31 March 2015. #BelleWaveMalaysia

www.facebook.com/pages/BelleWave-Malaysia

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.