Avengers : Age Of Ultron

image

Avengers : Age of Ultron ini adalah sekuel kepada filem Avengers. Kali ini Avengers memfokuskan penghapusan organisasi Hydra. Filem ini bermula di Sokovia, kesemua ahli avengers melancar serangan keatas markas kecil hydra. Semasa misi tersebut avenger mencari tongkat Loki yang dipercayai digunakan untuk eksperimen keatas manusia. Mereka bertembung dengan kembar yang di jadikan eksperimen dan membolehkan mereka mempunyai kuasa.
Akhirnya Tony Stark berjaya peroleh tongkat Loki dan mendapati ada AI (Artificial Intelligence) dalam batu tongkat Loki. Secara diam-diam Bruce dan Tony menggunakan AI tersebut untuk projek Ultron. Setelah Ultron cuba memahami dunia yang penuh masalah, Ultron membuat konklusi yang manusia perlu dihapuskan untuk menjaga keamanan bumi. Semuanya sudah terbongkar rahsia mengenai projek Ultron yang dibina oleh Tony kepada ahli pasukan yang lain. Apakah tindakan Ultron seterusnya? Apakah motif kembar adik beradik yang mempunyai kuasa? Segala persoalan akan terjawab apbila anda menontonnya.
Secara keseluruhannya, filem Avengers ini seperti kurang rencah dalam segi plot penceritaannya seperti penonton rasa tidak puas. Dari segi aksi pula, banyak aksi dan kemahiran ditunjukkan dalam siri ini. Dari segi grafik pula, kali ini sedikit mengecewakan kerana adasedikit babak yang menggunakan CGI tidak ngam dengan realiti. Skor rating yang patut di beri untuk filem ini adalah 6.5/10. Kecewa dengan plotnya yang mendatar. Semoga anda terhibur.

Pelakon utama Filem Avengers : Age Of Ultron

  1. Robert Downey Jr. – Tony Starks
  2. Chris Hemsworth – Thor
  3. Mark Ruffalo – Bruce Banner / Hulk
  4. Chris Evans – Steve Rogers / Captain America
  5. Scarlett Johansson – Natasha Romanoff / Black Widow
  6. Jeremy Renner – Clint Barton / Hawkeye
  7. Samuel L. Jackson – Nick Fury
  8. Don Cheadle – James Rhodes / War Machine
  9. Anthony Mackie – Sam Wilson / The Falcon
  10. Aaron Taylor-Johnson – Pietro Maximoff / Quicksilver
  11. Elizabeth Olsen – Wanda Maximoff / Scarlet Witch
  12. Paul Bettany – Jarvis / Vision
  13. Cobie Smulders – Maria Hill

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.