Bahan-Bahan Wajib Ada Di Dapur

Okay sejak dari sekolah masa kelas Ekonomi Rumah Tangga atau Kemahiran Hidup mesti terselit aktiviti memasak. Masa ni gigih bertanya dekat mak nak masak apa. Tom Yam la paling ruby suka. Bila dah berumahtangga, dapur kekadang kosong. Sebab masa bujang dah biasa makan bila lapar. Kat rumah tak masak. Bila nak masak beli barang sikit-sikit aje. Sebabnya ruby boleh tanam pokok bawang kalau beli bawang banyak dan tak guna. Hahahaha. Ni dah ada anak, rajin memasak. Berikut adalah bahan-bahan wajib ada di dapur. Setelah eksperimen beberapa kali. Ada kala takda duit nak beli barang dan tak boleh ke pasar. Bahan-bahan kering je ni. Sebab peti ais rosak, nak tak nak kena beli bahan basah tiap pagi. Huhu. Kalau malam lapar, ada la benda bleh masak ngan bahan kering ruby ni.

image

image

Ada kalanya bahan kering bila ruby beli boleh bertahan sebulan lebih. Jadi, jimat belanja.

Makanan

1) Minyak Masak
2) Telur 30 biji
3) Bawang 2 kilo
4) Bawang Putih 1/2 kilo
5) Cili Kering
6) Tepung
7) Keropok Ikan
8) Papodam
9) Ikan Bilis
10) Rempah Kari Daging
11) Serbuk Kunyit
12) Rempah Kari Ikan
13) Rempah Campuran
14) Spaghetti
15) Makaroni
16) Tomato Puree
17) Cendawan
18) Beras
19) Rempah Kurma
20) Taucu
21) Sos Tiram
22) Sos Cili
23) Sos Tomato
24) Garam
25) Biskut Kering
26) Santan Kotak
27) Kacang Tanah
28) Halia

Minuman

1) Kordial Sarsi
2) Milo
3) Kopi
4) Horlicks
5) Gula
6) Sirap Merah
7) Susu Pekat
8) Susu Sejat

Buat masa ni bahan-bahan ni memang ada dekat dapur. Senang sikit bila-bila nak masak. Telur tu, boleh masak sambal telur, kari telur, kurma telur, telur dadar, telur rebus. Nasi lemak, spaghetti dan cucur ikan bilis pun boleh. Hehehe.

Harap dapat membantu.

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 thoughts on “Bahan-Bahan Wajib Ada Di Dapur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.