Bengkel Mamil® MomMe Saturdays

Ruby berkesempatan berehat dari bersama keluarga. Hooray! Walaupun hanya 3 jam sahaja berada di bengkel ini, tetapi manfaat yang ruby dapat amat berbaloi. Aktiviti dan perkongsian yang diadakan amat membuka minda ruby sebagai ibu. Sedikit demi sedikit rasa bangga menjadi ibu pun ada. Ibu zaman sekarang lebih advance kerana internet di hujung jari. Anak sakit, kami google aje sebab apa anak kita sakit macam tu. Tambahan forum ibu bapa banyak di group facebook. Tetapi, jika dapat ilmu dengan hadir bengkel lagi telus jawapannya kan? Siri bengkel “Mamil® MomMe Saturdays” memberi sokongan dan ilmu kepada para ibu dalam penjagaan nutrisi kanak-kanak demi membantu mereka mengharungi cabaran keibuan. Siri bengkel yang bermula pada bulan April akan memberi tumpuan untuk membantu para ibu menangani isu-isu lazim yang berkaitan nutrisi kanak-kanak.

Bengkel-Mamil®-MomMe-Saturdays-2 Bengkel-Mamil®-MomMe-Saturdays-8 Bengkel-Mamil®-MomMe-Saturdays-9 Bengkel-Mamil®-MomMe-Saturdays-5 Bengkel-Mamil®-MomMe-Saturdays-3

“Sebagai pakar dalam pemakanan kanak-kanak, kami di Mamil® sentiasa ingin meraikan para ibu dan menyokong mereka untuk mencapai potensi tertinggi dalam penjagaan anak-anak mereka. Siri bengkel ‘Mamil® MomMe Saturdays’ adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada para ibu yang memberi sokongan berterusan terhadap Mamil®. Ibu-ibu bukan sahaja menikmati sesi memanjakan diri yang ditawark an tetapi juga dapat mempelajari perkara yang bakal membawa manfaat dalam kehidupan harian,” kata Caroline Yap, Pengurus Pemasaran Danone Dumex (M) Sdn Bhd.

Peserta-peserta yang menghadiri pada bulan April berpeluang berjumpa dengan Jacki Siew, seorang jururawat dan bidan berdaftar (Britain) dengan pengalaman selama 15 tahun memberi kaunseling kepada para ibu mengenai cara-cara menangani masalah kanak-kanak yang lazim seperti demam dan selsema. Berdasarkan hasil kajian Mamil® yang dianjurkan baru-baru ini, topik-topik tersebut merupakan masalah utama kepada kebanyakan ibu. Dengan peningkatan kes denggi di sekitar Lembah Klang, Jacki turut menasihatkan ibu-ibu mengenai kepentingan mendapatkan diagnosis yang betul daripada doktor, mengetahui perbezaan di antara demam dengan demam denggi, serta cara-cara ibu boleh melegakan gejala yang anak-anak mereka hadapi.

Bengkel-Mamil®-MomMe-Saturdays-4 Bengkel-Mamil®-MomMe-Saturdays-7 Bengkel-Mamil®-MomMe-Saturdays-6

Acara MomMe Saturday Mamil® yang diadakan pada julung kalinya dihadiri oleh 30 ibu. Para ibu yang bertuah telah mendapat peluang berbual mesra dengan Aishah Sinclair, DJ MIX FM serta pengacara sesi tersebut. Masa berlalu dengan begitu pantas untuk para hadirin, acara berakhir dengan aturcara istimewa iaitu sesi memanjakan diri seperti merias kuku, sesi bergambar berkumpulan dan makan tengahari. Selain itu, setiap ibu turut dihadiahkan dengan produk Mamil® serta barangan eksklusif bernilai lebih RM160. Ini termasuklah baucar tunai bernilai RM30 untuk pembelian produk Mamil®.

Untuk maklumat lanjut berkenaan sesi bengkel Mamil® MomMe Saturdays atau Mamil®, sila hubungi Talian Pelanggan Mamil® di 1800 38 1038

xoxo!
wpid-sign5-1.png.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Bengkel Mamil® MomMe Saturdays

    ainul

    (May 13, 2015 - 7:20 am)

    dapat juga invitation ni tp tak dpt p sebab badan jd gatal gatal.huhu..kalau tak boleh jumpa puan ruby 🙂
    ainul´s last blog post ..Senang Mudah BersalinMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.