Day 1: Malaysia Social Media Week 2015

Bermula dari 22 April 2015 hingga 24 April 2015 Ruby akan hadiri Malaysia Social Media Week 2015 seperti tahun sebelumnya. Ruby suka ke majlis ilmu begini dan dengar pendapat serta berkongsi idea. Setiap tahun panel speaker akan membincangkan pelbagai isu dan berkongsi cara mereka menangani isu. Day 1 Malaysia Social Media Week 2015, apa ruby dapat? Ruby ingin kongsikan rumusan untuk bacaan anda. Semoga bermanfaat. Hehehe.

image

Seawal jam 7 pagi dah bersiap dan menaiki pengangkutan awam ke Berjaya Time Square. Lokasi yang amat stratergik dan bagi ruby mudah untuk ke sana dengan pengangkutan awam monorail. Jam 8.30 pagi daftar diri di bahagian Delegate. Ruby mewakili en Khairul Anuar Shaharudin. Bagi yang tidak mengenali beliau, beliau adalah seorang peguam di “Khairul, Suhaila & Hazlina”, penulis buku dan aktif di social media. Kali ini di Malaysia Social Media Week 2015 beliau akan menjadi moderator untuk topik “Blogger Jam & Break”. Nanti ruby cerita apakah perkongsiannya. Hehehe.

image

9 pagi sesi individu bersama En Andrew Chow (Founder, Ideas & Concepts, Singapore) untuk peserta yang ingin bertanyakan idea “How to laverage crowd funding campaigns via social media”. Nampak mudah kan topik ni. Tapi jika tersasar dari niat asal. Boleh kena banned. Contoh isu yang digunakan oleh En Andrew adalah situasi pelancong Vietnam membeli iPhone 6 dekat Singapore. Pelancong Vietnam mendapat bantuan dari orang ramai sebanyak 12,431 USD.

image

Kemudian untuk sesi panel PERTAMA jam 10 pagi adalah “Damage Control on Social Media” adalah topik yang dibincangkan oleh Cik Genevieve Hilton (Head of External Comm. CORP. Affairs APAC, BASF, Hong Kong), Rohit Dadwal (Managing Director, Mobile Marketig Association Asia Pacific, Singapore), Adam Vincenzini (Founder & Managing Partner, Kamber, Australia) dan moderator adalah En Mohd Sharizad Rosli (Social Media Stratergist & Co-Founder, Hahstag Media, Malaysia). Damage control ni bagi ruby adalah isu di dalam laman social media sesebuah organisasi. Bagaimana mereka selesaikan persoalan dari pelanggan. Atau bagaimana mereka menghindari dari terjadinya masalah besar. Jika ada isu, bagaimana masalah diselesaikan. Pokok pangkal adalah teamwork dalam organisasi. Tiap pekerj kena tahu apa info terkini dalam syarikat. Sebagai contoh pendekatan yang ruby rasa sering isu adalah perbankan internet. Bahagian teknikal syarikat maklumkan kepada bahagian PR dan social media. Bila ada pelanggan tanya atau marah-marah, susun dan taip ayat seramah yang mungkin. Jangan mulakan atau membuat pelanggan marah. Kalau ada kata-kata negatif dari pelanggan. SABAR! Hehehe. Sebab isu pasti ada!

image

Sesi panel KEDUA jam 11.15 am adalah “CMO Panel – C Level Executives Views on Social Media Landscape”. Topik ini dibincangkan bersama En Maneesh Sah (Head of Marketing – APAC, Middle East & Africa Aon Hewitt, Singapore), En Philip Whittaker (Group CMO, Themed Attractions Malaysia), CM Vignaesvaran (Chief Executive, Human Resources Development Fund (HRDF), Malaysia) dan Chris Daniel Wong (Vice President, Malaysia Social Media Chambers). Topik ini lebih kepada memperkenalkan jenama anda. Bagaimana anda ingin ketengahkan jenama anda melalui social media. Bagi ruby, ada betulnya kita lebih mendengar kehendak pelanggan. Dengar sendiri apa keinginan mereka secara telus. Seperti tempat perlancongan taman tema. Apa kesukaran pengunjung untuk sampai ke lokasi? Mungkin anda boleh sediakan bas pengangkutan berperingkat dari lapangan terbang atau stesen bas? Atau anda sediakan pakej untuk hotel penginapan sekeluarga dan aktiviti dengan harga berpatutan. Sebab pelancong datang dari jauh mesti nak rehat dan enjoy. Bantu mereka. Sedikit sebanyak ia membantu perniagaan anda.

image

Jam 12.30 tengahari kami makan tengahari hidangan dari Berjaya Hotels & Resorts. Sedap!

image

Sesi panel KETIGA bermula sekitar jam dan topiknya adalah ” Blogger Jam & Break”. Panel adalah Ng Sock Peng (Blogger dari mylovelybluesky.com, Malaysia), Grace Tan (Founder & Blogger workingwithgrace.wordpress.com, Singapore), Joe Lee @ Klubbkidd (Creative Director / Social Media Activist, J Play, Malaysia) dan moderator oleh En Khairul Anuar. Topik ini sangat ruby suka. Hahaha. Sebab berkaitan dengan blogger. Tips yang diberikan dan apakah pandangan mereka tentang menulis blog juga ruby suka. Sebab bukan mudah nak jadi penulis blog dan advertorial juga tidak mudah untuk dapat jika Kuantiti dan Kualiti tidak seiring. Terbuka mata ruby masih lagi ada cahaya walaupun banyak perkara dalam dunia blog ni seperti tidak logik. Rezeki pasti ada bak kata Grace Tan, Joe Lee dan Sock Peng. Pasti ada!

Jangan biarkan agensi mengambil kesempatan keatas anda! – JOE LEE

image

Sesi panel KEEMPAT adalah sesi terakhir untuk hari pertama. Panel Kevin Eugene Ong (Chief Marketing Officer, 7inchez, Malaysia), Kapil Nakra (Co-Founder, Digital Vidya, India) dan Andrew Chow. membincangkan topik “Personalizing or Going General”. Topik ni adalah pendedahan bagaimana kita memulakan sesuatu perkara dan akhirnya kita pilih keputusan apa setelah pelbagai cabaran anda telah hadapi. Tertarik dengan topik ini sebab ia juga seperti kehidupan seharian seorang manusia. Anda ingin berkawan ramai-ramai dan akhirnya tiada duit masuk tetapi masalah yang tiba atau anda ingin bergerak solo dan dikenali kerana anda promosi diri anda lebih telus. Tiada orang kedua ketiga sebagai perantara. Dah rasa macam forum motivasi. Alhamdulillah.

image

Rumusan untuk hari pertama Malaysia Social Media Week 2015, bagi ruby ia seperti secawan kopi yang membuka minda dan kita lapangkan dada untuk menerima ilmu. Bukan mudah untuk mendapat ilmu sebegini dari mereka yang sudah memiliki perniagaan sendiri, dengan mereka yang bekerja di sektor eksekutif, dengan mereka yang cekal dan tabah meneruskan perjuangan demi kehidupan yang selesa. Tiap mesej yang disampaikan boleh digunakan sebagai semangat dalam perniagaan atau motivasi kepada diri anda. Tingkatkan aura positif!

image

image

Duduk dari kiri Spinzer (CEO Social Grooves Sdn Bhd, dulu blogger di spinzer.net), Ruby, Sham Hardy (Blogger techoais.com), Fatin (Blogger fatinbella.com). Berdiri dari kiri Ishak Ismail (Blogger explorasa.my), Eizil (Wakil denaihati.com) dan Hisyamudin (Blogger Shakiddo.com)

Terima kasih Malaysia Social Media Week 2015. Nantikan perkongsian ruby untuk hari kedua! Esok!

www.facebook.com/MalaysiaSocialMediaWeek

www.socialmediaweek.com.my

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Day 1: Malaysia Social Media Week 2015

    muliani

    (April 26, 2015 - 8:39 pm)

    tahniahh..! smoga teruss success

    fatin bella

    (April 24, 2015 - 6:33 pm)

    thanks kak ruby ajak aten join MSMW ni. byk info aten dapat. Muah ciked!

    a

    (April 23, 2015 - 1:39 pm)

    Belum berpeluang untuk menghadiri kecuali kalau dibuat pada hujung minggu boleh dipertimbangkan. 🙂
    a´s last blog post ..Leka memerhati lebah sibuk mencari nektarMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.