Day 2 : Malaysia Social Media Week 2015

      No Comments on Day 2 : Malaysia Social Media Week 2015

Jika ada forum seperti MSMW (Malaysia Social Media Week), pastikan anda sertai semua sesi. Kerana perkongsian setiap sesi sangat menarik dan boleh membuka minda anda. Bagi ruby MSMW adalah acara tahunan yang memberi semangat baru. Setiap tahun sebelum MSMW pasti ruby buat check list. “Apa yang aku dah capai pada tahun sebelum ni dan ap yang aku inginkan pula pada tahun ini?”. Sentiasa bermonolog dengan diri sendiri, kerana diri ini yang melaksanakannya. Hehehe.

image

Day 1: Malaysia Social Media Week 2015. Hari ini ruby sertai sesi kedua individu bersama En Jonathan Nguyen (Regional Director, Social@Ogilvy, Hong Kong) membincangkan “Effective Crowd Sourcing”. Bagaimana kita ingin memberi impak kepada perniagaan kita dan 3 perkara asas iaitu 3C. Co-creation, constant dan control. Ruby dah biasa dengar nama Ogilvy sebab PR dari syarikat ini sering bekerjasama dengan ruby dan rakan blogger lain.

Pada jam 10 pagi sesi perkongsian KELIMA bersama Martin Kessler (Strategic Account Director, MWI, Hong Kong), Anna Rokina (Social Data Consultant, Lenovo, Singapore), Jonathan Ngyuen (Regional Director, Social@Ogilvy, Hong Kong) dan moderator oleh Christopher Tock (Founder & Social Director, Social Grooves, Malaysia) membincangkan “Combining Apps & Social Media Campaign”. Perkara ini sering bermain di fikiran ruby. Bila sesuatu kempen dijalankan. Perlukah apps dan social media seiring dalam melaksanakan kempen tersebut? Adakah ia berjaya? Apa yang ruby nampak, sebagai blogger lah kan. Kempen yang melibatkan peraduan di facebook sering menggunakan aplikasi facebook dan blogger akan promosi di social media untuk menghebahkan tentang peraduan dan hadiah yang ditawarkan. Bagaimana pula apps? Ingat lagi kempen WeChat? Bagi ruby kempen wechat sangat berjaya kerana lebih dari 3 PR mereka lantik dan rasanya semua blogger di sekitar Klang Valley hadir semasa hari perasmian WeChat.

Sesi KEENAM pula dibincangkan oleh Rajesh Kalra (Chief Editor, Times Group Digital, India) dan Gamal Nasir Mohd Ali ( Senior Editor, New Media Utusan Malaysia) bertajuk “Journalist on the Move with Social Media”‘. Sebagai wartawa akhbar, pastinya isu ini kerap menjadi tanda tanya. Bagaimana ingin mendapat kunjungan ke laman web, zaman sekarang surat khabar pun tidak ramai membacanya. Kita lebih suka melanggan secara online dan baca bila-bila masa kita mahu. Ruby nampak banyak penambahbaikan di syarikat akhbar. Berita lebih awal disampaikan dan jika bangun tidur jam 5 pagi sambil tunggu azan subuh boleh baca berita menggunakan telefon pintar. Penulisan tajuk di dalam aplikasi online juga lebih menarik. Tidak seperti laporan akhbar seperti suatu ketika dahulu. Kita semua mengikuti perubahan dan perkembangan semasa. Hehehe.

Sesi KETUJUH pula mebincangkan “Micro Blogs & Blog”. Dibincangkan oleh Melakaboy (Chief Storyteller, Paranormal Solutions, Malaysia) dan Grace Tan (Founder & Blogger, workingwithGrace.wordpress.com, Singapore). Manakala moderator Stephen Doss (General Manager, Yayasan Budi Penyayang Malaysia & Advisor, Malaysia Social Media Chamber). Perbincangan ini sesuai untuk blogger dan penggiat social media. Ruby rasa dua-dua ini kena seiring. Supaya kita dapat kebaikan dan pendedahan di setiap platform berbeza. Kena rajin.

image

Tun Dr Mahathir Mohamad “Social Media & The Future”

Ini adalah kemuncak acara MSMW 2015. Seluruh dewan penuh dan semua memberi penghormatan dan tumpuan apabila Tun berucap. Rindu nak tengok Tun berucap. Last ruby tengok masa beliau menjadi Perdana Menteri. Tiap kata-kata yang Tun cakap sangat menusuk kalbu. Jika beliau cakap sesuatu pasti bersebab dan fakta juga disediakan. Bukan hujah kosong tetapi bermakna untuk mereka yang mengharap sesuatu berubah kepada negara. Semangat beliau untuk negara Malaysia tercinta masih utuh.

image

Berucap di MSMW dihadapan anak-anak muda memberi satu nafas baru dimana Tun memberi kata-kata nasihat.  Kita ibarat sebilah pisau. Kita boleh mengukir sesuatu dengannya dan mencipta sesuatu yang cantik. Tetapi kita juga boleh membunuh/menikam belakang seseorang dengan sebilah pisau. Sebilah pisau umpama lidah berbicara. Seumpama kata-kata yang ditulis di media sosial.

Ruby berada di MSMW pada hari kedua sehingga jam 6 petang. Kemudian ruby dan rakan blogger pergi menonton wayang Avengers:Age Of Ultron.

image

Terima kasih Malaysia Social Media Week. Jumpa lagi esok untuk sesi workshop!

www.facebook.com/MalaysiaSocialMediaWeek

www.socialmediaweek.com.my

xoxo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge