Day 3 : Malaysia Social Media Week 2015 Workshop

Setelah dua hari mendengar dan belajar perkara baru tentang dunia social media. Hari ini ruby sertai workshop. Yay! Day 3 : Malaysia Social Media Week 2015 Workshop! Workshop bermula dari jam 9 pagi hingga jam 12 tengahari. Kemudian makan tengahari di Big Apple Restaurant, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur.

image

Workshop 1 : Social Media for Personal Branding – Elton Kuah, Marketing Director, Marketing After Hours, Malaysia. Sesi ini lebih kepada penerangan kepada anda yang masih tercari-cari idea. Nak mulakan perniagaan yang bagai mana? Kemudian laman social media juga perlu dibina setelah anda fikir nama perniagaan anda. Agar mudah untuk diperkenalkan di alam maya. Seterusnya aliran wang pula kita fikirkan. Hehehe.

image

Workshop 2 : Make It Personal, Make It You – Simple Way To Personalized Your Social Media – En Talib Sabri Sulaiman, Chief Marketing officer, MYNIC Berhad. Setelah nama perniagaan dicipta. Pastinya nama social media dan domain website juga perlu difikirkan. Disini kita semua berkongsi ilmu tentang cara nak bina nama domain yang catchy. Setelah nama domain, nama instagram, fb, twitter dan social media lain kita daftar. Daftar bg mudah untuk diingati. Macam ruby, rubydotmy untuk semua social media. Hehehe.

image

Sesi bersama panel jemputan – Datuk Aznil Bin Haji Nawawi. Paknil datang!!! Hehehe. Seronok dengar perkongsian Paknil. Apa yang kita cakap dan tulis di laman social mencerminkan diri kita.

“Responsible with your tweet, Responsible with your instagram, Responsible with your facebook, Responsible with your blog and Responsible with what you write”

– Paknil

Workshop 3 : Increasing Interaction With Your Brand Through User Generated Content – Meredith Wallace, Head of Social Media & Engagement, Lion & Lion, Malaysia. Lion & Lion salah satu PR agensi yang dilantik oleh Loreal Group untuk berurusan bersama blogger. Ruby salah seorang blogger yang menerima produk kecantikan dari Loreal untuk dibuat review di blog, social media dan youtube.

Workshop 4 : Digital Media & The Changes of The Even Changing Media Landscape – Faizolhardi Zubairy, Head of Digital Engagement Brand Management Department, PETRONAS Dagangan Berhad.

Tamatlah sudah workshop hari ini. Semoga bermanfaat dan kita jumpa lagi pada tahun 2016! InsyaAllah.

Kadar harga Workshop MYR 211 (Includng 6% GST)

Terima kasih Malaysia Social Media Week 2015.

www.facebook.com/MalaysiaSocialMediaWeek

www.socialmediaweek.com.my

xoxo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge