Drypers Moms of Malaysia

      Tiada Ulasan pada Drypers Moms of Malaysia

Menyedari hakikat bahawa ikatan ibu dan anak sebagai hubungan semula jadi paling erat, jenama lampin pakai buang no 1 Malaysia, Drypers melancarkan kempen Moms of Malaysia untuk menyampaikan mesej kepada ibu-ibu seluruh negara bukan sekadar meraikan peristiwa besar, tetapi juga menghargai detik- detik harian bersama anak. Dalam erti kata lain, setiap hari ialah Hari Ibu!

IMG_9349

Kempen Drypers Moms of Malaysia dilancarkan hari ini hingga 26 April 2015 bertempat di Blue Concourse, Lower Ground, Sunway Pyramid. “Setiap ibu ada definisi tersendiri bagi detik hebat bersama bayi mereka. Ia adalah interaksi unik antara ibu dan anak yang menjadikan sesuatu detik itu begitu bermakna.

“Tugasan harian penting seperti memandikan bayi atau menukar lampin adalah peluang untuk saling bercinta dan belajar bersama. Inilah teras kempen Drypers Moms of Malaysia,” kata Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd, Evelyn Chan.

IMG_9436

Drypers ialah jenama di bawah SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd dan kini menjadi jenama lampin pakai buang pilihan ibu-ibu Malaysia sejak 15 tahun lalu. Oleh itu, bagi menghargai peningkatan jumlah pelanggan setianya, Drypers membuka kelab online Drypers Baby Club pada 2014 mempunyai bilangan komuniti ibu bapa hampir 100,000 keahlian seluruh negara. Kelab online tersebut juga satu-satunya komuniti seumpamanya dan Drypers menjangkakan bilangan keahlian meningkat sekali ganda menjelang tahun hadapan.

Jelasnya lagi, “ibu bapa boleh menyertai Drypers Baby Club dengan membuat pendaftaran diri semasa acara kempen berlangsung atau secara online di laman www.drypers.com.my untuk menjadi sebahagian komuniti keibubapaan yang memberikan sokongan dan galakan kepada wanita dalam pelbagai peringkat keibuan.

“Ahli-ahli akan berkongsi tip dan nasihat keibubapaan serta menerima e-mel yang dikemas kini secara kerap daripada Drypers mengenai perihal penjagaan anak. Ahli-ahli juga bakal menikmati program ganjaran Drypers Point Shop yang membolehkan mereka mengutip mata menerusi pembelian produk Drypers dan kemudian menebusnya dengan alat mainan menyeronokkan dan berbentuk pendidikan,” katanya lagi.

Semasa acara Drypers Moms of Malaysia di Sunway Pyramid, ahli-ahli Drypers Baby Club dan anak-anak diberikan akses eksklusif ke VIP Club yang membolehkan mereka menyertai peraduan mewarna, sesi bercerita dan snek percuma. Pelancaran juga menyaksikan penyokong Drypers Moms of Malaysia dan bakal ibu, Elaine Daly berada di atas pentas bersama selebriti ibu, Aishah Sinclair dan Dr Jezamine Lim Iskander untuk berbual mesra mengenai detik dan pengalaman berharga dilalui mereka sepanjang bergelar ibu.

Seiring semangat kempen, 200 foto berserta judul yang merakamkan aksi ibu-ibu Malaysia berkongsi detik istimewa bersama bayi mereka turut dipaparkan di atas pintu gerbang masuk berbentuk hati. Ibu-ibu digalakkan membawa si kecil mereka dan menyertai aktiviti dianjurkan sepanjang acara Drypers Moms of Malaysia, termasuk menaiki belon untuk anak kecil dan aneka permainan lain yang menawarkan peluang memenangi pelbagai hadiah Drypers. Pelanggan yang membeli produk Drypers juga layak menerima pelbagai hadiah menarik, termasuk menyertai sesi fotografi khas bersama anak mereka.

IMG_9268

Maklumat lanjut mengenai kempen Drypers Moms of Malaysia boleh diperoleh di laman Facebook Drypers Malaysia, www.facebook.com/DrypersMY dan www.drypers.com.my

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge