Fast And Furious 7

      5 Comments on Fast And Furious 7

 

fast-and-furious-7-poster-1

“Fast and furious 7” ini adalah siri filem francais yang baru dari filem asalnya iaitu “The Fast And The Furious”(2001), “2 fast 2 furious”(2003), “The Fast And The Furios: Tokyo Drift”(2006), “Fast And Furious”(2009), “Fast Five”(2011), “Fast And Furious 6″(2013) dan “Fast And Furious 7(2015). Bila lihat balik kronologi filem “Fast And Furious” ini, filem ini sudah berlangsung selama 14 tahun. Para pelakon semua mantap dan yang penting pasal kereta, walaupun sudah bertahun tetapi kereta yang laju dan mewah sentiasa membuka mata para penonton.

“Fast And Furious 7” ini mempunyai plot penceritaan yang baik, dimana watak pelakon di kembangkan dari awal francais filem ini. Kesemua filem “Fast And Furious” mesti ada kesinambungan antara satu sama lain. Kali ini “Fast And Furious 7 kembali di area Tokyo Drift dimana Han di bunuh dan seluruh ahli Dominic di buru. Musuh baru ini adalah abang Owen Shaw yang memang aggresif dari filem “Fast and furious 6”. Deckard Shaw adalah seorang lelaki yang tidak akan berhenti dari membunuh krew Dominic kerana marah dengan kematian adiknya. Setelah berhadapan satu sama lain, Dominic di bantu satu organisasi kerajaan yang ingin memberkas Deckard Shaw.

Setelah di beri taklimat untuk menyelamatkan pengodam yang mempunyai perkakasan untuk mencari dan mengesan saspek dari seluruh dunia dengan mudah, Dominic telah berjaya membuat musuh baru. Berjayakah Dominic menyelamatkan pengodam itu dan pastikan ahli keluarganya selamat dari keganasan Deckard Shaw?

Setelah menonton filem ini, filem ini lebih mementingkan aksi daripada acara-acara lumba seperti filem “fast and furious” yang lain. Mengenai kereta pula sudah tentu di tonjolkan dengan lebih jitu, garang dan penuh butiran. Menontonnya amat memikau walaupun ada satu dua adegan yang kurang logikal akal tetapi tidak mustahil untuk dilakukan.

Ulasan yang boleh diberi adalah bagus, ceritanya yang menarik, pelakon yang berjaya menghidupkan watak yang diberi dan yang paling penting adalah adegan kematian watak di pegang Paul Walker di tukar kepada adegan yang lebih mengharukan para penonton. Walaupun muka Paul Walker menggunakan CGI, riak wajahnya tampak seperti sebenar dan sukar dibezakan. Untuk francais filem yang hebat ini, selayaknya diberi 9/10.

Filem ini memang seronok dan untuk para peminat “Fast And Furious” jangan lupa menyaksikkannya di pawagam yang berhampiran.

Ambi Pur Car Clip

Untuk menjadikan suasana yang menarik dan wangi, Ambi Pur memperkenalkan pewangi kereta edisi terhad “Fast And Furious 7”. Ambi Pur memberi keterujaan dan memberi perasaan segar semasa memandu kereta. Pewangi ini direka khas untuk peminat “Fast And Furious” dan mempunyai 3 variasi yang berbeza.

Antara harga yang di tawarkan oleh lain-lain jenis adalah:

  • Klip Premium Fresh Drift Fast And Furious Ambi Pur – Rm19.90
  • Klip Premium Turbo Fresh Fast And Furious Ambi Pur – Rm19.90
  • Klip Mini Turbo Fresh Fast And Furious Ambi Pur – Rm12.90

Pewangi khas dari Ambi Pur Fast and Furious ini boleh di beli di “level Ground Floor” bahagian “new wing One Utama. Tarikh jualannya berlangsung selama 5 hari bermula dari 1 April 2015.

 xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

 

5 comments on “Fast And Furious 7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.