Fast & Furious 7 Catat Rekod Box Office Di Malaysia

Dalam satu minggu sejak pembukaan pada 2 April di negara ini, Fast & Furious 7 memecahkan rekod box-office di Malaysia. Pembukaan hujung minggu filem itu mencatatkan di tangga nombor 1 dan menjadi sejarah sinematik Malaysia iaitu The Biggest Film Opening of All-Time Malaysian, mengalahkan pemegang rekod sebelumnya Transformers: Age of Extinction and Iron Man 3.

image

Dalam masa seminggu, Fast & Furious 7 telah mencatat lebih daripada jumlah keseluruhan jualan tiket filem-filem seperti Avatar, X-Men: Days of Future Past and G.I. Joe Retaliation. Filem ini turut memecah rekod nombor 1 dari Biggest Single Day Collection box office iaitu Transformers: Age of Extinction.

image

“Kami sedar bahawa peminat francais Fast & Furious sangat kuat di negara ini, kami kagum dengan keputusan yang cemerlang. Kuasa turbo kereta telah meransang penonton dan hebahan dari mulut ke mulut menunjukkan respon yang sangat baik. Penonton tempatan benar-benar meminati filem bertema hubungan kekeluargaa, humor dan aksi yang hebat. Filem ini diarahkan oleh pengarah kelahiran Malaysia, James Wan (yang telah melakukan kerja yang hebat untuj filem The Conjuring sebelum ini), dan ini adalah filem terakhir Paul Walker, pasti penonton tempatan ingin melihat unsur-unsur dan teknik CGI yang digunakan, ” Nicholas Yong, Pengarah Urusan United International Pictures Malaysia.

Fast & Furious 7 masih berlangsung di pawagam seluruh negara dalam 2D, 3D dan IMAX 3D.

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Fast & Furious 7 Catat Rekod Box Office Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.