Hidangan Gulai Dalam Tembikar D’laila Mee Udang

Setelah kali ketiga mencuba masakan di D’laila Mee Udang. Ruby ingin kongsikan dengan anda kelazatan masakan di sini sehingga ruby mengidam ingin kesini lagi. Haha. Hidangan gulai dalam tembikar D’laila Mee Udang di MMA Santai Corner adalah yang paling ruby suka. 4 jenis gulai kegemaran orang Malaysia menjadi sajian utama. Kari, Asam Pedas, Asam Tempoyak dan Lemak Cili Api. Di sini, anda boleh pilih jenis ikan yang anda suka, sayur yang anda suka dan jika anda tiada idea nak masak apa. Kak Laila sedia membantu. Hehehe. Macam ruby, ruby suka asam pedas ikan tenggiri dan sayur bendi. Kemudian asam tempoyak ikan patin dan sayur taugeh. Kari kepala ikan dan sayur tomato. Lemak Cili Api daging salai dan sayur cendawan kukur. Perghhhhh. Sedapp.

Hidangan-Gulai-Dalam-Tembikar-D’laila-Mee-Udang-18 Hidangan-Gulai-Dalam-Tembikar-D’laila-Mee-Udang-16 Hidangan-Gulai-Dalam-Tembikar-D’laila-Mee-Udang-2 Hidangan-Gulai-Dalam-Tembikar-D’laila-Mee-Udang-1 Hidangan-Gulai-Dalam-Tembikar-D’laila-Mee-Udang-15 Hidangan-Gulai-Dalam-Tembikar-D’laila-Mee-Udang-14 Hidangan-Gulai-Dalam-Tembikar-D’laila-Mee-Udang-17

Hidangan D’laila Mee Udang

Hidangan-Gulai-Dalam-Tembikar-D’laila-Mee-Udang-7 Hidangan-Gulai-Dalam-Tembikar-D’laila-Mee-Udang-12

Mee Udang

Hidangan-Gulai-Dalam-Tembikar-D’laila-Mee-Udang-11

Asam Pedas Telur Ikan Mayong

Hidangan-Gulai-Dalam-Tembikar-D’laila-Mee-Udang-10

Asam Tempoyak Ikan Patin

Hidangan-Gulai-Dalam-Tembikar-D’laila-Mee-Udang-13

Lemak Cili Api Daging Salai

Hidangan-Gulai-Dalam-Tembikar-D’laila-Mee-Udang-9

Kari Kepala Ikan Merah

Hidangan-Gulai-Dalam-Tembikar-D’laila-Mee-Udang-8

Lemak Cili Api Ikan Keli Salai

Hidangan-Gulai-Dalam-Tembikar-D’laila-Mee-Udang-3

ABC kedai sebelah. Hahahaha.

Hidangan tembikar dari D’Laila Mee Udang kegemaran ruby. Bagi je lah gulai yang mana pun, semua ruby boleh selesaikan. Wajib kalau ke sini order 4 jenis gulai dan makan sejam. Hahahaha. Nikmat betul. Lepas tu kawasan MMA Santai Corner ni adalah medan selera, order pula ABC atau Lai Chi Kang. Perghh layan betul makan nasi dan asam tempoyak lepas tu pekena ABC.

Hidangan-Gulai-Dalam-Tembikar-D’laila-Mee-Udang-5 Hidangan-Gulai-Dalam-Tembikar-D’laila-Mee-Udang-6

Mee Udang adalah top menu disini. Jika anda peminat tegar mee udang. Di sini lah tempatnya. Ruby bawa mak ruby sekali makan disini sebab mak duk ngidam rindunya nak makan mee udang dekat kampung Tanjung Tualang, Perak. Sebab dia hampa dengan mee udang dekat KL ni. Takda yang sedap! Bila balik kampung, owner mee udang dah meninggal. Anak pula jual tak sedap. Bermula dari situ ruby cuba cari mee udang terbaik. Ruby bawa ke D’Laila Mee Udang. Alhamdulillah mak cakap terubat rindu makan mee udang. Siap promote dekat kawan-kawan sekampung. “Mai datang Nilai. Ada Mee Udang sedap!!”

Harga D’Laila Mee Udang

Nasi Putih (Sambal Belacan, Ulam, Telur Masin): RM 4
Asam Pedas Telur Ikan Mayong: RM 10
Asam Pedas Ikan Tenggiri: RM RM 10 – RM 20
(Harga Ikut Saiz)
Asam Tempoyak Ikan Patin: RM 10 – RM 20
(Harga Ikut Saiz)
Asam Tempoyak Ikan Bawal Mas: RM 10 – RM 20
(Harga Ikut Saiz)
Kari Kepala Ikan Merah: RM 10 – RM 20
(Harga Ikut Saiz)
Lemak Cili Api Daging Salai: RM 10
Lemak Cili Api Ayam Kampung Salai: RM 10 – RM 20 (Harga ikut saiz ayam sebelah atau ayam satu ekor)
Lemak Cili Api Ikan Keli Salai: RM 8
Mee Udang (10 ekor udang): RM 10
Mee Udang Saiz M: RM 7
Mee Udang Saiz L: RM 12
Mee Udang Galah: RM 12
Mee Udang & Ketam: RM 17
Mee Udang & Kupang: RM 12
Mee Ketam: RM 10
Mee Kupang: RM 7

Gulai kari, asam pedas, asam tempoyak dan lemak cili api disediakan bersmaa Taugeh, Tomato atau Bendi. Jika nak sayur lain boleh juga.
Add on rebung, sawi jeruk, pucuk ubi, cendawan kukur – RM 5

Hidangan-Gulai-Dalam-Tembikar-D’laila-Mee-Udang-19

Ini lah kak Laila, pemilik kedai D’Laila Mee Udang di MMA Santai Corner.  Terima kasih kerana jagakan Adam ketika ruby sedang makan! Hehehe. Perjalanan ruby dari Damansara ke Nilai berbaloi-baloi. Hidangan sedap gini, walau jauh sanggup ku redah. Hahahaha. Anda patut cuba!

MMA Santai Corner,
Putra Point Fasa 2B,
Putra Nilai,
71800 Nilai,
Negri Sembilan

Waktu Perniagaan : 5PM – 12.00AM

Waze : MMA Santai Corner

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Hidangan Gulai Dalam Tembikar D’laila Mee Udang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.