Home

Home-001

Home adalah filem animasi dari teritan DreamWorks Animation. Filem home ini di adapatasi dari buku kanak yang berjudul The True Meaning of Smekday. Filem ini di bintangi oleh Jim Parson, Rihanna, J.Lo dan Steve Martin. Cerita ini bermula apabila kaum makhluk asing nama Boov menakluki Bumi dan menukar penempatan manusia ke tempat lain.

Apabila sudah berpindah di Bumi ada satu Boov yang lain daripada lain kerana suka berparti, buat aktiviti menarik dan ini membuat Boov lain tidak sukanya. Boov itu di gelar Oh, niat Oh hanyalah ingin berkawan tapi semuanya di tolak kaumnya sehingga lah Oh membuat kesilapan yang teruk iaitu hantar e-vite kepada semua makhluk asing di semesta termasuk Gorg. Gorg ini lah puncanya Boov berpindah randah.

Home-004

Disebabkan kecuaiannya Oh di label sebagai penjenayah dan pelarian, semasa melarikan diri daripada di tangkap Oh bertembung dengan seorang remaja perempuan yang gelar dirinya Tip. Tip mempunyai misinya untuk mencari ibunya yang telah di culik oleh kaum Boov semasa proses penaklukan Bumi.

Home-002

Setelah saling berjumpa, Tip dan Oh susah menyesuaikan diri antara satu sama lain. Setelah mengharungi segala kesusahan rupa-rupanya Oh dan Tip juga mempunyai isu dalam satu hubungan. Di situ terjalin persahabatan antara Oh dan Tip. Tip mengjar Oh cara hidup di Bumi yang pada mula di tolak oleh Oh kerana pernah menyaksikan satu video yang menunjukka manusia belum tahap cerdik seperti kaumnya. Dapatkah Oh membantu Tip mencari ibunya?, adakah Gorg dapat mencari kaum Boov di bumi?

home-003

Filem ini adalah sesuai untuk kanak-kanak kerana filem home ini sangat penuh warna-warni malahan kaum Boov itu bertukar warna mengikut moodnya. Dari segi penceritaan pula, agak longgar kerana babak-babak penceritaan Tip tidak seperti remaja yang lain mungkin disebabkan faktor Tip adalah seorang remaja yang pandai. Dari segi animasi pula memang tidak di nafikan bagus. Filem ini sesuai utnuk bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa, filem ini harus di tonton dengan segera. Ruby beri penilaian berdasarkan semua ini sebanyak 7/10.

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Home

    Zul

    (April 7, 2015 - 8:14 am)

    boleh suh anak tengok nanti..cam menarik je sinopsis dia..hrp2 ayah dia xboring 🙂
    Zul´s last blog post ..Kedai Sport Rim MurahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.