Kimball Asian Spaghetti Sauce

      2 Comments on Kimball Asian Spaghetti Sauce

Kimball adalah diantara produk wajib ada di dalam dapur ruby. Terutama tomato sos untuk buat ayam masak merah. Menu kegemaran kami sekeluarga tidak lengkap jika tiada sos tomato Kimball. Hehehe. Selain itu, produk Kimball yang wajib ada stok di dapur adalah sos spaghetti tradisional, spaghetti kering, angel hair kering dan makaroni kering. Kebiasaannya kalau nak masak spaghetti mesti pada hari sabtu atau ahad. Kini, ruby boleh masak spaghetti hari-hari sebab Kimball telah mengeluarkan Kimball Asian Spaghetti Sauce dengan kesedapan baru iaitu Sos Spaghetti Rendang, Sos Spaghetti Tom Yam dan Sos Spaghetti Kari.

Nampak sedap kan? Mestilah sedap sebab perisa ni serasi dengan tekak orang Asia. Melayu, Cina, India dan bangsa lain mesti suka. Orang Malaysia lagi la suka! Ruby dah ketagih dengan Sos Spaghetti Rendang. Beli ayam kisar dan potong bawang dadu dah siap. Yeehaaa.

image

image

image

Pada 26 Mac 2015 telah berlangsungnya perlancaran Kimball Asian Spaghetti Sauce. Gimik perlancaran adalah pertandingan memasak “Great Pasta Cook-Off” diantara Chef Dr. Ezani Farhana dan Selebriti Yasmin Hani. Mereka memasak pasta spaghetti tom yam dimana Chef Dr Ezani akan memasak menggunakan Kimball Asian Spaghetti Sauce dan Selebriti Yasmin Hani akan memasak dengan cara tradisional pasta spaghetti tom yam. Kebiasaan kita semua masak tom yam pun dah ambil masa kan? Jadi siapakah pemenang bagi cabaran memasak tu? Hehehe.

Jom saksikan video dari Kimball Malaysia

image

Idea di sebalik Sos Pasta Asia Kimball adalah untuk memanfaatkan rakyat Malaysia dengan pilihan rangkaian makanan yang lazat dan inovatif untuk kemudahan memasak mereka. Kami sedar bahawa kebanyakan para pelanggan kami, terutama ibu-ibu di Malaysia, sering mempunyai masalah mencari inspirasi untuk menghasilkan hidangan baru untuk keluarga mereka. Oleh itu, sos pasta Asia kami menggabungkan kebaikan dari Timur dan Barat,” kata Stephan Vilquin, Pengarah Pemasaran Campbell Asia Tenggara.

image

Kimball Asian Spaghetti Sauce dari kiri Sos Spaghetti Kari, Sos Spaghetti Tom Yam, Sos Spaghetti Rendang RM 4.95

image

Ruby dah cuba ketiga-tiga sos spaghetti Kimball semasa perlancaran dan suka kesemuanya, cuma lebih suka Rendang. Kimball Asian Spaghetti Sauce untuk tiga perisi ini mengekalkan rasa asli tom yam, kari dan rendang. Jadi anda akan rasa seperti masakan Asian. Rasa asli seperti memasak di rumah dan rendang tu sangat buat ruby teringat waktu raya. Oh rindunyaaaa nak makan rendang ayam. Hehehe. Jadi ruby masak juga di rumah untuk suami makan. Hehehe. Hasilnya…

image

Kimball Asian Spaghetti Sauce – Rendang

image

Kimball Asian Spaghetti Sauce – Kari

image

Anda juga boleh memasak semudah ini bila-bila masa. Dapatkan Kimball Asian Spaghetti Sauce sekarang!

http://bit.ly/KimballFB

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

2 comments on “Kimball Asian Spaghetti Sauce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge