Menulis Blog Sambil Jaga Anak

Menulis blog sambil jaga anak. Hahahaha. Rumit untuk kongsikan pengalaman ruby sebab risau dengan kejian ibu bapa diluar sana. Yelah anak baru sorang dah banyak pula cerita kan. Dah tu nak tunggu ruby anak sepuloh baru nak dengar dan hormat? Hurmmm.. Ruby suka baca pengalaman ibu-ibu bekerja,  anak hantar nursery, ayah ambil, hantar kat sedara mara. Seronok tengok cara setiap keluarga. Bila dah kahwin ni, boleh rasa letih dan penat dengan apa yang mereka lakukan. Bukan mudah nak bangun awal pagi, siapkan segalanya. Pergi nursery, pergi kerja, pam susu, memandu, kerja lagi dan pengurusan masa serta kewangan juga rumit.

Itu pengalaman ibu bapa yang bekerja di pejabat ikut waktu 8am sampai 5pm. Yang ibu bapa kerja shift lagi la kesian. Balik rumah entah jam berapa. Pergi kerja pun hari masih gelap. Hurmm. Bersyukur kerana ruby memilih untuk berhenti kerja dan fokus kepada penulisan blog sepenuh masa selepas benikah.

image

Sebab ruby tahu bila dah bernikah ni ada je keadaan atau situasi yang mengganggu kerja pejabat. Kadang-kadang rakan sepejabat memahami, kadang-kadang tidak. Dimana-mana anda bekerja, pasti ada mereka yang tidak selesa dengan emergency leave kita, MC dan cuti raya. Ni kalau ruby pregnant nak bekerja, memang awal trimester ruby akan sering MC. Hahahaa. Bersyukur sekali lagi kerana dah berhenti kerja dan fokus untuk keluarga.

Penulisan blog nampak mudah, ada blogger suka menulis dengan penceritaan yang berbeza. Menggunakan pelbagai bahasa dan gaya. Keunikan seseorang blogger hanya diketahui apabila kita dikenali. Tanya mereka apa yang menyebabkan anda dipilih untuk sesuatu advertorial. Selain dari jawapan trafik ribu riban dan social media ratus ribu. Ada tak yang dikenali kerana personaliti unik.??

image

Dulu, masa untuk menulis blog memang teratur. Siap boleh edit gambar dengan photoshop, photoscape, aviary, picsart dan segala apps. Bila dah ada anak, semuanya bagaikan baru. Kena belajar guna apps kat henfon utk update blog iaitu wordpress for android. Edit gambar memang takda dah. Watermark? Lagi la tak ada. Hahahahaha. Kekangan masa dan keadaan sibuk melayan fasa perkembangan adam amat membuatkan ruby terbatas untuk sediakan report dan menghadiri event. Menulis blog ruby boleh lagi tulis seperenggan seperenggan semasa menyusu adam. Untuk submit report pula kena buka laptop. Jika waktu buka laptop ni keadaan mencabar sebab adam nak guna juga.

Bayi akan tertarik dengan perkara yang kita fokus lakukan. Ruby pula penulis blog. Telefon bimbit, laptop dan gadget tak dapat dipisahkan. Adam pun sibuk guna DSLR ruby. Hurmmm. Semuanya untuk Adam, maka tutup laptop dan simpan segala gadget dan layan Adam. Kami memasak bersama, menonton tv bersama, solat bersama, makan bersama, mandi bersama dan segalanya bersama.

Cabaran menulis blog sambil jaga anak lebih kurang sama dengan anda yang bekerja sepenuh masa, shift atau pejabat. Bezanya ruby jaga adam sendiri dan tak tidur malam untuk siapkan kerja. Kita bercerita berkenaan advertorial dan schedule calendar. Kalau takda kalendar. Parah di buatnya!

Ruby cuba jaga kualiti dan konsisten kemaskini blog ruby.my sebab ia adalah perkara yang mengubah kehidupan ruby. Cita-cita ruby. Dan kerana blog ini lah dapat membantu tambah rezeki rakan-rakan blogger lain. Alhamdulillah.

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

5 thoughts on “Menulis Blog Sambil Jaga Anak

    Zulaikha

    (June 20, 2015 - 1:18 pm)

    Alhamdulillah, dua-dua keadaan dah merasa. Bekerja dan surirumah. Dan saya juga memilih untuk bekerja sendiri dari rumah.. Asalkan dapat lihat satu-satu perkembangan si anak yang comel 🙂

    Enjoying every moment walaupun kadang rasa nak jadi gorilla????

    ainul

    (May 13, 2015 - 7:18 am)

    sama la.. terpaksa bangun 4pagi tulis blog.dah la keje dr rumah skrg. blog nadi utama. siang tu jenuh berperang la dgn anak anak nak buka hp pun
    ainul´s last blog post ..Bayi Batuk dan SelsemaMy Profile

    akubiomed

    (April 8, 2015 - 1:44 pm)

    Kehidupan sekarang tidak sama seperti dahulu. Jadi pandai-pandailah adjust mana yang patut dan penting tidak ada hati yang terluka.

    namee

    (April 8, 2015 - 3:32 am)

    i feel u ruby and here i am pagi buat still tidur. buat kerja blog and research project.em bg namee kerja dr rumah mmmg mencabar lah ruby. seriously bcoz kita focus banyak benda dalam satu masa. T_T . anak2 dah tdo then only ada me me time untuk buat kerja dengan fokus. skang kul bape ni…330 pagi dah ni. T_T

    YANA YASSIN

    (April 8, 2015 - 2:30 am)

    Memang cabaran besar bila tengah semangat nak update blog , anak pulak ajak main . Memang terbantut keje . Tapi rugi wooo kalau x layan anak . Moment bukan boleh diulang . Tak pasal gigih update blog memalam lepas anak tido .
    YANA YASSIN´s last blog post ..Boat Noodle Bukan Sekadar MeeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.