OXFORD Advanced Learners’s Dictionary (OALD) Edisi Ke-9

Oxford Fajar Sdn Bhd, anak syarikat Oxford University Press hari ini melancarkan kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary (OALD) edisi ke-9 yang mempunyai perkakas baharu yang penting untuk membentuk kemahiran berkomunikasi. OALD, kamus Bahasa Inggeris yang digunakan oleh lebih daripada 100 juta pelajar ini merupakan kamus yang membantu pelajar-pelajar memahami makna sesuatu perkataan dan bagaimana cara menggunakannya. Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary edisi ke-9 yang baharu ini menawarkan kamus bercetak yang lengkap dengan DVD-ROM dan kandungan premium dalam talian. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran II, YB Tuan P. Kamalanathan.

image

OALD9_Launch
YB Tuan P. Kamalanathan, Deputy Minister of Education II, launching the 9th edition. Looking on are (second from left): Ms Sharmini Nagulan, Managing Director of Oxford Fajar Sdn Bhd and the young performers. Oxford Advanced Learner’s Dictionary at KLPAC.

 

Penyampai jemputan pada pelancaran tersebut, Ms Alison Waters, Pengurus Penerbitan, English Language Teaching Dictionaries and Reference Grammar di Oxford University Press, UK, menegaskan tentang kaji selidik yang dilakukan untuk edisi baharu ini, “Kaji selidik global yang membabitkan 14,000 orang guru dan pelajar mendedahkan bahawa bertutur merupakan kemahiran yang paling mencabar untuk dikuasai ketika mempelajari Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar dan orang dewasa menghadapi masalah untuk menyebut sesuatu perkataan dan hal ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan mereka tentang ujian lisan atau pembentangan di tempat kerja yang perlu dilakukan. Perbualan dalam Bahasa Inggeris sama juga mencabar kerana pelajar sering merasakan bahawa mereka tidak mempunyai perbendaharaan kata yang betul dan mencukupi untuk ditangani. Perkakas baharu dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary (OALD) edisi ke-9 ini dapat membantu pelajar-pelajar untuk mengatasi semua masalah sebutan dan pertuturan di atas kerana sememangnya perkakas ini direka untuk membentuk kemahiran berkomunikasi dan bertutur dengan baik.”

OALD9_Panel Discussion
The panellists sharing their thoughts during the panel discussion titled ‘Brighter Second’ from left: Dr Cynthia Doss, Associate Professor, Academy of Language Studies UiTM; Ms Alison Waters, Publishing Manager, ELT Dictionaries and Reference Grammar, Oxford University Press UK; and Mr Sam Haggag, Country Manager of Manpower Group™ Malaysia.

 

iSpeaker yang baharu yang terdapat pada DVD-ROM dan dalam talian dan Speaking Tutor adalah unik bagi OALD edisi ke-9. Kedua-duanya merupakan pelengkap kepada iWriter dan
Writing Tutor yang dikemaskinikan daripada edisi yang terdahulu. Video sebutan pada iSpeaker menunjukkan bagaimana setiap bunyi perkataan Bahasa Inggeris disebut dalam sebutan British dan Inggeris Amerika dengan tepat kepada pelajar, dan membolehkan pelajar merekodkan perkataan tersebut untuk dibandingkan dengan model sebutan yang ada.  Panduan yang menunjukkan perbualan harian dalam situsi tertentu turut diberikan dalam bentuk video, dan juga dalam petak ‘Everyday English´ dari A-Z dalam kamus.

Pelajar-pelajar yang membuat persiapan untuk peperiksaan antarabangsa seperti IELTS, TOEIC atau TOEFL tentu akan menghargai tugasan ala-peperiksaan, bahasa penting dan tip yang ada dalam Speaking Tutor. Di samping itu, mereka berpeluang berlatih untuk peperiksaan bertutur mereka dalam iSpeaker.
Pelancaran tersebut juga memaparkan perbincangan panel yang bertajuk; ‘Brighter Futures with Better English’ yang membincangkan perihal pentingnya menguasai Bahasa Inggeris, bukan sahaja dalam bentuk penulisan, tetapi juga dalam bentuk percakapan bagi meraih kejayaan di tempat kerja. Bagi perbincangan ini, Ms Waters disertai oleh dua orang ahli panel jemputan, iaitu Dr Cynthia Yolanda Doss, Profesor Madya daripada Universiti Teknologi Mara, Shah Alam dan Encik Sam Haggag, Pengurus Negara daripada Manpower Group™ Malaysia.

Ms Waters menekankan bahawa kamus edisi ke-9 ini, termasuk kandungan yang terdapat dalam DVD-ROM dan kandungan dalam talian dihasilkan berdasarkan penilaian yang amat teliti tentang keperluan pelajar-pelajar Bahasa Inggeris hari ini. Tujuannya ialah untuk memberikan set perkakas pembelajaran yang dapat membantu pelajar dan graduan di tempat kerja mereka dan menjadikan mereka komunikator yang efektif.

OALD9_Packshot

Encik Haggag yang terlibat dalam pengurusan bakat, berkongsi tentang kriteria majikan ketika hendak mengambil pekerja, “Syarikat mencari bakat yang boleh berkomunikasi dengan lancar secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Inggeris kerana ia merupakan bahasa antarabangsa untuk perniagaan. Para graduan, terutamanya yang mensasarkan jawatan tinggi dalam organisasi multinasional utama harus sedar bahawa keputusan akademik sahaja tidak mencukupi. Untuk mendapatkan jawatan tersebut, mereka memerlukan kemahiran insani dan kebolehan luar biasa untuk berkomunikasi, menyatakan perasaan dan menyebut sesuatu dengan jelas. Seseorang mesti berupaya untuk menghasilkan tanggapan pertama yang baik. Syarikat mencari duta yang serba boleh yang dapat mewakili jenama dan imej mereka sebaik sahaja isyarat ‘mula’ dikatakan. Pertuturan dalam Bahasa Inggeris, terutamanya, tidak salah lagi merupakan keperluan yang tidak boleh dikesampingkan bagi membolehkan seseorang berjaya dan cemerlang.

Dr Cynthia menambah, “Set perkakas pembelajaran yang menggabungkan rangsangan digital – video dan audio, juga latihan interaktif, menggalakkan keserbabolehan dalam pembelajaran dan menarik minat pendidik dan juga generasi pelajar sekarang. Pembelajaran Bahasa Inggeris dijadikan lebih dinamik dan menarik, dan dengan meletakkan bahasa dalam konteks, membolehkan pelajar memahami penggunaannya yang betul. Sebagai pendidik, peranan kita ialah untuk meletakkan asas yang kukuh dalam perbendaharaan kata, ungkapan-ungkapan dan kecekapan berbahasa supaya pelajar dapat menyedari potensi mereka dalam pelajaran dan dalam aspirasi kerjaya mereka.”

image

Kamus OALD edisi ke-9 yang diterbitkan 5 tahun selepas kamus edisi yang sebelumnya ini mengandungi lebih daripada 185,000 perkataan, frasa dan makna yang merupakan tambahan daripada 184,500 perkataan sebelumnya. Ini termasuklah 700 perkataan dan makna baharu dalam kamus bercetak dan tambahan 200 lagi dalam versi DVD-ROM dan dalam talian.

Impak pertumbuhan zaman digital ke atas Bahasa Inggeris turut dimuatkan dan mewakili hampir 20% daripada perkataan baharu dalam kamus OALD terkini ini. Perkataan baharu termasuk catfish (seseorang yang menyamar sebagai orang lain ketika dalam talian) dan troll (dengan sengaja menghantarkan pos yang provokatif dan kasar dengan tujuan untuk mengganggu seseorang atau mendapatkan respons marah daripada mereka), termasuk juga perkataan yang berkaitan dengan Twitter seperti tweetable, dan twitterverse. Kita sekarang unfriend dan defriend, mengambil selfie, menonton catch-up TV dan berharap kita tidak menjadi mangsa spyware, scareware atau clickjacking. Keperihatinan global kita terhadap alam sekitar turut menambahkan penggunaan “perkataan hijau” yang sekarang ini turut termuat dalam kamus ini seperti bioenergy dan bioethanol.

image

“Bahasa Inggeris sentiasa berubah, menyerap perkataan-perkataan baharu dan memperkemas penggunaan baharu perkataan yang sedia ada. Siapa sangka perkataan seperti tweet dan defriend sekarang ini telah menjadi sebahagian daripada bahasa harian kita? Bahasa Inggeris akan terus berkembang dan kamus OALD edisi ke-9 mencerminkan perubahan yang perlu diketahui oleh pelajar-pelajar,” demikian dirumuskan oleh Ms Waters.

Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary edisi ke-9 yang baharu ini boleh didapati di semua kedai buku terkemuka di seluruh Negara dalam dua versi, iaitu RM 89.90 versi kulit lembut dengan DVD-ROM dan kandungan premium dalam talian dan RM 159.90 versi kulit keras dengan DVD-ROM dan kandungan premium dalam talian. . Edisi Pelajar Antarabangsa hanya boleh didapati pada bulan Jun 2015.

www.oxfordlearnersdictionaries.com
www.oxfordfajar.com.my

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.