Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru

      5 Comments on Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru

Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru memang terkenal. Ruby menetap di Kuala Lumpur pun suka makan di sini. Sebabnya sambal di warung ni sedap. Hahaha. Memang kegemaran ruby dari dulu. Kalau makan di sini, tidak kisah beratur lama dan menunggu kerusi meja. Sebab bila makanan sedap. Rasa penat menunggu terus hilang. Hahaha.

Pada 28 March 2014 ruby berkesempatan join rombongan mak jah bersama Kelab Blogger Ben Ashaari untuk buat food review. Hahaha. Bila ben offer nak pergi Nasi Lemak Antarabangsa mestilah nak. Dekat ya amat dengan rumah. Lagi pula kawasan jajahan. Hehehe.

Restoran-Nasi-Lemak-Antarabangsa-Kampung-Baru-3 Restoran-Nasi-Lemak-Antarabangsa-Kampung-Baru-8

Kebiasaan kalau makan di sini atau bungkus. Mesti minta nasi tambah. Lauk yang disediakan sangat menyelerakan. Kebiasaanya kalau ruby makan di sini wajib ambil paru goreng, bergedil dan telur goreng. Nyum Nyum Nyum. Terbaiklah. Kalau makan macam ni boleh ulang 2 3 kali tau. Hahahaha.

Restoran-Nasi-Lemak-Antarabangsa-Kampung-Baru-11

Nasi Lemak RM 1.50 + Paru RM 4 (2 cucuk) + Bergedil RM 1.80 + Telur Goreng RM 1.30

Restoran-Nasi-Lemak-Antarabangsa-Kampung-Baru-12

Sambil makan, sambil layan air kelapa frutti. Ni namanya Air Kelapa VIP – RM 5. Air kelapa dengan ais krim dan chocolate. Pergghhh terbaik!

Selain dari makanan asas dan minuman, di Nasi Lemak Antarabangsa turut menyediakan otak-otak dan kuih kochi. Sedap betul kuih kochi ni. Lemak santan semua cukup.

Restoran-Nasi-Lemak-Antarabangsa-Kampung-Baru-10 Restoran-Nasi-Lemak-Antarabangsa-Kampung-Baru-9

Info Nasi Lemak Kampung Baru

Lewat tahun 70an seorang ibu kepada 5 orang anak mengambil upah menjahit baju, membuat kuih muih dan nasi lemak bungkus untuk diagih-agihkan kepejabat melalui suaminya dan juga kawan kawan bagi menampung keperluan harian. Nama Pn. Normi Tandoh begitu sinonim dengan perniagaan Nasi Lemak Antarabangsa, begitu lah mulanya perniagaan yang pada mulanya hanya untuk menampung keperluan keluarga kini telah menjadi sebutan.

Pada awal 80an pula, bermula era warung atau gerai yang terletak di Jalan Raja Muda Musa, waktu berniaga adalah selepas waktu sembahyang subuh sehingga lah jam 11 pagi. Lebih 10 tahun rutin perniagaan itu berjalan pada kadar waktu yang sama. Pada awal tahun 90an pula, Pn. Normi telah menukar waktu perniagaannya dari sesudah subuh kepada waktu petang iaitu 6 petang. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan, lalu waktu perniagaan itu kekal sehingga kini iaitu dari jam 5 petang hinggalah kehari esoknya jam 12 tengahari.

Usaha yang membuahkan kejayaan dari mula menanak beras sebanyak 5 kilo hingga kini mencecah 200 kilo sehari. Sehingga kini perniagaan itu diusahakan oleh anak dan menantu beliau, dengan menggunakan nama perniagaan Shaha Resources Sdn Bhd, Nasi Lemak Antarabangsa berkembang turus sebagai makanan tradisional Malaysia seiring dengan warisan bangsa.

sumber dari http://www.nasilemakantarabangsa.my/about/

Restoran-Nasi-Lemak-Antarabangsa-Kampung-Baru-1 Restoran-Nasi-Lemak-Antarabangsa-Kampung-Baru-2

Jemput datang ke Nasi Lemak Kampung Baru! Sekarang parking pun mudah sebab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sudah menukar arus jalan SEHALA dari pintu gerbang. Dah tak ada sesak-sesak macam dulu. Parking pun banyak!

Nasi Lemak Kampung Baru

4 Jalan Raja Muda Musa

Kg Baru

50300 Kuala Lumpur

Waktu beroperasi :

Isnin – Jumaat : 5pm – 12pm (next day)

Sabtu – Ahad : 5pm – 12pm (next day)

Email : info@antarabangsa.my

No Tel : 010-8818080

www.facebook.com/kelapafrutti

www.facebook.com/NasiLemakAntarabangsa

www.nasilemakantarabangsa.my

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

 

5 comments on “Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge