SAFI FAIR 2015 “Mulakan Pelayaran Kejelitaan SAFI”

SAFI adalah produk pertama ruby guna semasa di awal remaja dulu. Sebab ia diperbuat dengan bahan-bahan semula jadi yang mematuhi hukum Syarak dan disahkan HALAL oleh JAKIM (JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA). Sekitar tahun 2004 dan masih ingat ruby guna  SAFI Sari Mentimun, SAFI Sari Gamat, SAFI penyegar, cucumber dan estrak aloe vera dan losyen badan. Yelah zaman sekolah menengah kan sibuk dengan aktiviti kokurikulum, jadi memang kena jaga kulit sebaiknya. Kalau tak jaga, mesti dah hitam legam sekarang ni.

Oh ya, mak ruby yang perkenalkan SAFI sebab sebagai beragama Islam. HALAL yang kami cari. Sekarang dah tahun 2015, cepat masa berlalu dan berapa kali penambahbaikkan telah dilakukan oleh mereka? Duta bersilih ganti dan kempen semakin hebat! Sekarang ada kempen SAFI FAIR 2015 “Mulakan Pelayaran Kejelitaan SAFI” yang memberi anda peluang untuk menangi percutian impian dan peluang belayar bersama Nora Danish!

Best kan? Ruby memang pengguna tegar SAFI Balqis Perfect 10 yang dulu digantikan dengan SAFI BALQIS White Trilogy yang lagi best formulasinya. I tetap mencuba produk baru keluaran mereka. Macam ruby, ruby suka guna SAFI BALQIS dan SAFI Sari Gamat. Walaupun di mamah usia, masih gunakan produk masa sekolah menengah! Hahahaha. Baru-baru ini ruby beli stok pencuci muka SAFI BALQIS dan saja-saja baca isi kandungan SAFI BALQIS White Trilogy.

11136805_10152934706490000_2026228287_n

Sistem White Trilogy diuji secara saintifik untuk mencerah menerusi 3 lapisan kulit untuk hasil pencerahan yang sempurna dan selamat dalam:

3 Minit – Bertindak pada lapisan luar kulit untuk memulakan proses pencerahan secara semula jadi

3 Hari – Mula mengurangkan pembentukan melanin pada lapisan dalam kulit

3 Minggu – Kulit menjadi cerah sempurna hasil pencerahan jauh ke dalam lapisan kulit

Cepat juga SAFI BALQIS White Trilogy ni bertindak. Ruby bukannya apa, sebab kadang-kadang travel lupa bawa sunscreen. Balik rumah dah kena kuarantin tak boleh keluar untuk rehatkan kulit dari sinar matahari. Lebih kurang 2 minggu ruby akan terperap di rumah dan bila kulit sudah pulih baru mulakan aktiviti ke event blogger. Rugi masa kan? Teruja pula rasa nak cuba SAFI BALQIS White Trilogy.

10622264_10152934706425000_475084327_n 11094567_10152934706350000_2131789280_n

Dari SAFI Natural ke SAFI Balqis dan satu masa pasti akan mula menggunakan SAFI Rania Gold dan SAFI Rania Diamond. Cepatnya masa berlalu! Jika nak kulit cantik, muda, remaja kena rajin ikut regimen penjagaan muka SAFI.  SAFI kini mempunyai produk penjagaan diri untuk seisi keluarga. Dari SAFI, SAFI Balqis, SAFI Rania Gold, SAFI Rania Diamond dan rangkaian shampoo rambut SAFI Shayla untuk wanita bertudung.

Cara-Cara Menyertai

Untuk kempen SAFI FAIR 2015 “Mulakan Pelayaran Kejelitaan SAFI”, cara-cara untuk memenangi percutian impian dan peluang belayar bersama Nora Danish! adalah seperti berikut :

1) Masuk laman facebook SAFI FAIR 2015 “Mulakan Pelayaran Kejelitaan SAFI”- https://apps.facebook.com/safifair

landingpage

2) Susun atur regimen penjagaan wajah rangkaian produk SAFI Rania Gold

27  Peraduan SAFI Fiesta on Facebook

3) Selesaikan 2 rangkap pantun (2 rangkap pertama telah diberi)

27  Peraduan SAFI Fiesta on Facebook (1)

4) Isi data peribadi anda untuk simpanan penganjur.

Hadiah

• 10 orang pemenang utama akan dipilih untuk bercuti selama 3 hari 2 malam di Langkawi. Pemenang dibenarkan membawa seorang pasangan. Semasa trip percutian ke Langkawi, pemenang akan dapat menikmati suasana matahari terbenam di atas cruise bersama Nora Danish (Duta Safi Rania Gold). * T&C

• Terdapat juga 20 pemenang saguhati yang akan menerima barangan SAFI bernilai RM250 setiap hamper.

Selain penyertaan di laman facebook SAFI, anda juga boleh menyertai peraduan SAFI FAIR 2015 “Mulakan Pelayaran Kejelitaan SAFI” dengan mengambil borang peraduan di pasaraya yang mengambil bahagian seperti Mydin, Giant, Aeon, Aeon Big dan banyak lagi.

Peraduan SAFI FAIR 2015 “Mulakan Pelayaran Kejelitaan SAFI” bermula dari 15 March 2015 – 30th April 2015.

www.facebook.com/safifair

www.facebook.com/SAFI.MY

www.safi.com.my

SAFI. Selamat dan Suci.

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

5 thoughts on “SAFI FAIR 2015 “Mulakan Pelayaran Kejelitaan SAFI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.