Servis Kereta Di Citicars Paradigm Mall

Hari minggu adalah hari yang sentiasa kita fikir apa aktiviti nak buat. Nak pergi mana, nak buat apa, nak makan apa dan masa yang diperuntukkan untuk kesemua aktiviti tersebut. Hari minggu sangat cepat berlalu. Jadi, kenderaan yang kita guna juga perlukan masa untuk dimanjakan. Terutama kereta Huyundai Atos @ Alpha ruby tu. Berjasa banyak sangat. Kereta yang ruby guna untuk ke event blogger, pergi meeting, pergi pasar, pergi beli groceries, pergi beriadah dan banyak lagi. Sebab saiznya yang comel, mudah parking dan cepat sampai ke destinasi. Hahaha. Ruby tak racing tau, tapi cepat sampai bila bawa kereta tu. Hehehe. Jadi hari sabtu ruby hantar Alpha servis Kereta Di Citicars Paradigm Mall.

image

image

Perjalanan dari Damansara ke Paradigm Mall tidak jauh, ruby masuk entrance parking Gate B dan belok kanan dah juma Citicars Auto Servicing. Masuk ke pejabat mereka dan tanya sama ada available ke mekanik mereka untuk servis Alpha. Servis yang ruby nak adalah normal yang biasa-biasa sebab nak tukar tayar sekali. Lari pula bajet ruby kang. Gigit kuku kat bengkel tu nanti.

image

image

image

Citicars Montez Semi Package – RM198

– Montez SR3 Semi Synthetic Engine Oil
– Original Oil Filter
– Anti-rust
– Air Filter Cleaning Service
– Windshield Washer Top-Up
– Citicars Signature 26 Inspection Points Check
– Vehicle Diagnosis
– Citicars Service History Booklet
– Labour

image

image

2 Tayar Dunlop – RM 117 x 2
2 Tiub Tayar – RM 6 x 2
2 Mentol – RM 8 x 2

image

image

image

Free Tyre Alignment
Free Tyre Balancing
Free Nitrogen Air

Staff Citicars menasihatkan ruby untuk tukar plug, air filter, minyak gear bila 20,000 mileage. Jadi mudah untuk ke bengkel dan lakukan semua servis serentak. Bagi perempuan macam ruby lagi la mudah kalau semua sekali buat dalam satu masa. Sebab bukannya ingat atau reti bab kereta ni. Hehehe.

Citicars Auto Servicing memiliki 4 Outlet iaitu di Sunway Pyramid, The Garden’s Mid Valley, Paradigm Mall dan Empire Gallery Subang. Cawangan yang ruby pergi di Paradigm Mall sangat selesa. Ruang menunggu yang luas, ada WiFi, baby Adam seronok berjalan-jalan. Persekitaran bengkel juga bersih.

image

image

image

Mekanik Citicars majoriti semua berilmu tentang kenderaan. Buat kerja pun cepat. Sambil servis tukar minyak hitam, mekanik lain cek tayar. Ada mekanik yang tolong cek wiper depan belakang. Jadi, pekerja wanita yang memegang fail akan tanda kertas laporan. Kemudian mekanik akan jumpa ruby untuk beritahu apa masalah kereta ruby dan tunjuk bukti kerosakan dan harga barang tersebut jika ingin tukar. Tiada paksaan. Hehehe.

image

Tetapi ruby memang nak tukar tayar, wiper dan bulb lampu belakang. Bahaya bila kereta tak dijaga rapi. Bukan senang nak cari bengkel yang buat kerja betul-betul juga. Ruby sekarang lebih berhati-hati nak mencari bengkel. Sebab ada bengkel yang tidak selamat dan suka menipu. Contoh di tepi jalan yang banyak kenderaan lalu lalang. Senang je penjenayah nak rompak atau buat perkara yang tidak sepatutnya. Idea Citicars menyediakan perkhidamatan bengkel di dalam parking shopping mall ni amat bagus. Tambahan shopping mall yang ada security guard yang sentiasa bertugas. Rasa selamat dan nak tinggalkan kereta sambil shopping sementara menunggu kereta siap pun banyak membantu. 2 kerja dalam 1 masa. Sangat jimat masa. Hehehe.

image

Jika anda ingin servis kereta, tukar tayar atau kedua-duanya. Dapatkan tawaran istimewa dari Citicars Auto Servicing dengan membeli tayar atau servis kereta, anda akan dapat servis PERCUMA iaitu :

?Free Tyre Alignment
?Free Tyre Balancing
?Free Nitrogen Air

Promotion Code: rubydotmy

CITICARS @ Paradigm Mall
Entry A or B, Basement 1, (next to Pillar P13)
Paradigm Mall 1, Jalan SS7/26A, Kelana Jaya
47301, Petaling Jaya, Selangor
Tel No. : 03-7886 7960

Cawangan Citicars Auto Servicing :

1. Sunway Pyramid – Entry A or C, Level B1, Pillar R14 | 03-5611 0398
2. The Gardens Mall – Zone B, Level P2, Pillar B60A | 03-2282 1266
3. Paradigm Mall – Entry A or B, Basement 1, Next to Pillar P13 | 03-7886 7960
4. Empire Shopping Gallery Subang – Entry A or B, Basement 2 | 03-5612 0092
5. Johor Bahru City Square (Opening in May 2015)
6. DPulze Shopping Centre @ Cyberjaya (Opening in May 2015)

www.facebook.com/citicarsmalaysia
www.instagram.com/citicarsmalaysia

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Servis Kereta Di Citicars Paradigm Mall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.