Tips Mencari Susu Formula Untuk Bayi

      6 Comments on Tips Mencari Susu Formula Untuk Bayi

Ruby dah menyusu Adam selama 1 tahun lebih. Hingga kini masih menyusu badan. Cuma baru-baru ni bila check up, berat Adam tak meningkat ikut usia dia. Jadi doktor tanya ruby macam mana penyusuan Adam. Walaupun kerap, tetapi kuantiti tak mencukupi untuk kehendak Adam.

Jadi, mula lah mencari susu untuk Adam. Demi kesihatan dia. Rutin siang minum susu formula. Malam susu badan. Tapi nak mencari susu formula yang serasi dengan Adam amatlah susah. Jenuh cuba dekat Adam, dia taknak. Dari jenama high end ke jenama murah pun dia taknak.

Ada juga mama yang cakap jenis puting botol susu juga akan ganggu proses minum susu. Masa ruby perah susu dulu, guna botol dan puting biasa mau pula dia minum. Tapi itu dengan susu badan. Untuk susu formula dia taknak. Reject habis-habisan.

image

Bila dah penat mencuba pelbagai cara, kemudian idea datang. Beli botol susu mimijumi. Ruby perah susu badan dan beri suami rasa. Ada berpaket sample susu formula, ruby buat satu-satu dalam satu masa. Supaya suami boleh bezakan rasa susu. Ruby nak cari susu yang sama rasa. Dah jumpa susu sesuai iaitu Dumex Dupro 2, kami beli paket kecil 300 gram untuk cuba seminggu. Alhamdulillah Adam nak minun susu tersebut.

image

Isu Dumex Dupro 2 yang ditarik balik pada tahun 2013 telah selesai. Selepas penarikan susu mengikut siri nombor yang disebarkan, kini pengeluaran susu dumex dupro 2 lebih berkualiti.

Cara ruby ni mungkin tak relevan untuk mummy di luar sana. Tapi, ini lah yang terbaik. Semoga bermanfaat.

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

6 comments on “Tips Mencari Susu Formula Untuk Bayi

  1. Mat Nor

    Kami pun bereksperimen bagi FM kat baby kami since 1 bulan lagi. Wife bukannya taknak BF tapi BM semakin merundum. 1st time bagi FM S26, then wife bagi Karihome. Baby kami kdg2 minum tak abis membazir FM, baby prefer BM mama dia lagi. Kat umah pengasuh, baby kami pun kurang nak minum FM. Kami pun tukar ke Dutch Baby, senang nak maintain harga pun lebih murah dan jimat. Baby pun boleh terima Dutch Baby. Beli kat Speedmart bawah RM 30 untuk 1 kg. Survey kat 11street dengan kupon RM 50.90 untuk 2 pack x 1 kg dengan guna kupon diskaun dan kupon shipping. Lebih jimat dan berbaloi.

    Reply
    1. Ruby Post author

      Salam, saya masa anak pertama bereksperimen dari susu Dutch Baby, Dugro dan yang kekal adalah S26 Gold. Yang anak kedua ni, tak dapat saya BM sampai 6 bulan. Dah kena campur. Sebab kuat betul nak susu. Saya cuba Frislac Step 1. 60ML setiap bancuhan. Masa mula-mula memang jenuh le. Dia taknak botol. Hahaha.

      Reply
  2. puan velvet

    anak first kita aritu try kemain byk susu fm nak kasi serasi. ade yg cirit. ade yg najis keras . last2 susu dutchbaby jugaq yg serasi. naseblah susu murah, hahaha~
    puan velvet´s last blog post ..Buah StaqMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge