Aplikasi YELP Kini Di Malaysia

      2 Ulasan pada Aplikasi YELP Kini Di Malaysia

Yelp Jejak Kaki ke Wadah Tumpuan Asia Tenggara. Kini, Anda Boleh Yelp di Malaysia. Dalam peta dunia, Malaysia ibarat dua telapak tangan terbuka yang terpisah. Di sebelah baratnya adalah Semenanjung Malaysia, yang berkedudukan paling selatan di penghujung benua Asia dan di sebelah timur pula di mana terletaknya Sabah dan Sarawak. Gabungkan kedua-duanya, maka terbentuklah sebuah negara berpopulasi 30 juta penduduk yang menjadi pasaran antarabangsa Yelp ke-31. Selamat datang Yelp!

Screenshot_2015-05-06-19-32-34

Malaysia merupakan sebuah negara unik dengan sejarah dan reputasi yang boleh dibanggakan sehinggalah ke hari ini apabila menyentuh tentang penyatuan masyarakat berbilang kaum, etnik, budaya dan agama. Apabila pengaruh budaya Melayu, Cina, India, Thai, Jawa dan Sumatera kesemuanya dicampur aduk dan digaul bersama 130 bahasa dan dialek berbeza – maka tidak syak lagi Malaysia adalah wadah tumpuan Asia Tenggara.

DSC_0367

Kepelbagaian di Malaysia tidak terhad kepada budaya semata-mata. Malaysia juga merupakan habitat kepada hampir 20 peratus daripada spesies haiwan di dunia, sekaligus diletakkan sebagai antara negara paling kaya dari segi kepelbagaian bio di dunia ini. Kebanyakan spesies haiwan boleh ditemui di Taman Negara, iaitu hutan hujan tropika yang dikatakan berusia 75 juta tahun lebih tua daripada Amazon!

Jika anda seorang yang mempunyai selera makan yang pelbagai, Malaysia sememangnya syurga makanan yang mampu memenuhi segala kehendak anda. Dari santapan harian laksa sehinggalah juadah musim perayaan rendang, atau pun, menghirup telur setengah masak dan roti bakar di kopitiam mahupun roti canai dari warung mamak, nescaya tidak pernah membosankan.

Yelp Malaysia akan menjadikan Kuala Lumpur, bandaraya terbesar negara ini di mana tersergam megahnya Menara Kembar Petronas, sebagai titik permulaannya operasinya. Orang ramai kini berkesempatan untuk melakukan pencarian perniagaan kegemaran masing-masing melalui Yelp.

DSC_0372

Naib Presiden untuk Pasaran Baharu, Miriam Warren, berkata kemasukan Yelp ke pasaran Malaysia adalah bertepatan kerana sebahagian besar rakyatnya adalah celik teknologi. “Rakyat Malaysia memiliki lebih 40 juta peralatan bimbit dan mereka menggunakan laman sosial secara kerap. Mengambil kira aspek tersebut, kami yakin aplikasi dan laman sesawang Yelp akan menjadi platform kegemaran untuk mereka mencari perniagaan tempatan kelak.

Aplikasi YELP Kini Di Malaysia! Muat turun aplikasi Yelp di Google Play Store / App Store atau log masuk Yelp.my untuk menyelami kepelbagaian yang ditawarkan dalam wadah tumpuan Malaysia. Para usahawan juga boleh mendapat manfaat dengan membina dan meluaskan pengaruh perniagaan masing-masing di biz.yelp.my melalui Laman Bisnes Yelp.

2 comments on “Aplikasi YELP Kini Di Malaysia

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge