CARNATION® Go Gourmet Bersama Soo Wincci

CARNATION® bekerjasama dengan artis antarabangsa dan MasterChef Soo Wincci bagi Bengkel Masakan CARNATION® Go Gourmet untuk berkongsi “Rahsia Dapur” di Tesco Extra Mutiara Damansara baru-baru ini. Sempena kempen CARNATION® Go Gourmet, acara kemuncak termasuk demo masakan dan sesi berkongsi rasa oleh Soo Wincci secara esklusif turut diadakan. Wincci memasak tiga hidangan kegemarannya menggunakan CARNATION® untuk tetamu jemputan, rakan-rakan blogger, peminat dan pihak media. Ketiga-tiga makanan ini adalah kegemaran beliau.

Photo #1 - CARNATIONR Go Gourmet with Soo Wincci

Sebagai peserta pertama yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir MasterChef Selebriti Malaysia pada tahun 2012, Wincci menyatakan keterujaannya apabila ditanya mengenai kolaborasi ini, “Apabila CARNATION® menemui saya untuk peluang kolaborasi ini, saya yakin bahawa saya akan menyukai program ini kerana saya minat memasak! Saya dapat menikmati kepuasan menerusi memasak dengan penuh perasaan dan perhatian untuk orang yang saya kasihi. Kepuasan ini hanya boleh dicapai melalui proses memasak makanan yang lazat lagi mudah disediakan untuk rakan-rakan rapat saya.

Hasil masakan adalah hadiah kasih sayang dan ia juga mengeratkan hubungan dengan orang yang kita sayang. “Saya berasa teruja kerana berada di sini untuk memasak untuk peminat-peminat dan rakan-rakan saya. Ketika saya baru berusia 5 tahun, saya telah menjejakkan kaki ke dapur bagi kali pertama untuk hidangan percubaan walaupun saya sentiasa dihalau keluar dari dapur. Saya juga telah mencipta beberapa hidangan istimewa seperti “Ayam Kopi” dengan menggunakan Krimer Sejat CARNATION® sebagai bahan khas”, tambah Wincci.

Photo #3 - CARNATIONR Go Gourmet with Soo Wincci

Turut hadir di majlis itu juga Cik Eileen Chan, Ketua Kategori F&N Dairies menerangkan mengenai kolaborasi ini. Eileen berkata, “Kami berbesar hati kerana Soo Wincci menunjukkan minat and kesungguhannya untuk memasak. Wincci suka memasak tetapi sebagai bekas ratu cantik, MasterChef, penyanyi dan pelakon, kami faham beliau tidak mempunyai cukup masa. Walau bagaimanapun, Wincci berkongsi minat dengan kami dan beliau tidak sabar untuk menyertai CARNATION® bandwagon.”

Photo #4 - CARNATIONR Go Gourmet with Soo Wincci

Sebelum acara Bengkel Masakan CARNATION® Go Gourmet, CARNATION® bersama Soo Wincci, Soo Wincci telah mengacara satu siri program CARNATION® Makanan Travelogue dengan 10 minisodes yang akan disiarkan pada hari Ahad jam 10.00 pm – 10.15 pm di Astro AEC dan pada hari Selasa di 8TV pada 7.58 pm. Selain daripada memperkenalkan hidangan istimewa yang menggunakan Krimer Sejat CARNATION®, Soo Wincci juga memainkan peranan sebagai tukang masak untuk menampilkan resipi makanan lazat lagi mudah disediakan, membuktikan jenama ini dipercayai dan membolehkan seseorang untuk menyediakan makanan sentiasa lazat.

Sementara itu, peraduan CARNATION® Go Gourmet with Soo Wincci sedang dijalankan, peserta hanya perlu mengemukakan 2 label CARNATION® bersama borang peraduan dan menjawab satu soalan yang mudah untuk memenangi percutian ke Hong Kong dengan Soo Wincci! Hadiah-hadiah lain termasuk 20 Hadiah Khas iaitu 42 “LED TV Philips dan 888 Resipi Buku Edisi Terhad CARNATION® untuk dimenangi.

CARNATION?Go Gourmet with Soo Wincci Cooking Workshop

Untuk maklumat lanjut mengenai CARNATION® Go Gourmet with Soo Wincci, sila layari www.fndairies.com.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “CARNATION® Go Gourmet Bersama Soo Wincci

    muliani

    (May 16, 2015 - 12:46 pm)

    terbaik lahhh soo wincii.. dah lah cantik ramaii lah laki yg datang nanti.. hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.