Fajar Di Bukhara, DIAgnosis2 dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Apakah sinonimnya Fajar Di Bukhara, DIAgnosis2 dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur? Ruby dah lama tidak ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), tetapi kali ini ruby datang sebab nak berjumpa dengan penulis buku. Google tarikh bila mereka akan datang. Bagusnya apabila tarikh dan masa yang mereka pilih sangat sesuai. Tarikh 1 Mei 2015, Jumaat! Elok selepas solat jumaat ruby terus ke PBAKL.

Macam biasa, PBAKL memang sesak dengan lautan manusia. Jika dulu datang seorang diri dah tiada masalah. Tetapi kali ni datang dengan suami dan anak. Sebelum keluar rumah dah plan dengan suami. Nak bawa troli ke untuk letak buku dalam tu. Nak bawa stroller ke untuk Adam? Tapi kondisi lift kat PWTC mesti penuh. Takda orang nak beralah pun nanti. Nak naik eskalator dengan stroller? Memang tidak la kan. Bahaya untuk anak ku. Nanti stroller terkena kaki orang lagi, tak pasal-pasal bermasam muka dengan pengungjung lain. Tak syok la kan. Jadi, kami fikir bawa bag pack, dan kendong Adam dalam Ergobaby 360 je lah. Mudah. Hehehe.

Ruby dan suami tiba di PWTC jam 2.30 petang. Masuk parking bawah PWTC, alhamdulillah mudah! Tetapi parking mahal betul dekat situ. Takda langsung flat rate. Huhu.

image

Masuk PBAKL terus ke kaunter direktori untuk dapatkan peta. Sebab ruby tau jam berapa sesi bertemu penulis dan di booth mana. Cuma tingkat dan hall je ruby tidak tahu. Macam buat treasure hunt, kita tanda peta. Hahaha.

3pm sesi bersama penulis buku DIAgnosis2 di tingkat 4 PWTC. Ruby teruja nak jumpa semua doktor dan rakan blogger Dr. Fatin Liyana. Dah lama tidak berjumpa, sekarang dah bekerjaya dan dah bertunang. Tunggu untuk majlis nikah pula. Tahniah Aten dan Tahniah DIAgnosis2.

image

image

image

image

Punyalah ramai peminat DIAgnosis2. Beratur panjang. Nasib baik abam Zizan Nin pun nak sign. Kami pun menggunakan tiket selebriti Zizan Nin lah. Hahahaha. Sebab jam 4 petang Selebriti Zizan Nin pun ada sesi bersama peminat untuk novel Fajar di Bukhara di tingkat Ground. Memang kerja gila la kan. Haha.

image

Dari jam 4 petang sampai jam 5 petang ke booth Fajar Di Bukhara, novel ini ditulis oleh Cik Marini Mat Zain. Kakak kita ni selalu tulis skrip, sekarang dia dah bukukan skrip tersebut dan drama Fajar Di Bukhara akan disiarkan di RTM 1 sepanjang bulan Ramadhan nanti! Hebat kan?

image

image

image

image

Tahniah kak Marini dan Zizan Nin. Terima kasih sudi menurunkan tandatangan kepada peminat kecil ini. Hahaha.

Jika berada di PBAKL memang wajib berehat sebentar seperti ini. Sambil tu boleh baca buku. Kesian kat anak kecil jika mereka kepenatan.

image

Untuk baby Adam ruby beli buku Al-Quran Pertamaku. Ada 30 juzuk ayat Al-Quran, penerangan dan cerpen ringkas untuk beri ringkasan maksud ayat tersebut. Bagus kan? Harga RM 80.90 dan percuma bag sekolah. Itu adalah bag pertama Adam juga. Hehehe.

image

image

Jadi berapa banyak wang keseluruhan yang ruby keluar? RM 80.90 + RM 30 + RM 25. Sekitar RM 135.90 je ruby laburkan ke PBAKL. Hehehe.

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Fajar Di Bukhara, DIAgnosis2 dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.