Festival Ramadan Klang 2015 Bermula 26 Jun – 12 Julai 2015

Ramadan hampir tiba lagi beberapa minggu, meriahnya Ramadan apabila sepanjang bulan mulia ini disediakan bazaar makanan Ramadan dan bazaar pakaian. Beruntunglah penduduk di sekitar Klang, kerana Pusat Pemborong GM Klang akan mengadakan Festival Ramadan Klang 2015 Bermula 26 Jun – 12 Julai 2015. Untuk pengetahuan anda, Festival Ramadan Klang adalah acara tahunan di GM Klang. Ia telah bermula pada tahun 2014 dan oleh kerana kejayaan dan sambutan yang menggalakkan, GM Klang berbesar hati meneruskan acara ini sebagai acara tahunan.

Festival Ramadan Klang 2015

Festival Ramadan Klang 2015

11229627_10153001674844888_132847714_o

Konsep Festival Ramadan Klang 2015 adalah ‘Laluan Nostalgia’ iaitu satu lorong laluan yang dibina khas di tengah-tengah antara dua deretan gerai-gerai, dihiasi suasana kampung dan pertunjukan permainan tradisional. Ia pasti mengembalikan nostalgia pengunjung ketika Ramadan dan Syawal semasa di kampung halaman.

Pada tahun ini dengan kerjasama alumni Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Projek Iqra’ dan Women International Network (WIN), festival yang dijangka bakal memeriahkan lagi sambutan Ramadan tahun ini akan berlangsung pada 26 Jun hingga 12 Julai 2015 bertempat di sekitar kawasan parkir terbuka Pusat Pemborong GM Klang.

Pereka fesyen yang terlibat adalah Azlan Karim (Binqareem), Orked Mohd Fauzan (Orked), Shanell Harun (Shanell), Suhairi Mohamed (Seth & Luna), Abid Shamsuddin (Daramera), Intan Sapura Hashim (Hanapura) dan Nurul Shafiqah Md Amin (Piqa Amin & the Empire). Pertubuhan Women International Network pula berkongsi hasil kerja mereka dalam pembuatan batik terap/cap Terengganu.

Lebih 100 gerai menawarkan pelbagai juadah berbuka dan barangan persediaan Aidilfitri. Pengunjung juga akan disediakan dengan pelbaga aktiviti istimewa yang telah disusun sepanjang festival, antaranya demonstrasi masakan, batik, wau, kuda kepang dan pemakaian hijab serta bacaan Al-Quran setiap hari sebelum berbuka. Terdapat juga persembahan akustik dan nasyid selepas solat terawih. Tidak ketinggalan, aktiviti menarik untuk si kecil seperti pertunjukan ‘giant bubble’, dekorasi ‘cupcake’ dan penampilan maskot-maskot popular untuk beramah mesra bersama.

Festival Ramadan Klang 2015

GM Klang

Ruby pernah membeli-belah di GM Klang pada tahun 2011 ketika mengikuti Kembara Kraf Selangor, kawasan di GM Klang sangat luas. Parking banyak dan kawasan tiap blok juga luas. Sesuai untuk keluarga untuk membeli-belah. Sambil pegang anak atau bertroli stroller juga sesuai. Tidak menganggu pengunjung lain. Tiap blok juga dikhaskan mengikut barang jualan. Bagus kan? Rata-rata peniaga online juga memborong barangan di GM Klang. Permainan, pakaian, kasut, aksesori, tudung, pin, hiasan rumah dan macam-macam lagi ada di GM Klang.

 

Festival Ramadan Klang 2015 Pusat Pemborong GM Klang26hb Jun – 12hb Julai 2015#gmklang #frk2015 #festival #ramadan #klang

Posted by GM Klang Wholesale City Malaysia on Thursday, 14 May 2015

 

Jom datang beramai-ramai ke Festival Ramadhan Klang 2015. Sebarang pertanyaan dan informasi lanjut, hubungi :

1 comment on “Festival Ramadan Klang 2015 Bermula 26 Jun – 12 Julai 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.