Hantar Macbook Pro Ke Service Center

      3 Comments on Hantar Macbook Pro Ke Service Center

Pada 30 May 2015 awal pagi, datang mood rajin ingin kemaskini blog yang sedang bersawang. Ambil pen drive event yang diberi PR semasa majlis. Cucuk dengan selambanya dan tiba-tiba laptop auto Shut Down. Bila tekan button ON dia tak respon. Bateri Macbook pun masih banyak, ruby cuba la charge. Mana la tahu kot kot kot berfungsi. Tetapi malangnya lampu di wayar charger juga macam segan-segan nak menyala hijau dan merah. Hurmmm. Maka bermulalah episod hantar Macbook Pro ke Service Center.

Sambil suami memandu ke Service Center terdekat, ruby google la apa masalah dan solusi untuk kes begini.

1. Unplug everything from your computer.
2. Take off the bottom of your MacBook / Pro / Air. (There are usually 3 screws that are longer than the rest near the vent, remember where they go.)
3. Carefully unplug the battery from the logic board.
4. Wait 10 seconds.
5. Plug the battery back into the logic board.
6. Put the bottom cover back on.
7. Reboot the computer holding the “Option” key.

It often happens when you plug a cheap Chinese Lightning USB into your computer.

Sumber: https://www.ifixit.com/Answers/View/135021/My+mbp+shut+down+unexpectedly+and+now+won%27t+turn+back+on

Tapi takkan la bak buat sendiri pula kan? Kalau tak siap atau lagi melarat masalah macam mana pula nanti? Dah le macbook ni ibarat nyawa. Hurmmm. Nyawa kerja kot. Grrrr. Kalau tiada macbook nak buat kerja camana. Termenung sekejap bila jadi macam ni.

Ruby google lokasi service center setelah ke Mac Studio Plaza Low Yat. Hahaha. Asal Low Yat je semua benda mereka buat eh? Sebenarnya tak juga. Wakakaka. Melainkan anda nak third party service kan. Ruby lebih suka service center yang disediakan oleh Mac City atau cawangan service center Malaysia. Semasa di Mac Studio di Plaza Low Yat, pekerja di situ arahkan kami ke Berjaya Times Square tingkat 8. Di sana ada Mac Service Center.

image

image

image

QCD@BerjayaTimesSquare – Service Center
Berjaya Times Square
No. 1, Jalan Imbi, #08-55 Level 8
55100 Kuala Lumpur
Tel : +603 2141 4840
Waktu Operasi: 10 pagi – 7 malam (Isnin – Jumaat)
10 pagi – 3 petang (Sabtu)
Tutup pada hari Ahad dan Public Holiday

Bila ke sini, pekerja di situ troubleshoot dulu sebelum membuat keputusan untuk technician cek. Kos untuk check RM 106 dan technician akan mula kerja pada hari Isnin. Lebih kurang 3 hari akan dimaklumkan apa masalah. Mereka akan telefon dan maklumkan apa kerosakan dan jika ada kos tambahan. Kos tambahan untuk hardware atau software tunggu lagi 7 hingga 14 hari. Huhuhu. Risaunya lama-lama hantar macbook. Camana nak buat kerja?? Wuwuwuwuwu.

Oleh kerana outlet ni jauh dari rumah dan kami suami isteri ambil keputusan untuk ke KL Festival City untuk hantar kesana je. Nanti nak ambil senang. Tapi!!! Outlet sana hanya repair iPad dan iPhone. Kalau Macbook mereka hantar ke 1Utama juga. Yada yada yada..

image

MACCITY@FESTIVALCITY BY MAC CITY SDN BHD
KL FESTIVAL CITY,
NO.67 JALAN TAMAN IBU KOTA,
Lot G-07, TAMAN DANAU KOTA, SETAPAK
KUALA LUMPUR, KUALA LUMPUR 53300
Tel : +603 4143 9880
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam

Start engine kereta ke 1Utama lah kita! Hahahaha. Sampai di kedai Mac City bertanya di mana service center. Service Center dan kedai tidak sama lokasi. Service Center di bahagian belakang. Sebelah kedai pakaian F.O.S. tu je. Sampai di sini ambil nombor dan tunggu. Ramai juga orang pada hari sabtu.

 

image

image

image

image

image

Apabila nombor dipanggil, terangkan apa masalah macbook kepada pekerja. Kemudian mereka akan sediakan borang, photostat kad pengenalan, kita kena tandatangan surat pengesahan dan bayar RM 100 untuk Technician check. Salinan dokumen untuk pelanggan dan resit akan diberikan. Selesai hantar, kami pun mencari makan. Lapar betul. Alhamdulillah Mac City Service Center sama tingkat dengan Food Junction. Berjalan ke sana ambil masa 5 minit je.

Kami pun pulang ke rumah. Semasa perjalanan pulang, di lebuhraya Sprint kami telah menerima panggilan dari Mac City Service Center. Technician telefon dan maklumkan macbook dah okay. Hahahaha. Sepantas kilat cakap “OKAY” dan mencari u-turn. Alhamdulillah cepat siap! Technician cakap mereka reset bateri je. Mungkin mereka tekan keyboard

1. Off Macbook (memang dah off)
2. Cucuk charger
3. Tekan Shift + Control + Option + Power serentak dan lepas.
4. Tekan Power.

Entahlah, sebab produk Apple ni mendiang Steve Jobs memang jaga betul produk dia sampai ruby pun takut nak usik bahagian dalam. Kalau niat hati memang nak ambil skru dan buka sendiri. Hahahaha. Oh ya waranti Apple Care pun dah habis. Rugi tak extend. Hahaha. Pentingnya waranti bila ada masalah macam ni tak perlu keluar RM untuk check. Lepas tu kalau hardware rosak mereka akan cover. Kalau melibatkan software kena bayar leee..

MACCITY@1UTAMA BY MAC CITY SDN BHD
1UTAMA SHOPPING CENTRE(NEW WING) BANDAR UTAMA,
LOT S309-S310, 2ND FLOOR
PETALING JAYA, SELANGOR 47800
Tel : +603 7726 2880
Waktu Operasi: 10 pagi – 8 malam (Dibuka setiap hari)

http://www.servicecenter.com.my/apple-malaysia-service-center-list

Alhamdulillah selesai. Risaunya hati hanya Allah s.w.t yang tahu. Tambahan takut tak cukup kos untuk bayar. Hahaha.

3 comments on “Hantar Macbook Pro Ke Service Center

  1. Haiza

    Salam, sorri follow cerita basi. But kalau still ingat, berapa cik ruby bayar utk masalah dengan ur macbook? Hardware problem ke?

    Reply
  2. fred Eikhwan

    Salam, nak tulis sikit hehe. Amboi, cepatnye servis. Bagus jugak service centre kat situ. Tapi RM100 tu macam tak berbaloi je kan. Mahal kot hehee. Salam.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge