Malam Bersama P1 Online Media Associates (OMA)

Setelah sepi beberapa bulan kerana penstrukturan baru P1 Wimax. Kini P1 OMA kembali lagi! Hehehe. Ruby tahu krisis yang melanda P1. Tetapi itu bukanlah penghalang untuk ruby terus menyokong P1 disaat jatuh bangun mereka. Tiap perniagaan pasti ada jatuh bangun kan.

Bermula sebagai pelanggan P1 Wimax pada 30 Oktober 2010 dengan melanggan pakej P1 W1MAX Home Plus Promo yang bernilai RM 99 + RM 20. Desktop modem dengan modem kecil tu satu. Hehehe. Jadi boleh guna satu dirumah dan satu lagi ketika di luar rumah. Yang bagusnya ia adalah satu akaun yang sama! Bagus kan! Oleh kerana itu lah ruby subscribe P1 Wimax.

Kemudian pada tahun 2012, P1 telah mewujudkan P1 Online Media Associates (OMA) dan ruby salah seorang blogger yang dilantik untuk bersama-sama dengan P1 dalam mempromosi peranti baru dan prestasi liputan sesuatu kawasan. Hehe. Seronok masa tu. P1 jugalah yang membuka peluang kepada ruby untuk belajar review produk teknologi. Best kan?

image

image

image

image

Pada 30 April 2015, Khamis jam 6:30 petang hingga 10:00 malam bertempat di The Co. Jalan Doraisamy telah diadakan P1 OMA-Nite. Pelbagai aktiviti diadakan dan paling best makanan disediakan oleh myBurgerLabs, kek cawan dari Bitter/Sweet, “Sparkling Soda” dari The Tapping Tapir dan juga Nitro Coffee oleh Brewmen.

image

image

image

image

image

image

image

image

Aktiviti pertama kami lakukan adalah pertandingan wefie berkumpulan. 10 orang pertama yang berjaya upload ke instagram bersama hashtag #p1omanite akan memenangi hadiah misteri. Hahahaha. Hadiah misteri dari barangan IKEA! Ruby tau itu meja! Nak!! Hahahaha.

image

Pillow Talk bersama Shu Wei, CMO P1. Beliau banyak berkongsi tentang visi dan matlamat terkini P1 setelah pengstrukturan baru.

image

image

image

image

Seterusnya kami lakukan sesi berkongsi pendapat apa yang diinginkan oleh kami sebagai P1 Online Media Associates dan bagaimana ingib laksanakan setelah TM menjadi syarikat induk P1. Pengstrukturan baru ini dapat memberi kita semua peluang untuk ketahui bagaimana ingin dekat dengan pelanggan sedia ada dan baru juga.

Teruskan bersama P1 dan nantikan promosi terkini mereka!

www.facebook.com/p1connect
www.p1.com.my

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Malam Bersama P1 Online Media Associates (OMA)

    P1Buddy

    (May 7, 2015 - 11:56 pm)

    Terbaik la Ruby. Terima kasih atas entri nie. Kami amat berbesar hati atas kesudian Ruby utk ke majlis kami. Kalau ada salah silap dan kekurangan, kami susun jari mohon ampun dan maaf ye. Moga berjumpa lagi di gathering yg akan datang, mungkin selepas Raya. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.