Pelancaran Radio Online Peace Yall FM Milik Dato’ AC Mizal

Pelancaran Radio Online Peace Yall FM Milik Dato’ AC Mizal. Jom alami pengalaman baharu, pasti berbeza dari yang sedia ada, Kini Radio juga bervisual. Peace Yall FM Radio Online berkonsepkan Radio Interaktif yang dimiliki sepenuhnya oleh Dato’ AC Mizal atau lebih dikenali sebagai ‘Mr Versatile’ yang merupakan seorang Usahawan berjaya, Pelakon, Penyanyi, Pelawak, Pengacara dan bekas Penyampai Radio di Malaysia yang sememangnya WOW!.

Peace-Yall-FM-3

Datin Emylia Rosnaida merupakan ‘Vice President’ Peace Yall FM dan berpengalaman selama 20 tahun dalam industri. Professional dalam bidang peragaan, lakonan, dan merupakan seorang usahawan berjaya. Peace Yall FM akan bersiaran 24jam sehari dan akan beroperasi sepenuhnya melalui sistem interaktif secara aplikasi dengan hanya satu klik untuk memuat turun aplikasi di ‘Apps Store’ bagi pengguna Apple iOs atau ‘Google Play Store’ untuk pengguna sistem peranti Android. Anda juga boleh melayari saluran interaktif ini melalui laman sesawang www.Peaceyallfm.com menerusi komputer atau pelayar mudah alih. Berkonsepkan ‘satu klik’ Peace Yall FM komited membawakan satu pengalaman yang pasti Luar Biasa sejajar peredaran semasa yang pastinya ‘BOOM’

Peace-Yall-FM-1

Pendekatan Media alaf baru ini bertujuan menyuntik minat Generasi Y merasai inovasi teknologi masa kini dan kami di Peace Yall FM menjadi perintis membawakan Radio Interaktif bervisual Dwibahasa pertama di Asia Timur Selatan. Peace Yall FM tidak diwajibkan dengan format tertentu dan sememangnya kami ‘VERSATILE’ pastinya yang Terbaik dan Trendy. Peace Yall FM akan dibarisi gabungan Star VJ seperti Adlin Aman Ramlie, Joey Daud (Jalur), Sobri Anuar, Emelda Rosemila, Syuk (Balas), Abam (Bocey), Fad (Bocey), Vicha (SayWho) dan Bochil (SayWho). Manakala barisan VJ Junior dibarisi oleh Kiki, Wirda, Haili, Elfe, Aizat Ishak, Rendy Ricky, Aqinna, Elfie Azlan, Iema Haris dan Jeed Zulkifli yang mampu memberikan anda impak luar biasa disertakan Infotainment terkini berkonsepkan 1 Klik.

Nantikan kemunculan sesuatu yang lebih dari Luar Biasa. Peace Yall FM! Terbaik dan Trendy!

www.peaceyallfm.com

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 comments on “Pelancaran Radio Online Peace Yall FM Milik Dato’ AC Mizal

  1. RMC

    You did really awesome job. I really like and appreciated your work. I have found so many useful and informative articles. Continue sharing…..

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge