Pembukaan Butik DressingPaula Cawangan Mid Valley Megamall

Baru-baru ini ruby berkesempatan ke Pembukaan Butik DressingPaula Cawangan Mid Valley Megamall bersama rakan media dan blogger fesyen. Seperti yang kita semua tahu bahawa butik DressingPaula adalah butik yang wajib kepada semua wanita membeli-belah kerana koleksi yang ditawarkan sangat sesuai untuk wanita bekerjaya. Malah blogger seperti ruby juga menggilai rekaan fesyen yang disediakan. Sebagai blogger muslimah, ruby kerap membeli koleksi terkini jaket/cardigan dan dress.

Kini DressingPaula telah membuka cawangan terbarunya di tingkat 1 (Lot F-047) Mid Valley Megamall. Bagi anda yang suka ke Mid Valley, cawangan DressingPaula ini akan memudahkan anda untuk membeli-belah! Hehehe. Pelancaran ini juga bertepatan dengan pelancaran koleksi Musim Bunga/ Panas 2015. Kedai baru ini merangkumi kawasan permukaan sebanyak kira-kira 1,100 kaki persegi yang didedikasikan khas untuk koleksi sedia pakai dan aksesori wanita.
DSC_0437 DSC_0442 DSC_0445 DSC_0449

Koleksi ini menampilkan potongan klasik dengan sentuhan moden, selaris dengan slogan DressingPaula iaitu ‘Women before Clothes’. Menggabungkan pakaian ruji dengan reka bentuk dan warna minimalis, koleksi ini dilihat turut menggunakan bahan fabrik seperti jacquard, sutera, neoprene, sifon, jaring, tweed dan elemen satin dengan warna-warna asas pastel, nude, kelabu, putih dan biru gelap.

Bertemakan musim Bunga, ciri-ciri koleksi terkini DressingPaula menampilkan corak flora timbul, paisley dan strok berus abstrak. Untuk gaya edgy, koleksi ini juga menggabungkan petak geometri dan cetakan tipografi metalik. Busana utama daripada koleksi ini termasuk pakaian klasik flora yang boleh disuai-padan untuk tampil sesuai waktu kerja atau kasual. Ia termasuk gaun A-line dan skirt dalam kedua-dua cetakan bunga dan cetakan berimpak yang lebih berani – potongan feminin yang sesuai untuk semua bentuk badan. Koleksi ini juga termasuk jaket serta top potongan lurus – yang sesuai dengan skirt A-line atau seluar; kemeja sifon berkolar – mesti ada untuk wanita celik fesyen; gaun simetri – untuk menayang sepasang kaki yang cantik; skirt A-line berlisu dengan bunga timbul, gaun panjang berlisu dan akhir sekali, seluar pendek jacquard – sesuai untuk bersiar-siar kasual di siang hari.

Koleksi musim Bunga/ Panas 2015 ini bermula dari harga RM59.90 ke RM189.90. Pengunjung yang datang ke kedai yang baru dilancarkan pada hari pembukaan dapat menikmati diskaun 20% dan juga barangan terpilih pada harga istimewa.

IMG_7276

Selebriti Tasha Shilla Razak dan Farahdhiya Mohd Amin turut hadir dan menggayakan koleksi DressingPaula.IMG_7319 IMG_7298 IMG_7296 IMG_7292 IMG_7291 IMG_7290 dressingpaulaDressingPaula, menyasar untuk membenarkan wanita dipandang seperti seadanya mereka. Jenama ini menjanjikan untuk menghasilkan pakaian yang unik (dengan sentuhan rekaan lembut) untuk wanita yakin. Slogan DressingPaula, “Women Before Clothes” / “Wanita sebelum Pakaian” diterjemahkan kepada rekaan pakaian, untuk wanita yang mencari pakaian yang berperanan memajukannya, rekaan indah yang kompleks, membolehkannya untuk menonjol di mesyuarat korporat mahupun perjumpaan sosial. DressingPaula kini boleh didapati Avenue K, Pavilion KL, Mid Valley, Sunway Pyramid, Queensbay Mall dan Gurney Paragon di Pulau Pinang serta Parkson 1Utama, Parkson Imago Mall di Kota Kinabalu dan Parkson Mahkota Parade di Melaka.

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge