Pengisian Mantap Filem Suami Aku Ustaz

Ruby dah lama tidak menonton filem melayu. Sebabnya, ruby tidak suka filem yang tidak ada pengisian. Tetapi, “sudah tiba masanya filem melayu sampaikan mesej berguna seperti filem Suami Aku Ustaz”. Inilah filem yang ruby tunggu. Ruby jenis sanggup terbang ke Indonesia untuk tonton filem mereka sebab pengisian cinta kasih sayang mereka sampaikan sangat menusuk. Kali ini di Malaysia, pengisian mantap filem Suami Aku Ustaz berjaya bertakhta di hati ruby. Hahahaha. Serius! Banyak betul pengisian, iktibar, mesej dan pengajaran!

Alangkah bahagia kalau suami aku ustaz. Siapa tak nak kan? Hahahaha. Lepas tu gaya ala-ala Adi Putra yang tinggi lampai kulit sawo matang gitu. Ruby pula perasan macam ala-ala Nora Danish gitew. Hahahaha. Baru-baru ini ruby berkesempatan ke Majlis Tayangan Perdana Filem Suami Aku Ustaz. Tayangan perdana kali ini adalah esklusif kerana jemputan adalah rakan media, fan club selebriti dan rakan selebriti.

Ruby bukan nak spoilkan mood anda untuk menonton filem ni. Hehehe. Cuma ruby nak cerita apa yang menarik tentang Filem Suami Aku Ustaz.

Sebagai penonton dan blogger, ruby tidak menjangkakan filem Suami Aku Ustaz ini adalah filem paling best ruby tonton. Best atau tidak adalah subjektif untuk kita semua. Sebab ruby suka tonton filem yang ada mesej, cinta, tanggunjawab dan pilihan pelakon yang serasi juga penting. Pilihan pelakon utama atau tambahan semuanya yang terbaik! Adi Putra, Nora Danish, Izzue Islam, Betty Rahmad dan Jue Aziz. Semua sedap mata memandang dan tidak kayu pun berlakon.

Pada awalnya ruby ingat ia sama seperti filem melayu yang menekankan tentang cinta cintun je kerana Ruby tidak baca lagi novel Suami Aku Ustaz karya Hannah Dhaniyah. Jadi, bila dah tonton. Filem ini lebih banyak mesej dan kisah ini relevan untuk tontonan anda semua.

Plot filem ini tidak mendatar dan tidak membosankan, kita di dalam panggung tersengih, tertanya-tanya, ketawa, rasa lucu, sedih dan tetiba seronok. Hahahaha. Kerana watak Alisa oleh Nora Danish sangat menjadi. Tambahan comel, nakal, tomboynya haaa nauzubillah! Hahaha. Manakala watak Ustaz Hafiz lakonan Adi Putra pula sangat la baik! Macam slow je kan wataknya. Penyabar betul. Kalau lah ada lelaki begini. Hahaha. Alisa kan kasar, bila dia membebel gaya penampilan Ustaz Hafiz ni. Keesokan harinya terus Ustaz Hafiz bertukar menjadi kacak bergaya! Aduiiiiii. Nganga kita dalam panggung wayang ni.

945951_602974846409244_1420253627_n 1000451_598229303550465_2132313581_n

Pada awalnya apabila Alisa dan Ustaz Hafiz dinikahkan dalam kepala ruby dah fikir, ahhhh dah mula la ni filem melayu nak merepek! Mana lah boleh kahwin dengan remaja bawah umur. Tapi masih bersabar layan filem Suami Aku Ustaz ni. Berahsia punya berahsia, sekali terkantoi sebab Alisa dan Ustaz Hafiz ni ada peminat juga. Alisa dan Johan kawan karib. Ada la bibit cinta tu. Takkan la tak rasa hati berbunga tu kannnnn. Manakala Ustaz Hafiz pula ada peminat dari pelajar dan guru. Pelajar adalah Betty Rahmad dan guru pula adalah Jue Aziz! Alamak terbocor cerita pula! Hahahaha.

Jadi bayangkanlah kalau mereka semua dah tau Alisa dan Ustaz Hafiz dah bernikah? Masa ni lah kawan jadi lawan kan. Masa Ustaz Hafiz kena tahan polis, tetiba menitis air mata ruby. Yelah baru je Alisa dan Ustaz Hafiz nak berbaik, Alisa dah tak kasar dengan Ustaz Hafiz, tiba-tiba kena tangkap Polis pula suami. Urghhhhh. Mungkin ruby dah kahwin, jadi perasaan sedih tiba-tiba je datang. Hahaha.

Antara babak yang membawa mesej sangat terkesan dengan ruby fadalah apabila Ustaz Hafiz ke masjid dan Alisa keluar melepak dengan Johan. Kemudian bila Alisa pulang, rumah kena rompak dan Alisa nyaris kena culik/rogol. Kalau suami tak tahu dan tak izinkan, jangan main-main. Ada je perkara tak baik akan berlaku.

Babak Alisa cakap yang dia tidak sayang dan terpaksa bernikah dengan Ustaz Hafiz supaya Johan masih melayan dia seperti dulu telah didengar oleh Ustaz Hafiz. Serba salah kalau terlepas cakap tu boleh membawa kepada perceraian kan. Bak kata pepatah cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

Filem ini bagus, sesuai untuk tontonan kita semua. Cuma P13 kerana perlu penerangan ibu bapa untuk situasi begini. Bahaya kalau anak-anak remaja sekolah terpesong. Bercinta dengan cikgu dan berkahwin bawah umur. Perlu ada dokumen sokongan yang sah untuk bernikah.

11200624_946528535387205_1436114058107552206_n

Tayangan : 14 May 2015
Bahasa: Melayu
Genre: Drama / Romance / Keagamaan
Tempoh Tayangan : 90 minit
Pengarah: Ghaz Abu Bakar

Pelakon Utama
Adi Putra – Ustaz Hafiz
Nora Danish – Alisa

Pelakon Pembantu
Izzue Islam – Johan
Betty Rahmad – Wati
Jue Aziz – Cikgu Liana
Liza Abdullah – Ibu Alisa
Abdul Razak Ahmad – Ayah Alisa
Kamaliah Mat Dom – Umi Ustaz Hafiz
Pegawai Polis – Norman Hakim

Pengedar : Alternate Pictures

Sinopsis: Alisa yang masih bersekolah terpaksa berkahwin secara rahsia dengan sepupunya, yang juga seorang guru agama (Ustaz Hafiz) di sekolah yang sama kerana ibu bapa beliau mahu seseorang untuk menjaga anak mereka ketika mengerjakan Haji. Rahsia mereka terbongkar, suami Alisa telah difitnah merogol gadis bawah umur dan ditangkap oleh pihak polis. Apakah kesudahannya?

facebook.com/FilemSuamiAkuUstaz

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.