Rawatan Kecantikan di Joys Beauty Garden, Nexus Bangsar South

Salun kecantikan Joys Beauty Garden terletak di Nexus Bangsar South. Ini adalah kali pertama ruby ke Nexus Bangsar South dan pertama kali juga membuat rawatan muka di Joys Beauty Garden. Sepanjang perjalanan dari Wangsa Maju ke Bangsar South tiada apa-apa masalah selain trafik sesak di hadapan LRT stesen Universiti bersebelahan Kondominium Vista Angkasa. Di sini, anda perlu membawa kenderaan sabar yang mungkin untuk mendaki ke arah Bangsar South. Tidak tahu mengapa laluan kecil ini dipenuhi dengan kenderaan. Dibahagian kiri pula ada pembinaan, lori pula menyekat lalu lintas. Bunyi hon dari kereta lain juga turut kedengaran. Ruby juga tinggal di flat DBKL semasa kecil di sini, terasa asing dengan persekitaran baru begini. Hahahahaha!

Ruby tidak mahu bercerita tentang trafik di bawah tu, ruby nak cerita keseronokan ke Nexus Bangsar South. Masuk ke bahagian parkir mudah! Sesuai untuk kereta besar. Kemudian ruang parkir banyak! Jadi ruby boleh memilih nak parking di pintu masuk A? pintu masuk B? pintu masuk C? Hehehe. Ruby pilih pintu masuk C kerana ia mempunyai mesin autopay. Naik lift ke tingkat G dan jalan kaki ke bahagian main entrance Nexus Bangsar South, anda akan nampak eskalator untuk ke atas. Naik eskalator tersebut dan belok kanan. Salun Kecantikan Joys Beauty Garden ada dibahagian hujung.
Uniknya Salun Kecantikan Joys Beauty Garden menggunakan produk dari rangkaian Dermalogica. Ruby sedia maklum bahawa produk Dermalogica adalah sesuai untuk semua jenis kulit malah untuk perempuan atau lelaki pun amat sesuai guna produk tersebut. Temujanji ruby di Joys Beauty Garden adalah pada jam 11.30 pagi dan ketika ini ruby perlu isi borang untuk pakar kecantikan meneliti apakah keperluan rawatan kulit wajah ruby.
Joys-Beauty-Garden-23 Joys-Beauty-Garden-21 Joys-Beauty-Garden-9 Joys-Beauty-Garden-11 Joys-Beauty-Garden-10 Joys-Beauty-Garden-8 Joys-Beauty-Garden-12 Joys-Beauty-Garden-19Pada pandangan mata kasar kita semua, kulit wajah ruby tiada apa-apa masalah. Tetapi apabila dianalisis, haaaaa. pasti anda terkejut! hehehe! banyak ha white head!! ewwwww.
IMG-20150517-WA0006Pengembaraan estetik bermula dengan perundingan mesra bersama juruterapi kecantikan berpengalaman kerana mereka akan analisis kulit sebelum melakukan rawatan muka. Perkara utama adalah pembersihan, pengelupasan dan pembersihan kotoran. Setelah selesai membersih muka, pembersihan white head pula dijalankan. Kemudian wajah anda akan disapu dengan krim antiseptik. Setelah itu mesin facial juga digunakan. Terakhir sekali, masker akan dipakai dengan cara dua kali. Satu lapisan diatas kulit, kemudian satu lagi lapisan masker diatas kain nipis agar ia lebih menyerap.
Joys-Beauty-Garden-18 Joys-Beauty-Garden-17 Joys-Beauty-Garden-15 Joys-Beauty-Garden-16
Wajah sebelum rawatan. Nampak tak berminyak dan white head penuh disekitar hidung. Ewww..

Persekitaran Joys Beauty Garden

Joys-Beauty-Garden-13 Joys-Beauty-Garden-14 Joys-Beauty-Garden-6

Hasil setelah melakukan Facial Treatment Hydro Plus
Joys-Beauty-Garden-20 Joys-Beauty-Garden-5 Joys-Beauty-Garden-3 Joys-Beauty-Garden-2 Joys-Beauty-Garden-1 Joys-Beauty-Garden-4

Segala white head telah disedut dan kulit menjadi bersih! Putih berseri pula tu. Sukanya!
Rawatan yang ruby buat adalah Intensive Facial Treatment Hydro Plus bernilai RM 209. Rawatan ini mengambil masa hanya 90 minit sahaja. Jika anda ingin melakukan rawatan seperti ini, sila hubungi pihak Joys Beauty Garden untuk temujanji. Jika anda memilih rawatan ini, anda akan menerima 1 unit Dermalogica Cleansing Gel PERCUMA! Botol besar pula tu. Lelaki atau perempuan boleh guna!
Joys-Beauty-Garden-7
Joys Beauty Garden
Unit 1-9, Level 1, Nexus,
Bangsar South,
No.7, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2242 3315 / 012-655 0578
Waktu Operasi :
Isnin – Jumaat : 11 pagi – 7 malam
Sabtu – Ahad : 10 pagi –  8 malam
Sila hubungi Joys Beauty Garden untuk membuat temujanji sebelum datang ke pusat kecantikan.
Chillin’ @ Nexus Bangsar South sedang mengadakan kempen di halaman Facebook mereka (https://www.facebook.com/BangsarSouth) di mana RM100 Nexus Gift Vouchers akan diberikan kepada pemenang setiap hari bermula dari 27 April 2015 sehingga 19 Jun 2015! Jom dapatkan sekarang!
Chillin’ @ Nexus Bangsar South Campaign

www.facebook.com/BangsarSouth

www.bangsarsouth.com

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Rawatan Kecantikan di Joys Beauty Garden, Nexus Bangsar South

    Nfd

    (June 5, 2016 - 1:45 am)

    Hello.. Facial treatment ni ada buat extraction jugak tak?

    Kak yatiadam

    (June 5, 2015 - 1:34 pm)

    em..nampak selesa dan teratur… sesuai sangat untuk yg suka menjaga kecantikan… suka sangat baca blog ni..
    Kak yatiadam´s last blog post ..SAKIT SELEPAS MAKAN VITAMIN.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.