Raya Lebih Meriah Dengan Mentega Golden Churn

Raya Lebih Meriah Dengan Mentega Golden Churn! Mentega Golden Churn, yang terkenal dengan kelebihannya dalam pembuatan kek dan masakan selama lebih dari 70 tahun, kini membawakan evolusi dalam arena masakan tempatan dan rumah dengan memperkenalkan pengubahsuaian pada resipi-resipi klasik sambil mengekalkan rasa lazat mentega yang menjadi kebanggannya.

Golden Churn

Keunikan Golden Churn ialah sebagai mentega yang ditinkan dan boleh ditemui di bahagian bahan membuat kek dan bukannya di bahagian dingin. Mentega ini juga biasanya dapat dilihat dalam bentuk bungkusan dan juga dalam bentuk tub. Mentega Golden Churn dalam tin merupakan produk keluaran Australia dan New Zealand yang berasal dari lembu yang diberi makan rumput. Ia terkenal dengan jangka hayat simpan yang lama. Bebas daripada perisa dan pewarna tiruan, mentega ini telah disahkan Halal dan boleh digunakan oleh pengguna Muslim tanpa was-was bagi memenuhi setiap keperluan masakan mereka.

Mentega dalam tin Golden Churn mendapat pengiktirafan Halal dari NZIDT (New Zealand Islamic Development Trust), manakala mentega beku Golden Churn mendapat pengiktirafan Halal dari ICCV (Islamic Co-ordinating Council Of Victoria P/L). Kedua-dua badan pelesenan Halal tersebut diiktiraf oleh JAKIM. Di Malaysia, mentega Golden Churn sinonim dengan hidangan kegemaran tradisional iaitu kek lapis. Penghasilan kek ini menggunakan teknik yang sukar dan masa yang lama serta bahan-bahan berkualiti tinggi untuk hasil yang terbaik. Mentega Golden Churn adalah ramuan penting di dalam penghasilan Kek Lapis di Malaysia.

Sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Golden Churn telah bekerjasama dengan chef selebriti yang popular menerusi MasterChef Malaysia, Dato’ Fazley Yaakob, dalam menghasilkan dua resipi unik yang pasti menggembirakan keluarga dan sahabat handai di musim perayaan atau sambutan khas dengan rasanya yang dikenali tetapi mempunyai keunikan tersendiri. Dua resipi tersebut adalah Kek Marble Mentega Golden Churn yang menampilkan rasa eksotik kulit kayu manis, dan buah pala untuk rasa kek yang lebih sofistikated dan Golden Churn Puff Krim Kaya yang mengimaginasikan semula puff kaya zaman kanak-kanak sehingga menjadi pencuci mulut ‘fine dining’.

Bahan utama dalam kedua-dua resipi tersebut adalah mentega Golden Churn yang memberi keseimbangan rasa lemak, kelembutan dan tekstur yang halus serta aroma kacang yang menambahkan lagi keenakannya. Bengkel media bertemakan ‘Raya Lebih Meriah dengan Mentega Golden Churn’ diadakan di The Cooking House, Bangsar di mana Chef Dato’ Fazley Yaakob menunjukkan kelebihan mentega Golden Churn dalam pembuatan kek.

GoldenChurn-KekMarbleMentegaBerempah_3_2

GoldenChurn-PuffKrimKayaKelapa_3_2

Umum sedia maklum tentang kelebihan mentega dari segi rasa dan keenakannya di dalam mulut. Kini, mentega juga mendapat semula status sebagai bahan tambahan yang menyihatkan kepada pemakanan seimbang kerana ia kaya dengan vitamin larut lemak, terutama sekali Vitamin K2 yang membantu badan kita menyerap kalsium. Kalsium penting untuk kesihatan tulang dan mencegah penyakit kardiovaskular, kanser dan osteoporosis.

Mentega mengandungi lemak tepu 3 yang meningkatkan kadar ‘kolestrol baik’ di dalam darah kita yang juga dikenali sebagai HDL. Mentega membuatkan anda rasa lebih kenyang kerana kehadiran lemak ‘short chain’ dan ‘medium chain’ dan membantu anda membakar lemak dengan lebih baik.4 Mentega merupakan sumber butirat, sejenis asid lemak yang penting untuk penghadaman5. Mentega kaya dengan CLA yang memberi kesan yang besar terhadap kadar metabolisma. Kajian menunjukkan CLA mempunyai sifat antikanser dan mampu menurunkan peratusan lemak didalam badan manusia. 6 Mentega dikaitkan dapat merendahkan risiko obesiti walaupun kandungan kalori dalam mentega lebih tinggi, memakan produk tenusu yang tinggi kandungan lemak juga tidak mempunyai kaitan dengan obesiti.

Menurut Encik Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar mentega Golden Churn di Malaysia, manfaat kesihatan mentega dihasilkan daripada tenusu lembu yang diberi makan rumput seperti Golden Churn menjadikannya antara bahan masakan utama yang perlu ada untuk sambutan Hari Raya.

“Dengan mentega Golden Churn, Keenakan Dijamin kerana kami menyediakan mentega tulen berkualiti tinggi yang berasal dari lembu yang diberi makan rumput,” tambah Encik Alagappar.

Bengkel media “Raya Lebih Enak dengan Mentega Golden Churn” tersebut memberi peluang kepada wakil-wakil media menerima bimbingan membuat kek daripada Chef Dato’ Fazley, sebelum mengaplikasikan kemahiran mereka dalam satu cabaran hiasan kek.

Chef Dato’ Fazley berkata, “Mentega Golden Churn sentiasa menjadi pilihan saya kerana kualitinya yang tinggi dan hasil yang diberikan.”

Beliau menghasilkan kedua-dua resipi tersebut khas untuk Hari Raya dengan menggunakan mentega Golden Churn untuk hasil terbaik.

“ Hari Raya juga merupakan sambutan istimewa apabila kaum keluarga dari jauh berkumpul bersama. Inilah masanya untuk menjamu orang tersayang dengan juadah yang paling enak dan berkualiti tinggi. Inspirasi saya dalam mencipta resipi-resipi ini adalah dengan menggabungkan yang tradisional dengan yang moden, yang lama dengan yang baru, untuk menghasilkan sesuatu yang benar-benar di luar jangkaan dari segi rasa dan rupa masakan tersebut.”

GBA_001_3_2

“Cubalah resipi ini menggunakan Golden Churn. Keluarga anda pasti menyukainya,” kata beliau.

Golden Churn boleh didapati di semua pasaraya besar dan pasaraya terkemuka. Untuk maklumat lanjut, layari www.goldenchurn.com.au or www.gbaglobal.com

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Raya Lebih Meriah Dengan Mentega Golden Churn

    muliani

    (May 16, 2015 - 1:13 pm)

    wahhh kuih rayaa buat tak sabar pula nak raya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.