Resipi Panas Telur Goreng!

Telur goreng, memang kegemaran ruby. Nasi panas dan telur goreng je pun dah okay. Tetapi sebab apa telur goreng boleh jadi kegemaran ruby sekeluarga? Semuanya penaik selera tidak kira bila-bila masa. Tajuk blog kali ini memang kontroversi, ada ke patut telur goreng di hak ciptakan kepada satu individu. Lebih menyakitkan hati individu tersebut membayar RM 1 juta untuk menjadikan resepi telur goreng menjadi haknya. Dah berzaman telur goreng ni jadi pujaan hati ku. Kalau mak ruby tahu ni, mesti masa zaman 1964 dia dah menuntut hak cipta resepi tersebut! Kan?

Aissh. Kalau dah begitu sekali permainannya, Ruby sebagai ibu amat terkesan kerana kebanyakan hidangan ruby masak pasti ada telur goreng, sedap untuk hidangan seisi keluarga. Ada ke patut nak rampas hak milik telur goreng? Telur goreng kan resipi bebas. Semua individu boleh buat telur goreng bukannya org dewasa sahaja. Ruby umur 9 tahun pun dah pandai goreng telur. Hahaha. Bila sudah di jadikan hak milik mereka, susah lah nanti untuk kita berkongsi gambar dan pendapat. Nanti tak boleh tulis resepi masakan harian seperti “telur goreng ala ruby” gitu?

Disebabkan rasa tidak puas hati, Ruby bersama para ibu-ibu yang lain protes kepada jutawan yang sanggup membeli resipi tersebut dengan harga RM 1 juta. Kononnya, jutawan tersebut mempunyai resipi telur goreng yang mempunyai bahan rahsia. Bagi Ruby, telur goreng itu adalah hak semua tidak kira. Semenjak kita lahir tiada siapa pun yang mengatakan resepi telur goreng hak milik siapa-siapa, kalau keadaan makin parah maka ramai lah masyarakat di luar sana akan membuat tindakan seperti jutawan tersebut.

AMIR0111 AMIR0084

Nak tahu tak, keputusan hak resipi telur goreng akan diberikan kepada jutawan itu pada 15 Mei 2015 ini di pusat beli belah terkenal di Damansara iaitu di One Utama! Sama-sama kita tunggu apa keputusannya. Berjayakah jutawan ni mengambil hak cipta resipi telur goreng ni? Mungkin ada orang boleh menghalang beliau?

Kepada semua, ruby war-warkan bahawa resepi ini adalah milik semua dan tiada pihak yang boleh sesuka hari mendakwa resepi telur goreng ini adalah milik mereka! Jom sama-sama kita ke One Utama, kita bantah jutawan ni!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Resipi Panas Telur Goreng!

    muliani

    (May 16, 2015 - 12:36 pm)

    haha pasal telur goreng ade jugak nak main rampas2 macam ni yerr…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.