Tawaran Hebat di Mobile, IT & Electronic (MOBITE) Expo

Waktu cuti begini, jika tidak manfaatkan dengan sebaiknya memang anda akan rugi. Ruby manfaatkan cuti ruby dengan keluar bersama keluarga ke Mid Valley Exchibition Center (MVEC). Sebab apa ruby ke sini? Sebab ada Tawaran hebat di Mobile, IT & Electronic (MOBITE) Expo. Ia adalah expo pertama di Malaysia yang melibatkan 80 jenama global dan penyertaan 300 ruang jualan peralatan elektronik. Expo ini dianjurkan oleh Unified Distribution Technology Sdn Bhd (UDT) selama 3 hari bermula 1 May 2015 – 3 May 2015 pada jam 11am – 9pm. Masuk adalah PERCUMA!!

Acara ICT terunggul ini merangkumi jenama-jenama konsumer bertaraf dunia, persatuan mobile, syarikat telekomunikasi mobile, dan industri-industri yang berkaitan dengan pasaran mobile, IT dan elektronik.

image

Penyampai untuk Mobile, IT & Electronic (MOBITE) Expo adalah VIVO and Kaspersky. Sepanjang 3 hari ini pelbagai tawaran istimewa disediakan. Diantaranya 500GB Seagate Hard Disk RM 99.00, Power Bank 4800mAH RM 9.90, Monopod RM 9, Bag Pack RM 0.28, SD Card RM 0.28 dan Pen Drive 8GB RM 1. Murah kan? Untuk mendapatkan produk dengan harga seperti ruby katakan tadi. Anda perlu datang awal ke Mobile, IT & Electronic (MOBITE) Expo untuk dapatkan voucher. Voucher ini berfungsi untuk memberi anda nombor. Sebab semua promosi terhad kepada 100 – 150 orang.

image

image

image

image

Ruby sekitar jam 10 pagi sudah beratur di sini. Jam 11 pagi baru dibenarkan masuk. Sementara beratur tu, ada beberapa tugasan perlu dilaksanakan. Isi maklumat peribadi anda untuk rujukan penganjur, kemudian LIKE, SHARE facebook penganjur & TAG lima kawan. Mudah kan?

Ruby datang dua hari ke Mobile, IT & Electronic (MOBITE) Expo. Hari sabtu 2 Mei 2015 dan ahad 3 Mei 2015. Hari Sabtu dapat beli 2 barang je, hari Ahad dan hari terakhir ruby dah pandai sikit. Datang awal dan beratur satu jam awal. Hahahaha.

image

image

Hari Ahad voucher dari MOBITE guna warna lain. Hehe.

image

image

image

Dah dapat voucher anda kena cepat-cepat ke booth jualan supaya boleh beratur awal untuk beli produk. Yang paling panjang beratur adalah booth Courts Mammoth. Tawaran RM 0.28 tu sangat mengujakan. Kemudian dah selesai di Courts Mammoth baru lah ke booth Seagate. Bagus sangat rekaan plan setiap booth. Antara Courts Mammoth dan Seagate mereka hanya berjiran depan je. Jadi, tak penat la nak mencari-cari. Hehehe.

image

image

image

image

image

Hari sabtu ruby beli bag dan sd card. RM 0.60 je. Enam pocen. Hehehe.

image

image

image

Hari ahad pula lagi meriah. Beli 500GB Seagate Hard Disk RM 99.00, Bag Pack RM 0.28, 8GB OTG Pen Drive RM 2.30, SD Card 16GB RM 0.28, marathon waist pouch RM 30 untuk 4 unit. Hahahaha. Tiba-tiba beli barang sukan. Alang-alang dah jumpa terus beli. Sebab ruby memang cari benda ni. Nak beli kat Lazada cadangnya. Tapi dah jumpa di MOBITE. Terus sambar!

image

Perkara Menarik Di MOBITE

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Menurut Cik June Lee, Pengurus Besar UDT, MOBITE berkembang untuk menyahut perubahan penggunaan digital yang kini lebih menjurus kepada mudah alih, sama ada di rumah mahupun di tempat kerja. Pengunjung-pengunjung MOBITE berpeluang mempelajari dan menjalin hubungan dengan pempamer melalui pertunjukan produk, informasi, inspirasi, dan inovasi.

“Untuk memeriahkan lagi expo tersebut, KooZaa Dotcom Sdn. Bhd. – rakan eStore rasmi MOBITE, akan mengadakan ‘Pre-order Hot Deals’ sebelum expo berlangsung. Pre-order akan berlangsung dari 15 April hingga 28 April 2015 yang menawarkan diskaun mencecah 90% berbanding harga pasaran biasa,” ujar Cik Lee.

“Tetapi jika anda ketinggalan ‘Pre-order Hot Deals @ KooZaa’, anda masih berpeluang mendapat tawaran hot deals secara siapa cepat dia dapat, tertakluk kepada stok yang masih ada. Barang-barang hot deals termasuk pemacu kilat USB Tech Titan 8GB pada RM 1, power bank Tech Titan 8400 mAH pada RM 9.90, monopod Tech Titan dengan alat kawalan jauh pada RM 5, cakera keras Seagate 500 GB pada RM 99, komputer riba AMD pada RM 899, dan banyak lagi,” tambah Cik Lee.

Selanjutnya, lelong harian RM 1 peranti-peranti yang mesti dimiliki seperti telefon bimbit terbaru, iPad dan gadget-gadget lain yang menarik akan berlangsung di expo tersebut. Pengunjung akan dihiburkan dengan aktiviti-aktiviti pentas seperti kuiz, pertunjukan silap mata, penerangan produk dan peraduan.

Persembahan oleh pasangan idiola terkemuka FuYing & Sam bakal diadakan untuk menjadikah pameran MOBITE lebih menarik. Pelanggan-pelanggan di MOBITE yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM 100 dalam satu resit akan berpeluang memenangi satu smartphone keluaran VIVO dengan satu hadiah SURE-WIN. VIVO, sebuah jenama smartphone termashyur di persada antarabangsa yang merupakan penaja utama bakal mengadakan aktiviti-aktiviti menarik di gerai pameran VIVO. Semua model smartphone VIVO boleh didapati dan dicuba di MOBITE.

Selain itu, Kaspersky Lab, sebagai penaja bersama akan perisian Kaspersky Internet Security untuk Android pada harga RM 9.90 untuk membantu pengguna menjadikan peranti mudah alih lebih selamat. Produk perdana jenama tersebut, iaitu Kaspersky Anti-Virus dan Kaspersky Internet Security boleh didapati secara Beli-1-Dapat-1 di MOBITE nanti.

TuneTalk, syarikat telekomunikasi rasmi MOBITE akan memberi ganjaran kepada pengunjung yang membeli di pameran tersebut. Bagi setiap peranti yang dibeli di MOBITE, pengunjung layak menikmati pakej data PERCUMA selama 6 bulan dari TuneTalk.

Peminat-peminat tech dapat mengambil kesempatan ini untuk mengunjungi AMD Cool Zone yang menunjukkan Live Demo istimewa sepanjang hari yang membabitkan beberapa ciri menarik daripada AMD.

Expo MOBITE menyarankan pengunjung-pengunjung mengambil kesempatan kempen “You Shop, We Absorb,” (Kamu Beli, Kami Serap) dan promosi-promosi lain.

“Dengan pertimbangan pengguna-pengguna yang bijak merancang dan peka terhadap perbelanjaan, kami mengesyorkan agar pempamer-pempamer menyertai kempen ini. Misalnya, harga barangan promosi yang ditetapkan harga RM 9.90 akan dibiayai oleh pengguna sebanyak RM 9.90. Tidak lebih daripada itu. GST sebanyak 6% akan didapati pada invois mengikut keperluan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, pempamer telahpun menurunkan harga barangan.”
“Matlamat kami ialah membantu pengguna dan masyarakat berjimat dengan menawarkan harga berpatutan bagi membolehkan teknologi terbaru mudah didapati,” terang Cik Lee.

image

www.facebook.com/MOBITEexpo
www.facebook.com/malaysiaitfair
www.facebook.com/KoozaaMalaysia

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.