The Great Gatsby

Entah berapa kali ruby tonton filem The Great Gatsby. Tetapi tiap kali tonton, tidak membosankan atau membuatkan ruby terlelap. Mesej yang disampaikan dapat diolah mengikut peredaran masa ruby. Jika masa tahun 2013 menonton The Great Gatsby ruby hanya merasai betapa setianya Gatsby mencintai Daisy. Sebab masa tu baru berumahtangga. Hahaha. Sekarang tahun 2015, dah ada anak seroang dan kehidupan lebih mencabar dengan perangai manusia yang tidak mengenang budi.

image

Ruby tonton filem The Great Gatsby dan rasa manusia ini suka ambil kesempatan. Lihat sendiri watak apabila Gatsby dan Daisy ingin maklumkan kepada suami Daisy iaitu Tom bahawa mereka ingin bersama dan Daisy sepatutnya membuat keputusan. Tetapi Daisy seperti serba salah. Watak yang ruby rasa sangat rapuh sebab beliau tidak bersungguh. Merasakan diri beliau yang banyak buat salah sedangkan Tom ada perempuan simpanan.

The Great Gatsbyb adalah adaptasi dari Novel The Great Gatsby yang ditulis oleh F. Scott Fitzgerald pada tahun 1925. Sudah beberapa kali ia di adaptasi, cuma kali ini The Great Gatsby arahan  Baz Luhrmann pada tahun 2013 lebih seronok ditonton. Dengan grafik 3D dan pakaian era 1920-an diketengahkan. Maka memberi kita satu gambaran bahawa idea fesyen telah lama bertapak dalam tamadun kemanusiaan. Cantik-cantik tuxedo, flapper dress dan hiasan aksesori yang dipakai oleh mereka ketika itu.

Pelakon utama Filem The Great Gatsby

Leonardo DiCaprio – Jay Gatsby
Tobey Maguire – Nick Carraway
Carey Mulligan – Daisy Buchanan
Joel Edgerton – Tom Buchanan

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “The Great Gatsby

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.