Ulangtahun Pertama Seremban Prima Mall

Pada 9 May 2015 yang lalu ruby berkesempatan ke Seremban Prima Mall di Negeri Sembilan dan melihat apa yang menarik di sana. Pasaraya ini dulunya adalah Seremban Parade dan telah penjenamaan baru sebagai Seremban Prima Mall. Ulangtahun pertama Seremban Prima Mall disambut meriah dan pelbagai aktiviti disediakan seperti “Dance to Win”, “Treasure Pot”, “Putar & Menang” dan semua aktiviti mempunyai hadiah bernilai RM 130,000. Pengunjung juga berpeluang memenangi telefon pintar Lenovo A5000 dengan hanya ambil gambar dan muat naik ke laman facebook atau instagram beserta hashtah #serembanprimamall, #serembanprima dan #1stAnniversaty.

DSC_0517 DSC_0521-1

Pengacara majlis adalah selebriti Baki Zainal dan sambutan ulangtahun diserikan oleh penari berkumpulan iaitu Rejuvenate dan persembahan tarian dari kanak-kanak bertemakan “Colourful Malaysia”. Comel-comel adik kecil ni menari. Uniknya penari kecil ini pelbagai bangsa! Melayu, Cina, India semua ada.

DSC_0527 DSC_0528 11205522_866751140053089_3092991915799009598_n

Ulangtahun pertama Seremban Prima Mall turut dimeriahkan dengan kehadiran YG BHG Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Abdul Latif, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Seremban dan Encik Andy Chan, Seremban Prima Mall Centre Manager. Disusuli dengan persembahan selebriti Dina Nadzir.
11011190_866776380050565_9197919889235556570_n DSC_0546

Seremban Prima, dulunya dikenali sebagai Seremban Parade, sememangnya ikon kenangan di orang-orang Negeri Sembilan. Transformasi ini merupakan ilham pentadbiran baru pusat membeli-belah iaitu Lion Seremban Parade Sdn Bhd yang telah menjalani AEW termasuk konfigurasi semula peringkat dalaman dari tingkat bawah hingga ke tingkat empat. Pembaharuan ini termasuklah medan selera baru dengan 11,000 kaki persegi, travelator dan lif yang baru untuk meningkatkan keselesaan dan keperluan pengunjung.

Diantara peniaga yang di Seremban Prima Mall adalah Old Town White Coffee Cafe, LA Roasteria Coffee, Ayam Penyet Best, Mr. Teppanyaki, Harold’s Bread, Escape Room, YES 4G, Subway, Timberland, Sports Empire, RCB Polo Club, Teh Tarik Station, Lover Candy, Music Galaxy, Mr D.I.Y, Thye Hin, Sierra Tango, Duby Yo, Simplay City, Hotlink, U Mobile, Parkson, Ampang Superbowl dan banyak lagi.

Prima Selera Food Court

Terletak di tingkat bawah Seremban Prima Mall LG.18, menawarkan pelbagai masakan panas dan kegemaran ramai. Sizzling Yee Mee, lamb chop, tom yam, nasi lemak, nasi ayam, yong tau fu dan apa lagi yang anda inginkan? Semuanya ada.
DSC_0561 DSC_0553 DSC_0557 DSC_0558 DSC_0563 DSC_0565 DSC_0566 DSC_0562 DSC_0569 DSC_0571 DSC_0574 DSC_0577 DSC_0580

Brande Outlet Store (B.O.S)

Terletak di F.14A & F.14B, kedai pakaian ini menawarkan pakaian untuk mereka yang bersaiz besar. Saiz yang ditawarkan adalah dari saiz M sehingga 10 XL (XXXXXXXXXXL). Dari seluar dalam, pakaian dalam, stokin, kasut, tali pinggang, seluar kerja, t-shirt, kemeja, seluar jeans, sweater dan seluar beriadah. Semuanya ada untuk anda yang berbadan besar. Jangan malu, jangan segan. Jom ke BOS!

DSC_0583 DSC_0581 DSC_0642 DSC_0644-1 DSC_0646 DSC_0649 DSC_0660Escape Room

Escape Room cawangan Seremban Prima Mall terletak di T.07 – T.10 dan menawarkan permainan minda yang sama di cawangan lain. Cuma bilik di sini tidak sama dengan di Kuala Lumpur. Hahaha. Ruby, Kelly, Tatie, Marini dan Lily main Fire Fighter. Susah gila! Banyak bilik pula tu. Siap dengan gelongsor. Hahaha.
DSC_0596-1 DSC_0589-1

Galaxy KBOX

Pusat karaoke Galaxy KBOX sangat unik kerana bilik yang ditawarkan adalah pelbagai tema. Anda peminat pasukan bola sepak? peminat filem avatar? bilik-bilik sebigini ada disediakan! Bertempat di T.04 & T.05 berdekatan Escape Room, anda boleh rancang aktiviti untuk diadakan di Seremban Prima Mall. Menarik kan?DSC_0600 DSC_0601 DSC_0603 DSC_0608 DSC_0604

Sierra Tango

Ini adalah kedai pakaian keselamatan dan perkhidmatan awam negara yang dikumpul dan dijual kepada peminat atau pengumpul koleksi. Tengok abang-abang tentera berpakaian lengkap memang kacak kan? Tetapi tahu berapa banyak pula pakaian, aksesori keselamatan dan topi semua tu mereka pakai? Patut lah mereka kena sentiasa kekal berbadan fit. Sebab pakaian pun berat! Senjata lagi la berat!DSC_0612 DSC_0617 DSC_0619

6D Xtra Motion Ride

Ruby teringat masa remaja dulu main permainan ini di Genting Highland. Lepas tu terus trauma nak main permainan simulasi begini. Hahahahaha! Terletak di T.01 & T.02 permainan ini menawarkan pelbagai tayangan. Ikut pilihan anda. Marini dan Kelly cuba permainan ini tayangan video Zombie! hahahahaha!

DSC_0630 DSC_0637-1LA Roasteria Coffee

Terletak di F.29, restoran ini menawarkan pelbagai makanan bukan sahaja hanya secawan kopi panas. Dari minuman kegemaran seperti ice blended hingga ke pizza buatan sendiri pasti menaikkan selera minum petang anda. Ruby dan rakan-rakan telah mencuba mushroom soup, spaghetti carbonara, pizza hawaiian chicken dan minuman ice latte dan ice mocha. Semuanya sedap dan harga amat berpatutan!
DSC_0661 DSC_0662 DSC_0667 DSC_0668 DSC_0678 DSC_0680 DSC_0682-1 DSC_0670 DSC_0671 DSC_0688

Harold’s Bread

Kedai bakeri ini terletak di Lot G-09 bersebelaha The Chicken Rice Shop ini menjadi tumpuan ruby kerana kedai ini menyediakan kek, sandwich, roti, dan minuman. Kedai ini sentiasa menyediakan hidangan baru untuk jualan kerana ia sentiasa habis! Tertarik dengan kek sempena hari ibu, tapi takkan ruby nak beli untuk diri sendiri? Hahahaha.

DSC_0691 DSC_0693 DSC_0694 DSC_0697 DSC_0702

Setelah seharian berada di Seremban Prima Mall, ruby pulang dengan perut yang kenyang dan bertenaga nak memandu kereta. Ruby, Marini dan Kelly datang satu kereta bersama Volkswagen Tiguan. Sesuai untuk perjalanan jauh kan.

Lion Seremban Parade Sdn. Bhd.
Seremban Prima Mall,
Lot 4973, Jalan Dato Bandar Tunggal,
70000 Seremban.
Negeri Sembilan.

Tel : 06-764 8282
Fax : 06-761 9177

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Ulangtahun Pertama Seremban Prima Mall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.