Volkswagen Jetta Edisi Terhad RM122,888

      2 Comments on Volkswagen Jetta Edisi Terhad RM122,888

Volkswagen Malaysia meraikan pelancaran model Volkswagen Jetta Edisi Terhad dalam satu Parti Pop Up yang eksklusif. Bagi memperingati pelancaran tersebut, Volkswagen Malaysia mendapatkan khidmat jurugambar tempatan, Paulius Staniunas yang terkenal dengan hasil kerjanya, ‘All Is Amazing’ untuk merakam foto kehebatan kereta ini. Gambar-gambar itu kemudian dipamerkan di seluruh ruang acara dan akan digunakan sepanjang kempennya.

image

image

Jetta Sport dipamerkan di tengah-tengah ruang parti bagi membolehkan hadirin melihat semua penambahbaikannya dengan lebih dekat. Cermin tingkap Jetta Club Edition dipasang dengan filem keselamatan ECOTINT SafetyShield dan sistem audio bersama navigasi. Jetta Sport Edition pula hadir dengan Volkswagen Zubehör Aerokit asli. Ia merangkumi spoiler hadapan, sisi, bahagian bawah belakang dan spoiler pada bahagian but belakang. Di samping rim aloi SILEX bersaiz 17 inci yang dibalut tayar Goodyear Assurance TripleMax, cermin tingkap dengan filem keselamatan ECOTINT SafetyShield dan unit multimedia bersama sistem navigasi.

Mengulas mengenai pelancaran Volkswagen Jetta Edisi Terhad ini, Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia, Armin Keller berkata, “Jetta Edisi Terhad yang dipasang 6 beg udara mempunyai reka bentuk yang menggabungkan aspek fungsi dan bentuk dengan  sempurna. Dengan Aerokit tulen, model Edisi Terhad ini nyata memiliki penampilan yang berani – sudah pasti meningkatkan lagi tarikan visualnya.”

image

Hanya 500 unit Jetta Club Edition dan Jetta Sport Edition telah ditawarkan mulai Mei 2015 sehingga stok masih ada. Para pelanggan di Malaysia boleh menempah model ini yang didatangkan dalam warna putih (Candy White), perak (Reflex Silver), kelabu (Platinum Grey) dan hitam (Deep Black) pada harga bermula RM122,888 seunit di pengedar sah Volkswagen terpilih di Lembah Klang.

www.volkswagen.com.my

www.facebook.com/VolkswagenMalaysia

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 comments on “Volkswagen Jetta Edisi Terhad RM122,888

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge