Acquassimo Sanitising Water Menghapuskan 99.9% Bakteria Dan Kuman

Acquassimo Sanitising Water Menghapuskan 99.9% Bakteria Dan Kuman? Betul ke? Okay hari ini ruby ingin kongsikan produk terkini di pasaran yang menggunakan teknologi Negara Jepun dan dibuat di Negara Korea. Kebiasaan kalau kita menggunakan Sanitising Water ia lebih bersifat melekit dan tidak selesa. Malah mengeluarkan bau yang kuat. Ada juga sanitising water yang berbau wangi tetapi untuk penggunaan seisis keluarga tidak relevan kerana hanya fokus dibahagian tangan sahaja.

Pernah tak anda jumpa produk sanitising water yang boleh digunakan di atas permainan, puting, stereng memandu? malah di dalam kereta dan kediaman anda? Seperti menggunakan perfum rumah tu? Ada produk sanitising water boleh digunakan seperti itu? Bagi ruby, ruby belum jumpa lagi. Sehinggalah jumpa produk Acquassimo Sanitising Water!

Acquassimo Sanitising Water berasaskan air 100% dan Hypochlorous Acid. Hypochlorous Acid adalah asid semulajadi yang dihasilkan di dalam tubuh manusia untuk melawan bakteria dan kuman. Produk ini bebas alkohol, tiada bahan kimia berbahaya, pengawet atau wangian, membunuh 99.9% bakteria dalam beberapa saat, selamat untuk jika tertelan, pelbagai guna (membersihkan pada kebanyakan permukaan, termasuk di dalam botol susu & pada puting, mainan, perabot, dan lain-lain), tidak perlu menunggu, lap atau basuh, sesuai untuk kulit sensitif, selamat untuk bayi yang baru lahir, kanak-kanak & dewasa. Banyak kelebihan produk Acquassimo Sanitising Water kan?

Tonton video di atas dan anda pasti teruja dengan kualiti dan kegunaan produk Acquassimo Sanitising Water.

Acquassimo-Sanitising-Water-4 Acquassimo-Sanitising-Water-7

Pelekat keselamatan, VOID jika pelekat dibuka. Sebagai pembeli, sila semak pelekat keselamatan agar Acquassimo Sanitising Water anda tidak tercemar.

Acquassimo-Sanitising-Water-2 Acquassimo-Sanitising-Water-3 Acquassimo-Sanitising-Water-1 Acquassimo-Sanitising-Water-6

Ruby telah menggunakan produk Acquassimo Sanitising Water saiz 300 ml beberapa hari ini. Ia sangat membantu dalam urusan kebersihan harian. Sebab satu keluarga ruby terdedah sengan bakteria dan virus. Bila jumpa kawan, ada yang selsema dan kita bersalaman dengan mereka. Adam pula suka didukung dan melayan kawan-kawan dan saudara mara ruby. Kemudian kebersihan barang permainan Adam juga amat perlu ruby beri perhatian. Adam suka gigit, kemudian baling barang permainan dan dalam beberapa jam dia akan kutip balik dan gigit lagi. Jadi faktor kebersihan perlu dijaga. Ruby hanya spray Acquassimo Sanitising Water sahaja. Mudah menggunakan produk ini. Walaupun nampak saiz agak besar, tetapi ia bermanfaat untuk semua jenis situasi! Simpan dalam bag diaper Adam atau dalam bag tangan ruby je produk ni. Spray! Spray! Spray!

Untuk promosi pengenalan produk Acquassimo Sanitising Water, anda boleh membeli Acquassimo Sanitising Water bersaiz 300ml secara online di laman sesawang www.childhoodbasic.com dengan harga RM 39.90. Harga selepas GST adalah RM 42.29. Beli 3 botol RM 126.88 sahaja. Tempoh tarikh luput produk ini hanya 1 tahun! Jadi, apabila anda membeli produk Acquassimo Sanitising Water, anda lihat tarikh dibawah kotak dan pastikan ingat bila tarikh luputnya.

Produk ini juga boleh didapati di kedai bayi, kedai permainan, farmasi dan pasaraya terpilih. Dapatkan segera!

www.childhoodbasic.com

www.facebook.com/acquassimo.asia

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.