Baju Raya Sedondon Dari Pusat Pakaian Hari-Hari

Baju raya kalau “last minute” baru nak cari dan nak pergi hantar ke tukang jahit. Memang mereka tidak akan menerima tempahan. Bermula bulan Ramadan. Semuanya dah tutup mengambil tempahan. Sebab waktu Raya Aidilfitri ni cabaran tukang jahit pun lain macam. Kebanyakannya akan menempah baju yang berfesyen dan jahitan rumit pula tu. Kalau setakat baju kurung biasa, mereka boleh siapkan satu hari 3 pasang baju. Tapi kebaya, kebarong, kurung moden, jubah fesyen?? Ambil masa lama. Untuk ruby pula nak baju raya sedondon. Kain ela pun belum beli lagi, tapi bercita-cita nak pakai sedondon di pagi raya. Hahahaha. Pilihan tepat adalah membeli baju raya sedondon dari Pusat Pakaian Hari-Hari. Yay!

Pusat Pakaian Hari-Hari mempunyai lebih dari 76 cawangan di seluruh Malaysia dan setiap cawangan ni menawarkan pelbagai jenis pakaian. Dari pakaian raya, baju melayu dewasa, baju melayu kanak-kanak, baju kurung dewasa, baju kurung kanak-kanak, sampin, songkok, jubah, kurta, kasut, kasut sekolah, pakaian sekolah, pakaian fesyen kanak-kanak, t-shirt dewasa, t-shirt kanak-kanak, seluar jeans dewasa, seluar jeans kanak-kanak, pakaian dalam wanita dan banyak lagi! Semuanya ada di Pusat Pakaian Hari-Hari. Jadi tidak mustahil jika ada yang ke butik ini membeli pakaian untuk sekeluarga dan berbelanja lebih dari RM 100, kerana semuanya ada lengkap di sini.

baju-raya-sedondon-dari-pusat-pakaian-hari-hari-1

Ruby telah ke cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari di Sungai Besi. Cawangan disini mempunyai bangunan dua tingkat dan luas. Sebanyak 4 bilik “fitting room” dan 2 kaunter juruwang di tingkat bawah. Di sini staff untuk membantu anda juga ramai. Mencari saiz atau koleksi sedondon agak rumit, tetapi dengan bantuan staff bertugas, ia jadi mudah. Hehehe.

baju-raya-sedondon-dari-pusat-pakaian-hari-hari-5 baju-raya-sedondon-dari-pusat-pakaian-hari-hari-6 baju-raya-sedondon-dari-pusat-pakaian-hari-hari-9 baju-raya-sedondon-dari-pusat-pakaian-hari-hari-7 baju-raya-sedondon-dari-pusat-pakaian-hari-hari-8

 

Misi ruby mencari pakaian sedondon di sini agak rumit sedikit sebab baru nak fikir warna apa untuk sedondon, kemudian saiz baju, design yang bagaimana kami inginkan. Sebab dah bosan bila beli baya baju mesti tidak bercorak. Hahaha. Akhirnya ruby dan suami pilih pakaian yang ada saiz ruby, suami dan adam. Terus je ambil dan cuba. Sebab utama susah nak cari pakaian sedondon adalah saiz baju ruby XL banyak dah habis. Hahaha. Ruby dah naik berat badan nampaknya. Kena gigih bersenam lagi!

baju-raya-sedondon-dari-pusat-pakaian-hari-hari-3 baju-raya-sedondon-dari-pusat-pakaian-hari-hari-4 baju-raya-sedondon-dari-pusat-pakaian-hari-hari-11

Di Pusat Pakaian Hari-Hari ruby beli baju melayu kanak-kanak, baju melayu dewasa, baju kurung dewasa, kain pelekat, kain batik dan pakaian dalam. Hahaha. Keseluruhannya kurang dari RM 200! Murah kan? Jika anda membeli apa sahaja barangan di Pusat Pakaian Hari-Hari lebih dari RM 120, anda akan dapat bag ungu bermula 18 Jun 2015 dan jika anda membeli lebih RM 80, anda akan dapat sampul raya esklusif Pusat Pakaian Hari-Hari bermula 3 Julai 2015.

Pusat Pakaian Hari-Hari

baju-raya-sedondon-dari-pusat-pakaian-hari-hari-14Kami dah selesai membeli pakaian raya, anda bila lagi? Datanglah ke cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari, anda boleh semak cawangan berhampiran rumah anda di sini www.hari.com.my/locate

  • Pusat Pakaian Hari-Hari Cawangan Sungai Besi
  • 75, Jalan Tasik Utama 6, Medan Niaga Tasik Damai,
    The Trillium, Lake Fields, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.
  • No Tel : 03-90544318
    Waktu Beroperasi :
  • 10:30am – 10:00pm (Isnin – Jumaat)
  • 10:00am – 10:00pm (Sabtu & Ahad)
  • www.hari.com.my
  • www.facebook.com/harihari

1 comment on “Baju Raya Sedondon Dari Pusat Pakaian Hari-Hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.