Buffet Ramadan 2015 : Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Restoran Rebung Dato Chef Ismail adalah pembuka tirai ulasan buffet ramadan bagi tahun 2015 di blog ruby. Hehehe. Ruby terlalu sibuk sehinggakan banyak jemputan terpaksa ditolak oleh kerana tidak mahu tergendala mengemaskini blog tentang mengulas buffet ramadan hotel dan restoran. Jadi, kali ini jemput baca Buffet Ramadan 2015 : Restoran Rebung Dato Chef Ismail.

pampletbuffetpuasa2015updated restoran rebung

Tiap tahun pasti ruby sekeluarga ke sini. Sekali sekala bagi mak rehat dari memasak. Menu ketika media review dan semasa bulan Ramadan adalah sama, sama dari segi rasa, sama dari segi kuantiti dan tiada penipuan berlaku. Hahaha. Apa yang ruby blog adalah perkara yang ruby sendiri nikmati. Jika beberapa tahun lalu ruby blog dan tidak ke restoran atau hotel tersebut ketika bulan Ramdan, ramai pembaca tanya mana prawn buttter? mana kambing bakar? mana mana mana? Jadi ruby rasa tertipu menyajikan sesuatu yang tiada untuk anda. Tetapi ketika media review semuanya ada. Maafkan ruby, kerana menaikkan nafsu anda tetapi ia tidak wujud di hotel tersebut.

Restoran Rebung Dato Chef Ismail menyajikan masakan kampung yang sentiasa membuatkan kita rasa rindu kampung halaman. Ditambah pula buffet ramadan dan syawal pula tiba. Makan di Restoran Rebung membuatkan kita dekat hati untuk pulang ke kampung. Yang keras hati nak beraya di KL tu, meh berbuka di Restoran Rebung. Mesti perasaan seronok beraya menyapa. Haihh tak sabar nak raya. Sebab dapat berkumpul dengan semua ahli keluarga. Yelah semua sibuk dengan hal masing-masing. Masa ni lah boleh kira berapa anak saudara dan sepupu untuk diberi duit raya. Hehehehe.

Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-1 Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-4

Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-8 Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-9 Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-10 Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-11 Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-12 Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-13 Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-15 Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-18 Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-17 Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-16 Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-14 Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-5

Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-28 Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-27 Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-20 Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-35

Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-2 Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-22Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-23Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-24Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-25Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-33Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-3 Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-36Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-26Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-21Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-33Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-19Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-6

Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-34 Buffet-Ramadan-2015-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail-32

Buffet Ramadan Restoran Rebung menawarkan harga RM 75 untuk seorang dewasa dan RM 48 untuk seorang kanak-kanak usia dari 5 tahun hingga 11 tahun sahaja. Selain dari Buffet Ramadan, Restoran Rebung turut menyediakan persembahan muzik tradisional. Ruang solat turut disediakan. Kerusi kanak-kanak juga disediakan. Anda boleh datang seisi keluarga dan nikmati juadah bersama-sama.

Secara keseluruhan makanan di Restoran Rebung memang sentiasa dan forever sedap. Jika anda inginkan masakan melayu dan ala-ala kampung. Disinilah tempatnya!

No 4-2 Lorong Maarof, Taman Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Malaysia

No Tel : 0322832119

www.restoranrebungdatochefismail.com

www.facebook.com/pages/Chef-Dato-Ismail-Ahmad

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.