Gempak Raya Bersama Jakel 2015

      2 Comments on Gempak Raya Bersama Jakel 2015

Baru-baru ini ruby berkesempatan menjejakkan kaki ke Jakel Mall KL yang terletak di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur. Tesergam indah dari selekoh Jalan Munshi dah nampak Jakel Mall. Kebiasaan ke Jakel mesti sesak dari awal pintu masuk, tapi kali ini lebih teratur. Tidak sesak dan parking mudah. Valet RM 10 sahaja! Murah ya amat!

Sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri yang hampir tiba lagi beberapa minggu. Jakel telah mengadakan promosi hebat dan menganjurkan program Promosi Gempak Raya Bersama Jakel 2015 sempena pelancaran Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz, Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dan Koleksi Baju Raya Upin Ipin by Jakel.

Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-14 Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-13Pemilihan Nabil Ahmad sebagai Duta Baju Melayu pada tahun ini amat bersesuaian dengan objektif Jakel yang ingin mensasarkan kumpulan pasaran bermula dari golongan muda dan penampilan up-to-date. Manakala pengekalan Aaron Aziz sebagai Duta Baju Melayu adalah berdasarkan dari sambutan yang amat menggalakkan dari koleksi yang dikeluarkan pada tahun 2013 dan 2014.

Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-12 Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-15 Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-16 Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-21 Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-20Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-34

Lebih istimewa lagi, pada tahun ini Jakel turut menampilkan Koleksi Raya Upin & Ipin by Jakel. Les’ Copaque Production Sdn Bhd buat julung kalinya kolabrasi bersama bertujuan untuk menarik minat ibu bapa yang mahukan produk yang berkualiti dan mampu milik untuk anak-anak mereka.

Lebih dari 30 warna dan corak baju dikeluarkan khas untuk koleksi pada tahun ini. Pakej koleksi Baju Raya Upin & Ipin by Jakel ini disertakan dengan butang baju melayu dan sampin yang mempunyai logo Upin & Ipin yang direka khas sempena koleksi yang pertama ini. Gempak Raya Bersama Jakel 2015 ini adalah program dan aktiviti pertama untuk promosi Raya Jakel tahun ini. Program yang diadakan di Jakel Mall Kuala Lumpur ini turut  dimeriahkan lagi dengan penampilan istimewa pelawak terkemuka Nabil Ahmad, pelakon sensasi serta wajah Jakel Rozita Che Wan dan si kembar cilik Upin & Ipin.

Jakel Trading Sdn Bhd telah mengatur beberapa acara dan aktiviti khusus untuk program ini. Antaranya adalah sesi lelongan “happy hour” di mana Duta-duta Jakel melakukan lelongan koleksi Baju Melayu Aaron Aziz, Baju Melayu Nabil Ahmda dan Baju Raya Upin & Ipin. Para peminat juga dapat bergambar bersama selebriti kesayangan semasa sesi “Meet & Greet”. Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz dan Nabil Ahmad adalah dua koleksi yang sememangnya berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna. Baju Melayu Aaron Aziz dan Nabil Ahmad menyediakan warna-warna yang dijangkakan bakal menjadi popular pada tahun ini. Antaranya hijau zamrud, biru diraja, pic, jingga, hijau tiffany, hijau mint, merah cili dan sebagainya. Harga koleksi-koleksi baju ini bermula dari RM 69 dan keatas.

Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-11 Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-18 Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-19 Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-17 Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-22

Che Ta juga tidak melepaskan peluang membuat jualan lelongan koleksi tudung butik Ariani, malah siap buat tutorial menggayakan “instant shawl” kepada pengunjung Jakel. Tertarik dengan tudung Farisha Ariani yang bewarna pic yang digayakan oleh Che Ta. Sebab tudung itu hanya perlu disarungkan sahaja. Kemas je Che Ta pakai.

Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-10 Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-8 Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-4 Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-26 Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-29 Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-28 Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-27Baju Kurung yang digayakan oleh Che Ta juga terdapat di Jakel. Baju kurung siap ini bernilai RM 1200, dari segi material, manik, kekemasan dan design sangat cun. Che Ta juga membuat lelongan sebanyak 25% dari harga asal pakaian ini. Bagus kan?
Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-1 Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-2 Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-3 Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-30 Gempak-Raya-Bersama-Jakel-2015-31

Jadi, bagi anda yang ingin mendapatkan kain ela atau pakaian yang sudah siap dijahit. Kunjungi Jakel berdekatan anda! Jika nak lebih selesa, kunjungi Jakel Mall!

www.jakel.my

www.facebook.com/GedungTekstilJakel

Jakel Mall

Lot 159, Jakel Square, Jalan Munshi Abdullah,
50100, Kuala Lumpur
WP – Kuala Lumpur, Malaysia

Phone : +603 2615 0777
Fax : +603 2615 0778
Opening Hour : 10am – 8.30pm

2 comments on “Gempak Raya Bersama Jakel 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge