Harga Makanan Di Bazaar Ramadan Mahal

      3 Comments on Harga Makanan Di Bazaar Ramadan Mahal

Bila ruby bercerita berkenaan makanan. Memang rasa sedih dengan situasi yang berlaku pada Ramadan tahun ini. Pada awalnya teruja nak berpuasa sebab nak menunaikan taraweh dan juadah berbuka. Tapi jadi tidak seronok bila mencari juadah berbuka simple pun tak ada. Malah yang simple itulah yang mahal. Serius harga makanan di bazaar ramadan mahal! Peniaga bazaar ambil kesempatan dari cukai GST yang kerajaan kenakan. Bagi ruby ia sangat melampau. Mereka juga tidak meletakkan tag harga pada tiap makanan mereka.

Agak kecewa bila membeli nasi putih bersama gulai kurma ayam bahagian peha seketul bernilai RM 8. Gila ke? Harga murtabak pun semua RM 3 ke atas. Paling bengang murtabak Singapore yang dijual adalah tidak sama dengan apa yg ruby makan di Singapore. Tak ada pun ayam yang dicarik tu. Mahal pun takpa, janji sama. Murtabak RM 4 pun ada. Istimewanya sebab dia masak garing. Berbeza dengan murtabak yang warna kuning biasa-biasa tu.

image

Air pun dijual pada harga mahal. Ada ke satu cup kecil RM 2?? Cup yang tinggi RM 4. Kemudian dalam bag plastik kecil RM 3. Macam takda ada perasaan mereka ni berniaga. Oleh kerana bulan Ramadan, ruby rajin survey harga untuk minuman. Untuk makanan je masih gagal nak tahu harga jualan. Jika mereka tampal tag harga. Pasti ruby dapat berjimat lagi. Minggu pertama Ramadan RM 40 habis untuk satu hari. Ruby berkesempatan ke Bazaar Ramadan Wangsa Maju LRT, Damansara Damai, Pintu Gerbang Kampung Baru, Wangsa Melawati dan Taman Melati. Di lima tempat bazaar ni, pasti ada yang tidak kena.

image

image

image

Di Bazaar Wangsa Maju LRT ruby beli nasi berlauk bernilai RM 15 dan lauknya basi! Sambal belacan basi. Sambal ayam basi, gulai asam tempoyak basi. Aduhhh bila berbuka apa yang berbau ni. Spoil betul. Huhu. Kemudian Bazaar Damansara Damai mencari tepung pelita paya jaras. Tp tepung pelita cayaq boleh hisap dengan straw. Siap manis tumpah gula. Tak macam tahun sebelum ni. Tepung Pelita Paya Jaras terbaik kot. Wajib beli. Dah le beli banyak, sekali dalam polistrin dah bergabung semua. Hahaha.

image

image

Bazaar Pintu Gerbang Kampung Baru pula kuih muih yang banyak dijual tu tak sedap. Pulut panggang tawar dan inti kelapa ciput je, tepung gomak tawar. Setakat ni harga air di sini RM 2 untuk satu bag plastik besar. Murah rezeki pakcik tu. Kalau di sini ruby suka beli Roti Goreng. Sedap!

image

Bazaar Taman Melati ruby sebab nak cari ayam percik. Tapi tiada. Disini lah nasi rm 8 tu. Bengang betul. Sebab ruby kesian gerai makcik tu tiada org beli. Jadi ingat nak beli la skit. Sekali ha terduduk kena ketuk dengan harga mahal dan kuantiti makanan begitu. Adui. Lepas ni jangan nak kesiankan peniaga. Mereka tak kesiankan kami yang membeli pun. Mengucap panjang ruby bila terkena kejadian macam ni.

image

image

Bazaar Wangsa Melawati pula ruby jumpa nasi putih dan ayam goreng kunyit RM 5. Seronok betul dapat harga begini. Siap ada display lagi nasi tu. Tapi! Bila kita order, yang kita beli tu tak dapat pun sama macam apa yang mereka display. Ayoyoyo!

image

6 bazaar ruby dah pergi. Lepas ni kalau teringin apa-apa tak payah terjah-terjah bazaar dah. Cari lokasi yang terbaik aje. Geram bila bagi harapan yang orang baik dengan kita tapi sebenarnya tidak. Hahahahaha. 6 hari x RM 40: RM 240 dah dibelanjakan di Bazaar! Gilerrrr.

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

3 comments on “Harga Makanan Di Bazaar Ramadan Mahal

  1. Yana Yassin

    Setakat nie baru beli ayam percik dengan nasi kerabu kat bazaar . Alhamdulilah, takde plak kena ketuk . Ayam Percik 3 ketul RM 10 . Nasi kerabu letak dua lauk RM5.50 . Ayam percik kat LRT Wangsa maju , Nasi kerabu kat Wangsa Melawati . Muhahhahaha, kemain detail kan .
    Yana Yassin´s last blog post ..Jelly Bunny Selesa dan LembutMy Profile

    Reply
  2. aree

    Kalau kami di Penang x semahal di Kl kot…harga standart je….masih murah dn berbaloi…lagi plk Penang adalah syurga makanan….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge