Magic Of The Night 2015

Pada 28 Mei 2015  ruby berkesempatan ke Media Preview acara tahunan Magic Of The Night 2015 di Marina Putrajaya. Ia adalah raptai penuh dan dimulakan pada sekitar jam 9 malam. Kemudian diikuti pada 30 Mei 2015 iaitu acara Majlis Perlancaran yang dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada jam 8.30 malam.

17 bot berhias menghiasi malam Putrajaya sepanjang 4 hari bermula 28 May 2015 hingga 31 May 2015. Magic Of The Night bermula jam 5 petang hingga 11 malam setiap hari. Menampilkan bot dari daerah Suzhou, Republik Rakyat China dan Cruise Tasik Putrajaya, Pulau Pinang, Melaka, Tourism Malaysia, Perak, Pahang, Sarawak, Terengganu, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, Sabah, Perbadanan Putrajaya, Kelantan dan Johor. Ini adalah acara tahun ke-5 penganjuran Magic Of The Night. Tema kali ini adalah Endless Celebrations, setiap bot yang melayari sepanjang 3 kilometer Tasik Putrajaya menampilkan gabungan kegemerlapan lampu, rona warna dan seni rekabentuk yang melambangkan ikon dan produk pelancongan and kebudayaan negeri masing-masing.

IMG_1272 IMG_1301 IMG_1327 IMG_1330

IMG_1331 IMG_1325 IMG_1322 IMG_1319 IMG_1306

 

Ini juga selaras dengan hasrat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk menggalakkan pelancong asing dan rakyat tempatan untuk menghargai kepelbagaian budaya, senibina, warisan dan tradisi di negara ini.

Kesemua bot bertanding untuk 4 kategori iaitu Flotila Keseluruhan Terbaik, Flotila Paling Kreatif, Flotila Hiasan Lampu Terbaik and Flotila Paling Popular. Undian orang ramai akan menentukan pemenang bagi kategori Paling Popular dan undian oleh, dibuat menerusi facebook rasmi Kementerian Pelancongan and Kebudayaan Malaysia (MOTAC), Cuti-Cuti 1Malaysia dan undi di tapak acara di Marina Putrajaya, Presint 5.

www.facebook.com/mymotac
www.facebook.com/CutiCuti1Malaysia

Selain itu keunikan yang ditampilkan pada tahun ini adalah persembahan keharmonian irama pengendangan 1Malaysia iaitu Seratus Irama Pergendangan MyFEST 2015 yang merangkumi kumpulan pergendangan Kompang, pergendangan Cina dan India, Jido dan Bhangra.

MOTAC dengan kerjasama Majalah Gaya Travel turut menganjurkan Pertandingan Fotografi dan Pertandingan Selfie Magic Of The Night 2015. Orang ramai boleh menghantar gambar pada jam 11 malam 29 Mei 2015 di kaunter penyerahan pertandingan fotografi MOTN 2015. Manakala untuk pertandingan selfie hanya menggunakan hashtag #MOTNSelfie2015.

Syarikat Nadi Putra turut menyediakan dua buah bas khas untuk membawa pengunjung dari Putrajaya Sentral ke tapak acara Magic Of The Night 2015 secara percuma setiap 30 minit bermula jam 4.30 petang 28 Mei 2015 hingga 31 Mei 2015.

www.motac.gov.my
www.gayatravel.com.my

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Magic Of The Night 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.