Pelicana Chicken Dari Korea Kini Di Malaysia

IMG_20150620_185853

Bila bulan ramadhan ni, macam – macam jenis makanan difikirnya bila nak berbuka puasa nanti, nak itu nak ini lah. Pening kepala, hahaha. Lalu terfikir nak berbuka nanti boleh cuba masakan Korea, akhirnya berpeluang setelah di jemput oleh blogger Tommy untuk merasai masakan Korea di Pelicana e@curve. Pelicana ini baru dibuka pada tahun lepas, mula dulu pernah beli di situ dan rasanya sungguh lazat.

Biasanya kita selalu mengidam makanan dari negara lainkan, setelah Korea jadi tumpuan dunia, macam-macam pelbagai produk hendak di kaitka dengan Korea tetapi bagi Ruby kalau dapat merasai sendiri makanan Korea adalah lebih afdal, melalui makanan kita dapat rasa cara hidup mereka, kehalusan seni nya dan keanggunan dalam menyediakan masakan.

Sebelum itu, ruby nak cerita sikit pasal Pelicana ni. Pelicana Chicken ini adalah produk rangkaian makanan khas ayam goreng. Ibu pejabatnya adalah di Gyeryong, di daerah selatan Chungcheong Korea Selatan. Pada 2013 ia mempunyai 2000 lebih kedai. Pelicana Chicken Malaysia pula di buka pada 4 Januari 2013

Hidangan pertama “fragrance rice”. Nasi yang mengandungi bijan hitam dan rumpai laut, makanan yang penuh khasiat dan lazat. Di samping itu, terdapat juga salad rumpai laut yang sedap dan jeruk lobak putih.

IMG_20150620_193642IMG_20150620_193722

 

Hidangan ayam pertama adalah “Peli Crunchy Chicken”, ayam goreng yang ranggup sambil di makan bersama sos kuning yang sedap. Dengan harga untuk 2 ketul ayam adalah Rm 9.50, 4 ketul Rm 18.90, 8 ketul Rm 37.90 dan 12 ketul Rm 56.50.

Hidangan yang seterusnya adakah “Peli YangNyeom Chicken”. Ini adalah hidangan korea. Untuk hidangan ini terdapat empat rasa dan empat tahap kepedasan. Untuk yang pertama adalah perasa original. Ayam goreng yang bersira dengan sos sedap dan tahap kepedasannya di tahap 1, ayam ini sedap di makan dan sesuai untuk semua golongan. Harga nya untuk 4 ketul Rm 9.50, 8 ketul Rm 18.90 dan 14 ketul Rm 32.90.

IMG_20150620_193903

Hidangan kedua adalah “Spring Onion”, hidangan ini ada rasa pedas-pedas wasabi sedikit dan tidak terlalu peda dan tahap 1 kepedasan, sangat suka dengan hidangan ini sampai sehingga menjilat jari.Harga nya untuk 4 ketul Rm 9.50, 8 ketul Rm 18.90 dan 14 ketul Rm 32.90.

IMG_20150620_201102

Untuk hidangan seterusnya adalah “Charcoal BBQ”, hidangan ini penuh rasa arang dan juga bersira pedas tetapi tahap kepedasan nya di tahap 2, anda boleh rasa pedasnya di hujung bibir setelah habis meratah.Harga nya untuk 4 ketul Rm 9.50, 8 ketul Rm 18.90 dan 14 ketul Rm 32.90.

IMG_20150620_202923

Hidangan yang paling pedas adalah “Hot Spice”, sama seperti Charcoal BBQ, ayam goreng ini bersira juga tapi tahap pedasnya amat berbeza. Jika anda mampu menahan pedas, anda perlu cuba hidangannya. Pada mulanya nampak seperti biasa tetapi bila sudah habis makan baru terasa pedasnya mengalir seluruh muka. Wow, sangat sedap dan pedas memang sesuai dengan Ruby. Hahaha. Harga nya untuk 4 ketul Rm 9.50, 8 ketul Rm 18.90 dan 14 ketul Rm 32.90.

IMG_20150620_205002

Di Pelicana Chicken bukannya hanya ayam goreng tetapi ada juga burger.  Ada Peli Jumbo Fillet Burger dengan hanya Rm 15.50 dan Peli Spicy D’Fish Burger Rm 13.90.

IMG_20150620_212207

IMG_20150620_214516

Pelicana  Chicken juga mengadakan ramadhan platter, set makanan yang berbaloi untuk berbuka puasa bersama keluarga. Ramadhan platter spesial adalah untuk 6 ahli dengan harga Rm 98.90.

IMG_20150620_213141IMG_20150620_212927

 

Untuk minuman pula Ruby mencuba “Passion Fruit Peach”, ianya amat menyegarkan tekak apabila di minum sangat sesuai apabila berbuka puasa dan Ruby mencuba smooties Pineapple Maracuja Yoghurt, smooties ini sangat membantu apabila anda makan ayam goreng “Hot Spice”, dengan rasa yang masam-masam manis mampu meneutralkan rasa pedas ayam “Hot Spice”. Harga untuk Passion Fruit Peach Rm 8.50 manaka Pineapple Maracuja Yoghurt Rm10.90.

IMG_20150620_210348

Untuk pengetahuan anda dan peminat drama Korea, drama Hit, “my love from the star”, anda boleh perasan yang aktress nya sedang menikmati hidangan Pelicana Chicken.

11301471_1622943187951067_383353933_n11650753_1622943177951068_892898640_n11277976_1622943164617736_300807556_n

Facebook Pelicana

Instagram

9 comments on “Pelicana Chicken Dari Korea Kini Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge