Ramadan Special Di Me’nate Steak Hub

Me’nate Steak Hub, siapa yang tidak tahu kisah Encik Mustaffa? Baru-baru ini viral kisah beliau. Bagaimana beliau gigih berusaha dan sabar dengan perjalanan kehidupan, maka kisah beliau menjadi inspirasi oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Ruby tertarik dengan nama Me’nate. Bagaimana nak sebut? Kalau ikut kan ruby, ruby sebut ME-NA-TE. Tetapi En Mustaffa tidak kisah ia disebut dengan pelbagai cara. Kerana di negara luar, mereka sebut MEN-ATE. Ada yang panggil ME-NATE. Unik kan nama Restoran Me’nate Steak Hub, maka hidangan makanan di sini juga sangat unik. Menyajikan pelbagai makanan dari seleksi kambing, lembu, dan makanan laut. Semuanya ada disini, jom cuba Ramadan Special Di Me’nate Steak Hub. Inilah peluang anda untuk rasa semua hidangan yang terdapat di restoran ini.

Me'nate-Steak-Hub-Ramadan-Special-3 Me'nate-Steak-Hub-Ramadan-Special-2

Me’nate Steak Hub telah mula beroperasi pada 17 April 2011. Cawangan pertama adalah di Ampang, kemudian di Wangsa Maju dan kini di Star Parc, Jalan Genting Klang! Menggunakan tagline “From Farm to Plate”, “Chilled Never Frozen” dan “Halal Western Restaurant Chain in Malaysia”. Ketiga-tiga quotes ini bersesuaian dengan restoran ini kerana mereka terlalu banyak idea makanan yang ingin mereka beri kepada para pelanggan. Kombinasi makanan di dalam menu amat berbeza dan paling bagus adalah HALAL. Apabila halal, maka menu boleh diinspirasikan oleh pemilik restoran ini. Tulang belakang restoran ini adalah ahli keluarga. Ia adalah perniagaan sekeluarga En Mustaffa dan 4 orang anak beliau.

Bersempena Bulan Ramadan, Me’nate Steak Hub telah menyediakan menu khas untuk berbuka puasa. Anda boleh pilih dari 6 set istimewa mengikut selera anda. Set A, Set B, Set C, Set D, Set Heavenly Lamb dan Set Heavenly Beef. Jom kita lihat apa yang terdapat di dalam setiap set hidangan Me’nate Ramadan Special.

Me'nate Steak Hub Ramadan Special

Set A – Daging Lembu & Daging Kambing RM 75

Me'nate-Steak-Hub-Ramadan-Special-11

Set A dihidangkan bersama nasi (Briyani / Dal / Mandy), Angus, Beef Ribs, Lamb Ribs / Ranghost, Pasta Olio Aglio, salad campuran, kurma, buah-buahan campuran, soup of the day dan FREE FLOW minuman dari seleksi air panas dan sejuk.

P/S : Daging Angus adalah daging lembu terbaik yang menerima piawaian ketat dari USDA (U.S. Department of Agriculture) dan memenuhi semua 10 spesifikasi kualiti jenama.

Set B – Hidangan Kambing RM 75

Me'nate-Steak-Hub-Ramadan-Special-10

Set B dihidangkan bersama nasi (Briyani / Dal / Mandy), Lamb Shank, Lamb RIbs, Lamb Rack / Loin, Lamb Syabu, Pasta Olio Aglio, salad campuran, kurma, buah-buahan campuran, soup of the day dan FREE FLOW minuman dari seleksi air panas dan sejuk.

Set C – Makanan Laut RM 100

Me'nate-Steak-Hub-Ramadan-Special-25

Set C dihidangkan bersama nasi (Briyani / Dal / Mandy), Salmon, Mussel, King Prawn, Scallop / Crab Meat, Pasta Olio Aglio, salad campuran, kurma, buah-buahan campuran, soup of the day dan FREE FLOW minuman dari seleksi air panas dan sejuk.

Set D – Wagyu Lovers RM 150

Me'nate-Steak-Hub-Ramadan-Special-12

Set D dihidangkan bersama nasi (Briyani / Dal / Mandy), Wagyu Beef, Wagyu Beef Ribs, Pasta Olio Aglio, salad campuran, kurma, buah-buahan campuran, soup of the day dan FREE FLOW minuman dari seleksi air panas dan sejuk.

P/S : Wagyu atau dikenali sebagai lembu Jepun adalah baka lembu yang paling dikehendaki kerana genetik ini tidak menghasilkan peratusan yang tinggi lemak tak tepu. Daging daripada lembu Wagyu sangat terkenal kerana kualitinya, dan boleh dijual pada harga yang sangat tinggi. Wagyu tidak hanya terdapat di negara Jepun. Tetapi terdapat di Australia, United States, Canada dan Scotland juga.

Set Heavenly Lamb RM 300 (4-6 Pax)

Me'nate-Steak-Hub-Ramadan-Special-8

Set Heavenly Lamb dihidangkan bersama nasi (Briyani / Dal / Mandy), Lamb Shoulder, Pasta Olio Aglio, salad campuran, kurma, buah-buahan campuran, soup of the day dan FREE FLOW minuman dari seleksi air panas dan sejuk.

Me'nate-Steak-Hub-Ramadan-Special-5

Set Heavenly Beef RM 350 (4-6 Pax)

Me'nate-Steak-Hub-Ramadan-Special-13

Heavenly Beef dihidangkan bersama nasi (Briyani / Dal / Mandy), Crackling Roast Beef, Pasta Olio Aglio, salad campuran, kurma, buah-buahan campuran, soup of the day dan FREE FLOW minuman dari seleksi air panas dan sejuk.

Nasi Dal, Nasi Briyani dan Nasi Mandy

Me'nate-Steak-Hub-Ramadan-Special-15 Me'nate-Steak-Hub-Ramadan-Special-16 Me'nate-Steak-Hub-Ramadan-Special-17

 Pasta Olio Aglio

Me'nate-Steak-Hub-Ramadan-Special-18

Soup Of The Day / Bubur Lambuk

Me'nate-Steak-Hub-Ramadan-Special-19

Salad Campuran

Me'nate-Steak-Hub-Ramadan-Special-14Me'nate-Steak-Hub-Ramadan-Special-4

Inilah barisan tulang belakang empayar perniagaan Restoran Me’nate Steak Hub. Melayu, Islam dan Berpengalaman. Dari kiri Cik Fareza (Akaun / Anak ketiga), Aiman (Chef & Butcher / Anak kedua), Chef Mustafa (Master Butcher Chef), Syed Idrus (Operation Manager), Ezman (PR / Anak pertama), Khisofi (Head Chef / Anak keempat @ bongsu).

Me'nate-Steak-Hub-Ramadan-Special-7 Me'nate-Steak-Hub-Ramadan-Special-6

Bagi anda yang tiada idea ingin makan dari senarai hidangan Ramadan Special di Restoran Me’nate Steak Hub. Pihak restoran masih menyediakan hidangan Ala Carte seperti biasa. Pilihan adalah milik anda.

Selain dari makanan sedap, anda juga boleh mendaftar kad keahlian Restoran Me’nate Steak Hub dan mendapat pelbagai keistimewaan. Kad diberikan percuma oleh pihak restoran ketika anda menjamu selera. Kunjungan seterusnya barulah dapat keistimewaan seperti makan PERCUMA atau dapat diskaun pada hari lahir anda? Best kan? Hahaha. Selain dari itu 10% diskaun satu bill pada sambutan ulangtahun, 10% diskaun pada bulan Ramadan ketika anda menjamu selera disini dan berpeluang menyertai “Member Appreciation Day”!

Me'nate Steak Hub Membership Card

Selamat menjamu selera!

Me’nate Steak Hub (Cawangan Jalan Genting Klang)
D-02-01 & D-03-01,
Starparc Point,
Jalan Genting Klang,
Taman Ibukota Setapak,
53300 Kuala Lumpur.

No Tel : +60129051517 / +601112838749

www.instagram.com/menatesteakhub

www.facebook.com/MenateSteakHub

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Ramadan Special Di Me’nate Steak Hub

    Shaima

    (July 4, 2015 - 12:13 pm)

    Wahh,,thank you so much Kak Ruby, this is a complete review for me. Dah berkira-kira nak cuba restoran ni tapi curious menunya camna rupanya. will bookmark this n show to my hubby untuk pergi 😀
    Shaima´s last blog post ..Resipi – Tortilla Tuna WrapMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.