Bila bercerita bab masak dan mengolah resepi, Ruby sangat suka! Sebab ia menjimatkan dan guna apa sahaja bahan yang tersedia di dapur. Ruby beli bahan dapur 2 minggu sekali. Jadi, jika teringin makan apa-apa mesti plan apa nak masak sepanjang 2 minggu. Jika tidak plan, maka kita masak lah resepi paling senang dan sempoi! Masak Spaghetti! 30 minit dah boleh siap semua. Dari merebus spaghetti, potong bahan dan memasak. 30 minit sahaja! Mudah kan? Jom masak resepi Kimball Spaghetti Rendang Ayam.
Sebenarnya rendang ayam ruby pernah makan dengan spaghetti, tetapi ayam saiz besar-besar la. Yang waktu masa raya aidilfitri tu. Hahaha. Kebiasaannya selepas jam 8 malam mula projek makan begitu. Kalau makan nasi, nanti sebu perut. Hari Raya serius meriah makanan, rumah kawan buat open house, rumah mak ruby dan ruby sebagai peyambut tetamu dan tukang makan. Hahaha.
Resepi ruby mudah je, perkara wajib ada adalah sebotol Kimball Sos Spageti Rendang, sepaket Kimball Spaghetti dan daging atau ayam kisar. Ini semua bahan wajib ada. Tetapi untuk sedapkan lagi adalah dimasak bersama bawang dan lobak merah. Nak lagi best? Letak daun pandan sikit. Wangi dan harum!
Bahan-bahan
1 Botol Kimball Sos Spageti Rendang
1/2 Paket Kimball Spaghetti
1 Paket Ayam Kisar Beku
1 Biji Bawang Besar
1 Daun Sup
1 Sudu Garam Secukup Rasa
Berikut adalah video cara ruby masak.
Selamat mencuba!
1 thought on “Resepi Kimball Spaghetti Rendang Ayam (Ciptaan Khas)”
akubiomed
(June 20, 2015 - 8:50 am)Ada pes segera senang untuk menyediakan juadah.
akubiomed´s last blog post ..Siri resepi untuk jualan bagi mereka yang bermula zero